
Sajian hujung minggu pastinya tidak terlepas daripada menyediakan juadah seperti spageti buat anak-anak dan keluarga. Menu istimewa ini bukan hanya sedap, paling penting nak buatnya sangatlah mudah. Anak-anak pun suka.
Pun begitu ada diantara kita masih kurang arif cara memasak spageti yang tepat. Spageti sebenarnya tidak sedap jika dibiarkan masak hingga lembut. Kenyal dan lembut adalah struktur yang tepat bagi memastikan spageti lebih sedap dimakan.

Jadi bagaimana memastikan spageti anda tidak terlalu lembik dan keras? Ini cara yang boleh anda ikuti untuk memastikan spageti dalam keadaan sempurna untuk dimakan. Sedap!

1. Pastikan air dididihkan terlebih dahulu dan kemudian selepas mendidih barulah dimasukkan spageti. Spageti yang dimasukkan terlalu awal buat spageti terendam lebih lama dan cenderung untuk lembik.

2. Nak masukkan spageti juga perlu ada caranya. Letakkan spageti di dalam periuk dan ratakan disekeliling permukaan periuk. Elakkan berkumpul pada satu kawasan supaya mengelakkan spageti tidak melekat.
3. Bagi memastikan spageti tidak melekat malah lebih cantik stukturnya, tambahkan sesudu minyak masak bersama sedikit garam. Ini wajib!

4. Spageti jangan dibiarkan terus mendidih sebaiknya mesti dikacau dengan kerap supaya tidak melekat malah masak dengan sekata.
5. Jangan masak terlalu lama. Anggaran dimasak hanya 8 hingga 10 minit sahaja bagi memastikan ia tidak lembik.

6. Periksa spageti dengan mematahkannya dan lihat di tengahnya. Jika di dalamnya berwarna putih, itu bermakna spageti sudah pun masak.
7. Sebaik diangkat, alirkan pada air sejuk dan toskan hingga kering.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peniaga Kongsi Bancuhan Cempedak Goreng, Dah Guna Untuk Meniaga Selama 20 Tahun!

Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Kredit: Yayar B. Awang Noh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resepi Pulut Mangga Lemak Macam Di Hatyai, Jom Cuba Buat Sendiri

Siapa suka pulut? Bila cakap pasal pulut, macam-macam boleh makan dengan pulut. Contohnya pulut durian, pulut ayam dan pulut tapai. Ha banyak kan tu.
Pulut ni boleh makan dengan apa-apa ja tapi yang ada angin tu jaga-jaga sebab pulut katanya boleh menyebabkan angin.
PULUT MANGGA LEMAK
Kombinasi pulut dengan buah yang paling sedap mestilah mangga atau pelam. Pulut mangga ni sejenis pencuci mulut tradisional yang terkenal di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Ramai yang ingat pulut mangga ni menu utama tapi bukan, ia sejenis pencuci mulut je.
Kalau belah Perlis, buah mangga yang digunakan ialah Harum Manis. Kalau musim buah Harum manis je memang popular lah pulut mangga ni.
Hidangan ni dimakan oleh seluruh negara seperti Thailand, Laos, Vietnam dan termasuk negara kita. Kalau dalam inggeris ia dipanggil “mango sticky rice”.
Mana la tahu mungkin ada yang tak familiar dengan nama inggeris. Pulut mangga ni paling senang nak buat sendiri. Tak perlu masuk restoran Thailand ke apa. Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras pulut
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Kuah Santan:
200 ml santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Buah:
2 biji buah mangga masak
CARA PENYEDIAAN:
1. Rendam beras pulut 1 cawan kemudian toskan.
2. Reneh 1 cawan air dalam periuk nasi elektrik. Apabila air mendidih, masukkan beras pulut dan garam. Setelah masak, sejukkan dalam bekas.

3. Campurkan santan, garam dan gula ke dalam periuk. Panas kan dengan api kecil sekejap dan kemudian tutup api. Sejukan.

4. Kuah santan yang siap dimasak sedia dihidang bersama pulut dan mangga.

Tips: Kalau tak masukkan gula dalam santan, boleh makan dengan sirap gula melaka. Selamat mencuba!
MESTI BACA: Hotteok Lempeng Manis Korea, Jom Cuba Resepi Ini Untuk Minum Petang
Resepi Sup Wonton Ayam Ala China, Sedap Makan Panas-Panas
Masak Selalu Je Tak Jadi! Resepi Coklat Cupcake Ni Garenti Jadi!
SUMBER: Cookpad Salween
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kena Pantang Makan Laksa Sampai Setahun. Betul Ke? Saintis Ni Jelaskan Faktanya!

Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.

Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.

2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum

Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.

Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini:
https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.
sumber : Che Puteh Osman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


