Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila anak perempuan yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh sudah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar isteri.
Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui sehingga majlis pernikahan terpaksa ditunda sehingga dua kali dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),namun tarikh 8 Ogos 2021 meninggalkan memori yang cukup indah buat keluarga ini.
Sentuhan jurumekap Ramzamode membuatkan Baby tampil manis di hari pernikahannya.
Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.
Mengukap kata-kata syukur dan gembira usia segalanya, Mas Anizan yang merupakan pelakon era 1990-an itu berkata, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.
“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.
“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali. Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.
“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.
Ads
Tambah Mas Anizan lagi, tiada sebarang simbolik ataupun majlis besar-besaran. Sebaliknya hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.
“Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.
“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.
Ads
Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.
Pasangan sama cantik sama padan di atas pelamin yang cukup indah hasil sentuhan Melur Putih
“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.
“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.
Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.
Ajal maut adalah di tangan Tuhan Allah. Tak kira usia muda atau tua tetapakan dijemput-Nya.
Tiada siapa pun tahu melainkan Dia. Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai kematian.
Bagi yang kehilangan ahli keluarga sudah tentunya memberi kesan paling mendalam sepanjang kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi, jika pemergian itu berlaku secara mengejut.
Begitulah suasana pilu yang kini dihadapi oleh sebuah keluarga ini yang kehilangan adik tunggal lelaki dan bongsu daripada tiga beradik.
Muhammad Sufian berusia 28 tahun meninggal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki selepas menumbuk cermin Masjid Taman Scientex di Johor Bahru, Johor Ahad lalu.
Arwah yang merupakan Jurutera Kimia telah selamat dikebumikan kampung halamannya Kuala Berang , Terengganu. Jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh Geng Bakal Jenazah di HSI Johor Bahru.
Dalam pada itu, coretan luahan hati, Siti Ayu Megawati yang merupakan kakak sulung mengenai arwah telah menarik perhatian netizen. Jauh disudut hati, kejadian itu meragut kebahagiaan keluarga, namun pasrah dengan ketentuan Ilahi. Memohon mendoakan kesejahteraan buat arwah yang pergi tidak akan kembali lagi ke negeri abadi.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Momen indah akan dikenang jua
Innalillahiwainnailaihirojiun. Perginya seorang pejuang, seorang adik, seorang anak, seorang sahabat yang sangat baik. Sangat memikirkan ummah. Tenanglah adek kesayangan kami semua di sana. Allah lebih menyayangi arwah. Perginya 05.09 tarikh yang sama dengan arwah ibu tercinta.
Rehatlah, rehatlah dek. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya memiliki seorang adik yang bernama muhammad sufian bin mohd said. Indahnya dapat bersama, indahnya dapat berkongsi rasa, tawa, tangis dan segalanya. Indah segala-galanya.
Saya dan keluarga, mohon doakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin dan dpt bertemu dgn kesyangan kami yg lain disana. Pesanan akhir arwah, family adalah keutamaan. Allah jangan ditinggalkan. Semua yang berlaku adalah asbab Allah SWT. Sudah tiba masa, ya Allah kami redha. Tpi kuatkan kami menempuh hari tanpa dia. Sekiranya ada urusan yang belum selesai dengan arwah, boleh pm saya. Kakaknya.
Kata-kata arwah yang menusuk kalbu di media sosial.
Solat jenazah
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak dan simpati, sambil mendoakan supaya ahli keluarga arwah tabah dengan kehilangan secara mengejut.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Di Malaysia, perkahwinan campur sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi. Sikap bertoleransi dan hormat menghormati menjadi kunci kepada perhubungan kekeluargaan antara kaum.
Beruntungnya seorang wanita apabila dikurniakan mertua yang penyayang meskipun berbeza latar belakang agama seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang bernama Hajar ini.
Dalam perkongsiannya, dia berkongsi kisah ketika pulang ke rumah suaminya pada hujung minggu. Kebetulan ketika itu dia tiba-tiba mengidam nasi tomato yang dimasak oleh ibu mertuanya.
Meskipun masa agak suntuk, ibu mertuanya yang berbangsa India rela menyediakan juadah berkenaan demi menantu tercinta. Bagaimanapun, ibu mertuanya berjaya menyiapkan nasi tomato seperti yang diminta oleh menantunya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Malah, di hujung video perkongsian tersebut, kelihatan keakraban mereka bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. Anak puan Hajar pun turut menyantungi neneknya dengan memeluk wanita itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji kebaikan ibu mertua dan keakraban mereka meskipun berbeza bangsa dan budaya. Malah mereka turut mendoakan yang terbaik buat mereka.
Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki. Bukan penyempit.
Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya.
Kalau lepas kahwin rezeki jadi sempit tu mesti ada silapnya dalam rumahtangga. Salah satunya ialah bila si suami tidak betul-betul menjaga amanah isteri.
Berikut 5 perkara penting yang suami kena buat kepada isteri.
1. Ambil tahu kisah dia
Ambil tahu apa yang isteri kita lalui setiap hari. Kena prihatin, empati dan sokong setiap yang isteri ngadu. Isteri dah tolong kita banyak sangat, ini masa untuk balas jasa dia.
Kalau nak tahu, menurut kajian saintifik minda wanita ni berfikir 10 kali ganda lebih laju dari lelaki. Sebab itulah terapi wanita ni ialah dengan bercakap. Semakin banyak dia bercakap semakin lega minda dia.
Jadinya, kita balas jasa isteri dengan rendahkan diri dan tadah telinga bila isteri bercerita. Boleh hilang stress dia.
2. Bantu buat kerja rumah
Wanita ni hebat. Dia boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi itu bukan lesen untuk kita lepas tangan. Alah, dah memang kerja isteri, isteri la kena buat.
Silap tu bang.
Kalau ikut budaya ye isteri buat semua kerja untuk suami tapi kalau ikut agama suami yang kena buat semua kerja untuk isteri. Mana satu betul, Budaya ke Agama?
3. Beri pujian
Telinga wanita ni sangat sensetif. Walau sekali pun kita cakap kasar dengan diorang, sampai ke tua dia akan ingat. Begitu juga pujian.
Lelaki ni minda dia 6.5 kali lebih tinggi “Gray Matter” dari wanita itu sebab dia cakap main lepas je. Apa yang dia cakap 5 minit lepas pun dia tak ingat dah.
Tapi wanita sekali dengar boleh ingat sampai 50 tahun, “White Matter” diorang 10 kali lebih tinggi daripada lelaki jadi memori dia kuat.
Jadi bang, hati-hatilah bila cakap dengan isteri tu.
5. Jadi kawan baik
Wanita berkahwin dengan lelaki asing bukan untuk cari penganti bapa dia tapi dia mahukan seorang teman yang boleh memikul tanggungjawab bapanya.
Boleh beri perhatian penuh bila dia nak mengadu dan meminta bantuan.
Teman yang tidak gelak bila dia di timpa musibah, teman yang tidak sampai hati peluk tubuh melihat dia buat kerja seorang diri dan teman yang membimbing dia ke syurga. Itulah peranan suami sebenar!
Tak ada istilah isteri tak boleh di manjakan nanti dia pijak kepala. Itu khurafat!
Isteri la orang paling wajib dimanjakan sebab isteri jambatan rezeki si suami.
Tak percaya?
Balik nanti terus je buat 5 perkara ni kat isteri. Tengok macam mana mood isteri tu berubah dan jangan terkejut tiba-tiba rezeki melimpah ruah.
Suami kaya ialah suami yang rajin manjakan isteri dia.
Sumber: FB Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di