Sedih Menusuk Hati, Beg Tangan Berjenama Macam Kena ‘Gigit’ Tikus. Wanita Ini Cerita Sebabnya, Begini Pula Reaksi Netizen.

Share

Beg tangan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Ia menjadi salah satu aksesori membuatkan penampilan wanita jadi lebih anggun dan berkeyakinan.

Malah ada wanita mempunyai banyak jenis dan warna beg tanga untuk memadankan dengan pakaian agar nampak ‘matching’ untuk digayakan.

Oleh sebab itu ada sesetengah wanita sanggup berhabis membeli beg tangan berjenama dan jenis kulit untuk memastikan ia sempurna apabila digayakan di mana jua.

Namun apa yang menyedihkan, ada beg tangan tidak kekal cantik sebaliknya kulit beg tangan rosak dan warna luntur.

Tentu ia menyedihkan buat pemiliknya setelah berhabis banyak untuk membeli beg tangan berjenama.

Sebagaimana perkongsian wanita ini, berkongsi dukanya setelah beg kesayangnya rosak, Dalam pada itu, pengajaran apa yang dilaluinya dia menasihati menggunakan beg tangan mewah bukan kulit selalu kerana ia tidak bertahan lama  dan mudah rosak.

Actually kan lately ni ramai buat tiktok pasal Duck handbag rabak peeling kan?
Actually kan kalau Pu leather atau aka FAKE leather lah tak kira jenama ape dia akan rabak bila habis jangka hayat dia … tak kira kasut , bag , belt atau ape sekali pun lah.
Kalau 100% leather tak mungkin akan rosak walaupun 100 tahun . Dia akan just retak, berkulat (kalau kena air ) dan pudar. Honestly my 100% leather shoes , handbag Chanel , ke Dior ke Hermes ke even dah 20 tahun tak peel langsung perfect condition even letak dalam kotak. Sebab dia guna 100% leather dari luar dalam, lining dan label. Sebab tu handbag jenama mahal kayangan berat sebab leather kan berat dik.
Tapi Coach handbag i banyak i buang je sebab peeling teruk . Bila i kaji actually bukan semua bahagian rosak. Coach sebab dia buat handbag dia bukan 100% leather . Maybe dia nak cut cost , jadi bahagian tak nampak tersorok kat situ dia cheat cut cost dia , lining dalam bag dia and label bukan 100% leather tapi hanya Pu leather . And barang dia bukan murah ye handbag 2k average harga Butik . Bayang kan kau beli 10 bag konon nak simpan pakai tukar.
So kesimpulan dia kalau beli jenama2 Coach dan seumpamanye sila lah pakai sampai rabak , tak guna simpan buat colleksi sebab takkan boleh simpan lama sebab selepas setahun dua akan start rosak bahagian dalam yang PU leather .
Sekian berkongsi informasi.
# sedih kita handbag mahal macam kena gigit tikus

 

Tip penjagaan beg tangan

Meninjau di ruangan komen netizen berkongsi pengalaman menggunakan beg jenama mewah itu dan juga yang memberi tip penjagaan beg. Antaranya adalah

“Apa2 beg nak Beli.. siasat dulu material… Even Carlo rino ada y full leathers… charge around 200 ++ Kena pandai cari.”

“Bag coach nak beli ok, tp kena jadikan basahan, hehehe pakai sampai hujung hayat dia,tkt bila xpakai, simpan jd kn collection, pastu dia peeling sakit hati menusuk”

“tq akk sharing..kena pakai sampai lunyai la lps nie ye..”

“Sbb tu beg coach kena selalu pakai.. xboleh simpan lama2.. confirm akan rosak… Sbb apa, sbb suhu keadaan sekeliling… Sy dah pernah kena… Beg butik… Setahun lbh letak dlm dustbag.. bila buka, Hmmmm.. hbs leather dkt dlm terkupak… Moral of the story, rajin2lah pakai beg yg dah d beli dan satu kena rajin hantar polish.. kalau x nanti berkulat.

“Sy pakai coach leather ok plk. Dah msuk tahun ke 4 still ok zip ok leather ok. Yg penting jgn simpan dlm kotak ataupun almari. Kena letak kt tempat terbuka.”

“Kalau nak simpan lama better letak silica gel, letak byk2 dalam beg tu to absorb moisture. Tak kisah laa pu leather ke pvc ke, kalau genuine leather lagi laa letak lebih. Simpan dlm dust beg, avoid direct light storage. Silica gel boleh beli byk2 kat shopee, letak juga silica gel dlm almari baju, kasut..”

Sumber: Lina Nafura Ahmad

Bacaan lanjut: 

Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.

Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!

Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!

Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN