Biasanya bila kita sebut tentang Raya sedondon, apa terbayang difikiran adalah kita anak beranak akan berpakaian sama warna sama corak.
Tapi ada lagi menariknya tentang Raya sedondon ini apabila Puan Hasnida juga bergaya dengan beg tangan yang juga sama corak, sama warna dengan bajunya.
Jom ikuti kisahnya.
Ni beg raya yang saya jahit sedondon dengan baju raya tapi baju raya bukan saya jahit (tailor saya yang jahit)…tak reti jahit baju.Jenis fabric quilting cotton(designer cotton)
Ads
Kemahiran menjahit beg untuk diri sendiri dah lama ada, ikutkan dalam 9 tahun..bermula suka-suka. Di sebab kan minat, akhirnya saya ambil
serius. Masuk kelas, research kat youtube dan test buat free pattern. Kini menjahit beg ini menjadi sebahagian sumber pendapatan untuk saya sekeluarga.
Ads
Dan idea sedondon ini datang ikutkan dari tahun lepas. Tapi disebabkan kekangan masa, jadi tak sempat nak buat..Untuk raya tahun ni saya cuba curi masa.
Sebenarnya bab jahit baju saya tak reti, jadi saya hantar pada tukang jahit dan saya sengaja beli kain tu lebih supaya saya dapat jahit beg sedondon dengan baju.
Pengalaman Raya Kali ini terasa seronok juga bila ramai perasan dan puji beg tangan sedondon dengan baju.
Ads
Sumber : Haznida Aiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kenapa ini boleh terjadi? Inilah sebabnya yang ramai yang tidak tahu. Kerana daging kambing pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.
Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.
Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak dibawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.
Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Khasiat dan kelebihan daging kambing:
• Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin ini untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Selain itu, ia menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Sumber: Sempoimedia.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biskut semperit ini antara kuih sedap dan mudah untuk dibuat. Ia merupakan biskut klasik. yang wajib ada masa raya. Ia juga adalah kuih tradisional tempatan yang biasanya dihidangkan tanpa mengira masa.
Bagi beginner yang baru nak belajar buat kuih, boleh cuba resipi oleh peniaga ini.
Kata Puan Rose resipi itu yang digunakan untuk perniagaannya. Boleh cuba kepada siapa yang nak buat bisnes kuih raya nanti.
MasyaAllah.. Betullahkan, bila ada 1 orang yg nak jatuhkan kita.. akan ada 9 orang pulak yg akan naikkan kita semula… Sungguh rezeki itu rahsia Allah..
Tak terkata saya, bila tiba2 dapat oder yg sangat diluar jangkaan daripada ahli group.. Untuk itu, saya nak share resepi semperit turun temurun kluarga saya yang saya buat niaga ni..
Saya halalkan untuk sesiapa yg nak menggunakannya Cuma doakan saya, untuk sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan☺️
Bagi pengemar ikan bakar, apa kata ubah selera dengam cara masak dengan membalutnya dengan garam. Resipi ini terkenal di Thailand.
Ikan bakar ini mudah dimasak di rumah ataupun sekiranya sedang berkhemah, juadah ikan bakar boleh dimasak, dan dihidangkan.
Bahan kepada resepi ikan bakar mudah untuk didapati, asalkan ikannya segar, pasti sahaja semua akan makan sehingga menjilat jari. Malah amat sesuai untuk orang yang sedang diet, atau ingin mengurangkan berat badan.
Bagi yang pernah mencuba resipi ini tentu teringin untuk memasaknya sendiri di rumah. Cara masak memang mudah. Sebagaimana dikongsikan oleh Puan Cik Nadzri . Bahan-bahannya sangat ringkas.
Encik husband bgtau yg beliau pernah makan ikan bakar thai kat satu restoran suatu ketika dulu. Terliur pulak sis dengar cerita beliau. Gigih sis google resepi. So sis try la masak. Nanti uols pun boleh try jugak.
Cara penyediaan rujuk gambar.
Dah siap. Enak di makan panas-panas. Mudah rupanya buat sendiri di rumah,. Selamat mencuba!