Bagi yang suka bercucuk tanam tentu kecewa apabila tanaman di serang seranggat sehingga tanaman menjadi rosak. Pokok pun tak membesar dengan baik.
Bagi wanita ini, pelbagai usaha yang dilakukan termasuk menggunakan penyembut oraganik yang dibuat sendiri tetapi tetap tidak berhasil.
Sehinggalah beliau menemui petua yang dikongsi ahli dari group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang hanya menggunakan bawang putih untuk mengelak serangan serangga. Hasilnya memang menjadi!
Ikuti perkongsiannya.
Saya nak ucapkan ribuaan terima kasih pada yang punya petua. Maaf saya tak ingat namanya. Beliau pernah share disini. Semoga murah rezeki.
Dari spray racun organik homemade bawang putih + cili api + cecair cuci pinggan. Lebih mudah dengan tanam terus bawang putih tu.
Mula-mula kurang yakin petua ni, tapi cuba juga la.. Alhamdulillah, rasanya menjadi. Sekor serangga perosak pun tak singgah, lalu je mungkin.
Sebelum ni, habis daun-daun kangkung, bayam brazil kena lubang-lubang. Pucuk pokok mati. Dah spray tak jalan. Tapi lepas tanam bawang putih.
Ini hasilnya cantik merimbun dan gemuk-gemuk tanaman
Tu nampakkan tinggallan daun yang berlubang.. Sekarang dah tumbuh pucuk-pucuk baru..
INI CARANYA GUNA TANAM BAWANG PUTIH
Cara tanam: Benamkan saja seulas bwg putih tu. Beli selabu dan tanam la seulas-ulas,.
Menyentuh tentang pengorbanan seorang isteri, pastinya punya kisahnya yang pelbagai dan tersendiri. Bagi pihak suami pula, ada yang begitu menghargai setiap pengorbanan isteri dan bukan juga perkara pelik bila mana ada yang langsung tidak ambil pusing tentang apa yang telah dilakukan oleh isteri mereka. Itulah realiti kehidupan!
Pun begitu, perkongsian daripada seorang suami ini yang ikhlas menitipkan kata-kata penghargaan buat isteri tercinta yang sanggup hidup susah senang bersamanya hingga kini dan selamanya. Semoga kata-kata ini juga dapat menyedarkan lelaki bergelar suami untuk sama-sama tahu menghargai setiap pengorbanan isteri.
Dia isteriku .. kenal tahun 2005, kenal waktu ni aku kerja sebagai seorang penjual pencuci lantai dan pencuci sayur . Masa tu kami mula bercinta, kemudian company tutup, Aku menganggur di kampung sambil kerja di sawah, dia masih setia bersama aku .
Kemudian aku dapat tawaran kerja sebagai kerani bank, aku tunjuk surat tawaran kerja tahun 2006 dengan gaji RM995 , itu pon dia dah cukup gembira, waktu tu dia bekerja sebagai pengasuh di Taska keluarga dia , 22 Nov 2007 Kami bertunang, cukup setahun 21 Nov 2008 kami bernikah dengan majlis yang sederhana, waktu tu aku masih kerani bank yang bergaji RM1,500, dia banyak bantu sampai bahagian duit hantaran yang aku bagi pon dia pulangkan kat aku balik untuk aku mulakan kehidupan berkeluarga, Aku guna duit tu beli sikit kelengkapan rumah dan deposit beli rumah rezeki 3 bulan lepas kawin, lepas sewakan rumah pertama tu, aku beli satu lagi rumah untuk duduk . Waktu ni aku masih lagi seorang kerani bank .
Waktu pindah masuk rumah ni, dia ikut sekali dan tinggalkan urusan Taska pada adik dia, dia cakap nak berniaga nasi lemak untuk bantu pendapatan aku ketika tu. Dia bangun seawal pukul 4 Pagi , pukul 6.30 dia keluar berniaga tepi jalan nasi lemak seringgit. Bila aku keluar rumah pergi kerja, aku lalu gerai Wife berniaga dengan satu meja, satu kerusi tanpa payung. Aku banyak kali menangis sendiri dalam kereta. Lepas tu dia rasa jiwa dia lebih kepada kanak-kanak juga, dia ambil upah mengasuh anak jiran-jiran di rumah hinggalah 2 tahun yang lepas aku Minta dia stop sebab setiap hari aku takut bila asyik terbaca kat surat khabar kanak-kanak meninggal di rumah pengasuh, takut apa-apa jadi dia dipersalahkan. Kini aku sudah berkemampuan .
Dia memang senang berdikari, tapi apa-apa dia buat dia akan minta izin aku dulu. Dia tidak pernah menyusahkan, dia tak kisah walaupun tiada honeymoon ke luar negara sejak kami kawin, Port Dickson pon ok jer bagi dia. Tak pernah dia minta apa-apa hadiah mahal walaupun suaminya dah mampu. Kalau beli barang-barang mahal aku terpaksa beli senyap-senyap. Kalau tanya dia harga tu mahal dia tak mau. Emas pun tidak pernah sekali pun dia minta sebelum ni, semua dia beli sendiri, simpan duit, main kutu dengan kawan-kawan . Dia pernah cakap dulu , dia akan minta bila suaminya benar-benar mampu. Walaupun mampu, aku ni pulak jenis kalau tak mintak , memang aku tak belikan. Semalam tu dia minta belikan emas bukan dia scam aku, itulah cara nak mintak sesuatu dari aku .. Aku jenis tak pandai nak offer.
Beberapa bulan lepas dia minta izin nak bawa anak saudara dia umur 7 tahun yang OKU dan sakit jantung berlubang tinggal bersama kami, “Pa, dia anak syurga, mungkin kat ‘sana’ dia pulak akan bantu kita nanti”. Aku izinkan dan sekarang anak saudara dia tu dah tinggal bersama kami dan mula bersekolah di sini dalam kelas khas. Muka dia nampak garang , sekali dia jegil mata, budak-budak semua tunduk, tapi hati dia cukup lembut.
Aku seorang lelaki , kadang-kadang aku lalai, diuji dengan harta, pangkat hingga aku terlupa pengorbanan seorang Isteri yang setia bersama aku dari aku tiada apa-apa. Terlalu banyak lagi pengorbanan dia pada Aku hingga sebesar-sebesar pengorbanan seorang Isteri . Dia yang melengkapi segala kelemahan aku selama ni . Bila tersedar… aku hanya tahu , Aku perlu bahagiakan dia hingga akhir hayat aku. Dia Satu-satunya bidadariku.
Orang hanya melihat fizikalnya hari ini , “Untungnya dia jadi Isteri Key, mesti nak apa pon boleh dapat”. Tapi orang tak tahu bagaimana berlikunya, airmata yang tumpah, pengorbanan yang dah dia lakukan sejak mengenali aku 14 tahun yang lalu .
Kepada suami, belajarlah hargai isteri masing-masing . Kepada isteri, Jangan lelah dengan kesukaran suami sekarang, sokong dan bantu mereka untuk bangkit.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar bersama keluarga dan juga adik-beradik.
Mungkin hal itu yang bermain di fikiran pengusaha kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri sewaktu melawat rumah sewa lamanya yang terletak di Klang, Selangor.
Menerusi kemas kini di Instagram, Aliff dilihat bergambar dengan keluarganya sambil mengimbau kembali kenangan manis sewaktu tinggal di rumah berkenaan.
24 tahun lepas ni lah rumah saya di Kampung Delek, Klang bersama mak saya. Banyak sangat kenangan di rumah ini. Di sinilah saya mengenal erti kehidupan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pada bahagian balasan, ibunya, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita mendedahkan harga sewa rumah berkenaan sewaktu mereka anak-beranak tinggal di sana
“Ni rumah kami sebelum Sendayu dikenali, sewa rumah ni RM300. Yati dan Kri (panggilan manja Aliff) jaga adik-adik masa mak kerja,” tulisnya.
Memikul amanah sebagai seorang lelaki pastinya tanggungjawab yang digalas bukanlah mudah untuk dilunaskan.
Ini dijelaskan lagi melalui perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Selagi namanya lelaki, selagi itulah takkan boleh lari daripada kena bertanggungjawab…
Ketika menjadi anak, tanggungjawab terhadap ibubapa…
Ketika menjadi suami, tanggungjawab terhadap isteri…
Ketika menjadi ayah, tanggungjawab terhadap anak2…
Kalau tak boleh bertanggungjawab ke atas mereka yang menjadi kewajipan kita, yang berada dibawah tanggungan kita, maka apa yang kita perlu jadi?
Jangan hidup sekadar untuk hidup kerana monyet di hutan juga hidup…
Fitrah kejadian lelaki itu adalah untuk menjadi ketua, menjadi pemimpin dan pembimbing kerana Allah s.w.t menciptakan kaum adam dengan kelebihan yang tidak ada pada kaum hawa…
Ibubapa, isteri dan anak2 ini amanah Allah s.w.t…
Bagi mereka yang beriman, mereka akan sedar akan apa yg Allah s.w.t amanahkan kepadanya…dia akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaiknya kerana dia takut dengan balasan dari Allah s.w.t jika dia gagal menyempurnakan amanah yang diberikan…
Tidak akan sempurna iman kita selagi mana kita tidak menyempurnakan hak2 ke atas mereka yang menjadi tanggungjawab kita…
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.