Minuman ini antara yang menjadi pilihan setiap kali menjelang ramadan. Rasa segar, dingin dan nyaman pasti dirasai tatkala menikmati minuman Soda Herbs istimewa ini. Gandingan rasa yang sempurna ini sangat sesuai sebagai pembuka selera. Pasti menarik! Jom ibu-ibu cuba untuk waktu berbuka nanti.
Bahan-bahan:
1.5 liter air aiskrim soda
1 tin laici/ longan (ambil buah sahaja)
Ads
2 batang serai (dititik)
1 biji lemon (dihiris nipis)
5 biji asam boi putih
Ads
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina (ikut cita rasa)
Ads
Cara membuat:
Bersihkan semua bahan-bahan.
Hiriskan lemon nipis-nipis.
Sediakan bekas yang bersesuaian.
Letakkan daun pudina secukupnya.
Kemudian masukkan lemon yang telah dihiris nipis dan diikuti asam boi putih.
Seterusnya masukkan buah laici atau longan.
Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
Letakkan ketulan ais jika suka.
Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik perdunya. Sedia dinikmati!
Info Ekstra:
Jika rasa terlalu manis, boleh juga tambahkan sedikit air mengikut cita rasa masing-masing.
Sumber: Azlita Masam Manis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak pernah merasa keenakan nasi kak wok, meskipun menu ringkas hanya dengan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan, namun menu ini sudah mampu memberi kepuasan rasa ketika menikmatinya.
Tidak dinafikan juga, dengan menyediakan menu ini menjadi lebih mudah kita sebagai ibu menyediakan menu untuk keluarga. Maklumlah tidak perlu pening kepala memikirkan menu sayur, lauk pauk dan sebagainya untuk dijadikan padanan serasi hidangan yang disediakan.
Cukup hanya masak set nasi kak wok, semuanya lengkap tersedia!
Jadi jom sediakan menu ringkas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan.
Ayam goreng kak wok
Bahan:
7@8 ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit-BELI DI SINI
1 sudu makan rempah kari daging –BELI DI SINI
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa
Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam. Selepas itu goreng garing
Sambal belacan
Bahan:
15@20 tangkai cilipadi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula
Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukjan 3@4 keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata
Gulai kak wok versi akak
Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecik rempah kari daging babas
1/2 peket kecik rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
3@4 batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecik santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa
Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air..
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Seimbangkan rasanya dan kepekatan kuahnya.
Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan 2@3 helai
Setiap kali hari raya resipi rendang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Bagi yang tidak ada pengalaman membuat rendang boleh ikuti resipi ini iaitu resipi Resepi Rendang Tok Asli.
Jom cuba resipi ni.
Saya bukanlah orang Perak. Tapi bila sebut pasal rendang, dalam banyak² versi di Malaysia ni, Rendang Tok Asli Negeri Perak juga yang menambat selera tekak saya
Teksturnya yang kering² tak berkuah, pedas² rempah dan cili, harum sangat. Masak sampai kering gelap atas dapur berjam² perlukan kesabaran.
Kali ni saya buat daging 1 kilo setengah campur limpa 1 kilo.
Saya belajar resepi ni dengan orang Perak juga.
Semua bahan² rencah dikisar kering.
Saya halalkan resepi ni untuk yang suka mencuba
Resepi Rendang Tok Asli
Bahan² hiris :
10 biji bawang rose dihiris halus
1-2 labu bawang putih dihiris halus
4 inci halia dihiris halus
Bahan² kisar :
2 genggam cili kering pedas @ kurang pedas
– dicuci, direbus, nak buang biji pun terpulang ya.
– disangai dalam kuali sampai kering
– blend kering TANPA AIR
2 ketul lengkuas
5 batang serai
– dikisar kasar dgn air, lepas tu diperah buang airnya. kita guna hampas sahaja ya
1 senduk biji ketumbar
(jintan manis & jintan putih optional ya. boleh letak kalau suka)
– disangai dan dikisar kering
Bahan² utama lain:
1 1/2 kg daging pejal biasa yg ada lemak sikit² (bukan batang pinang. kita nak flavour dari lemak² daging juga)
900 gm limpa
– daging & limpa ni kita lakukan proses ‘mati air’ dulu sampai airnya kering.
– maksudnya rebus dalam periuk TANPA AIR. masak biar air daging tu keluar sendiri, sampailah air tu kering semua.
2 kg santan asli pekat
2 keping besar gula nisan (kalau guna gula melaka, boleh kurangkan sikit)
2 senduk kerisik, daun kunyit hiris
Cara masak :
1. Reneh santan atas kuali sambil kacau dalam 10 minit. Api sederhana je.
2. Masukkan bahan² hiris.
3. Masukkan cili kering yg dikisar kering² tadi.
4. Masak sampai terbit minyak sikit.
5. Masukkan daging & limpa.
6. Masukkan bahan² kisar yang lain.
7. Masak sampai pecah minyak.
8. Masukkan kerisik dan gula nisan.
9. Masukkan perisa & garam.
10. Tabur daun kunyit. Masak sampai kering. Kacau selalu. Proses ni dalam 2-3 jam juga. Bergantung pada kuantiti daging.
**Kalau daging belum empuk, air boleh tambah jika perlu saja ya. sebab resepi ni kalau boleh kita nak kurangkan air.
Menikmati tortilla wrap yang padat dengan isi dan limpahan sos pelbagai perasa serta sayur salad yang segar tentu sahaja nampak sungguh menyelerakan. Apatah lagi jika kita sendiri yang sediakan ramuannya, pasti bahan yang terpilih kita gunakan. Barulah puas hati!
Jadi apa kata sempena anak-anak sedang bercuti di rumah ketika ini, anda sediakan menu ini yang cukup mudah penyediaannya. Bolehlah dinikmati bersama-sama seisi keluarga. Bahkan anak-anak kita ni pun bila duduk di rumah, mula lah asyik lapar tidak kira waktu.
Kalau makan nugget sahaja mesti bosan, jadi bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Jaja Ramli ini yang turut berkongsi tip bagaimana nak pastikan salad yang digunakan dalam penyediaan bahan tortilla kekal segar.
Bukan itu sahaja, malah turut dikongsikan cara lipatan dan membungkus tortilla dengan kemas. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Time cuti sekolah ni anak-anak pasti suka.. mak-mak nak bagi nugget je.. anak dah bosan.. boleh try buat macam ni… tengok pun anak-anak dah tak sabar nak makan
MINI TORTILLA
Bahan-bahan:
Lepas itu lipatkn macam ni, supaya nampak garisan, nanti senang nak potong 2
Langkah 1 : Roti wrap ni kedudukkannya camni ye.. pastu letaklah mayonis n sos cili atau apa saje yang kita suka
Langkah 2 : Letakkan salad, seketul nugget dan letak lagi sekali sos dan mayonis tadi. Baru rasanya sedap.
Langkah 3 : Pastu lipatkan roti wrap tu seperti ini dan sebelah lg pun sama, barulah nampak bentuk tu kan.
Langkah 4 : Ambil pembalut burger ni, kat tempat you all mesti ada yang corak lain dari yang ni, kat sini ada yang ni je.. ni nak balut mini tortilla kita tu, supaya sos tadi tak adalah nak meleleh kat tangan, masa kita makan. Potongkan pada 4 bahagian dan dapat cam ni ye, boleh jimat kertas ni.
Langkah 5 : Ok, ni cara lipatan tu.. tengok betul-betul ye.. ada dua lipatan.. dan ada tujuannya kenapa
So akan jadi macam ni.. harap faham ye
Langakh 6 : Ni cara nak balut .. letak roti tu ikut garisan ye.. dan lipatkan ke atas seperti ni… dan yang tepi tu.. buat seperti ni..dan kemudian sebelah lagi.. senangkan
Untuk lebih kemas, kita boleh letak selotep dan terus nampak kemas kan. Tadaaaa… dah jadi mini tortilla.
Alhamdullillah, buat semalam ni tuk majlis makan malam bersama ahli keluarga.. selamat mencuba semua.