Warnanya yang cantik bikin hati terpikat, anak-anak pun suka kan dengan buah yang satu ni. Tapi kalau asyik makan begitu sahaja bosan juga kan. Apa kata ibu-ibu buat pula Puding Buah Naga Susu.
Resipi ini senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nurhayati Abd Malek ni.
Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)
Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom buat puding buah naga! Puding Buah Naga.
Bahan-bahan
1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)
Ads
Nota: Saya guna loyang 7″
Info penting: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang saya guna ni dia minta saya bancuh 1500mls air. Jadi saya bahagikan dua 750mls air + 750 susu cair.
Cara membuat:
buah dipotong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.
Ads
Masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.
Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.
Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.
Kacau hingga gula sebati.
Ads
Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.
Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.
Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
HUAWEI nova 7 SE merupakan telefon pintar model terbaru yang menawarkan harga menarik pada RM1,499 sekaligus menjadikan ia telefon pintar 5G yang menawarkan harga paling mampu dimiliki di Malaysia! Ia bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.
Menariknya, anda juga berpeluang untuk memenangi The Triple Rewards jika anda mendapatkan HUAWEI nova 7 SE mulai 19 Jun ini.
Ya, dapatkan telefon pintar ini dan anda akan diberikan hadiah percuma bernilai RM1,256. Antara hadiah percuma yang akan diberikan adalah HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage – 15GB untuk setahun, nova casing, HUAWEI Video (dibawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000.
-Dapatkan Hadiah Percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival 2020 untuk setiap pembelian *
– Cabutan bertuah AppGallery Carnival: Berpeluang memenangi Proton X70
*Tertakluk pada tema& syarat , sementara stok masih ada
Dengan teknologi inovatif dan rekabentuk menarik, HUAWEI nova 7 SE direka untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk para pengguna.
Untuk mengukuhkan lagi pemahaman orang ramai mengenai kelebihan dan ciri-ciri telefon pintar ini, Pengurus Jenama HUAWEI nova, Isabel Koh tampil menjelaskan bagaimana model terbaru dalam siri nova ini mampu mewarnai kehidupan harian anda. Mari kita sama-sama saksikan video ini!
Ini 7 sebab mengapa anda tidak mampu menahan diri daripada memiliki HUAWEI nova 7 SE ini.
Kepada anda yang mementingkan nilai aestetik, inilah telefon pintar yang sesuai untuk anda. Hadir dalam tiga warna unik dan memukau, Siri HUAWEI nova 7 ini pasti mencuri perhatian orang sekeliling ketika anda memegangnya.
Tiga warna tersebut adalah Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple. Yang penting, anda tidak perlu lagi bergantung kepada reka bentuk sarung telefon pintar kerana HUAWEI nova 7 sudah cukup memukau pandangan dan melambangkan personaliti anda!
Matlamat utama HUAWEI nova 7 adalah untuk menghasilkan prestasi penggunaan serta fotografi dengan baik. Untuk memastikan matlamat ini dapat dilaksanakan, HUAWEI nova 7 telah telah direka secara minimalis untuk software dan hardware.
Ini bermakna, telefon pintar ini ternyata mampu menghasilkan prestasi penggunaan yang baik. Ruang dalaman di bahagian processor dan saiz motherboard juga telah diperkecilkan. Ia menjadikan HUAWEI nova 7 ini ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja, kerana barang solekan pun lebih berat daripada telefon pintar ini!
Kamera merupakan aspek penting dalam memilih telefon pintar, ia amat berguna dalam kehidupan seharian, tidak kiralah anda mengambil gambar bersama keluarga mahupun foto OOTD untuk dikongsi di media sosial.
Disokong oleh Kirin 820’s dan keupayaan AI yang kuat, anda boleh menikmati kualiti fotografi berdifinisi tinggi, gambar malam yang memuaskan hati, serta kualiti video 4K tiada tandingan, semuanya dapat dihasilkan oleh kamera 64MP AI Quad ini.
Bukan itu sahaja, Siri HUAWEI nova 7 Series ini juga mempunyai kanta ultra lebar, makro dan bokeh yang menambahkan lagi efek kelas pertama dalam fotografi anda!
Untuk pengguna muda, sudah tentu mereka kerap mengambil gambar selfie, justeru, HUAWEI nova 7 SE 5G adalah telefon pintar yang paling sesuai untuk mereka. Kamera depan 16MP mampu mengguna pakai aperture besar f/2.0 dengan saiz piksel 1.0 um menjadikan kameranya lebih berupaya menangkap cahaya dan perincian dalam gambar yang diambil.
Kamera depannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 yang membolehkan pengguna mengambil gambar selfie di tempat bercahaya rendah. ‘Noise’ pula dikawal oleh BM3D algorithms manakala perincian dibantu dengan menyusun beberapa RAW frame bersama-sama. Jadi, kamera telefon pintar ini hanya memerlukan dua saat untuk menghasilkan kualiti gambar selfie yang menakjubkan.
Bagaimana jika anda mahu merakam momen menarik dan penting seperti ketika mengadakan kejutan hari jadi untuk rakan dan sebagainya?
Sudah tentu anda ingin merakam reaksi rakan dan apa yang anda lakukan pada masa yang sama kerana ia lebih menarik bukan?
Ya, ia tidak mustahil dengan HUAWEI nova 7 Series ini kerana ia mempunyai teknologi Dual View ketika merakam menggunakan kamera depan dan belakang pada masa yang sama.
Kamera belakang juga dilengkapi kanta makro yang yang memudahkan anda melakukan ‘close up’ ketika membuat rakaman, kini detik istimewa dalam hidup anda akan lebih bermakna kerana ia dapat diabadikan sepenuhnya menerusi rakaman video!
Pelbagai aktiviti seharian seperti menghadiri konsert, meluangkan masa bersama rakan di kompleks beli belah dan sebagainya memerlukan telefon pintar anda kekal digunakan sepanjang hari.
Namun, apa yang akan berlaku jika anda sibuk, tiada masa dan telefon pintar anda pula tidak mempunyai kuasa bateri mencukupi?
Persoalan ini terjawab dengan HUAWEI nova 7 Series kerana ia dilengkapi dengan bateri besar 4000mAH dan 40W HUAWEI SuperCharge yang membolehkan telefon pintar anda mengecas 70% bateri dalam masa 30 minit sahaja. Ini merupakan kabar gembira untuk anda di luar sana, sekarang, anda tidak perlu risau ketika keluar berhibur ataupun melepak bersama rakan.
HUAWEI nova 7 Series menawarkan harga hebat yang paling mampu dimiliki di Malaysia. Dengan reka bentuk unggul, kualiti fotografi dan video yang tinggi, telefon pintar ini akan boleh didapati dengan harga kurang daripada RM2,000 sahaja!
Kadang-kadang, kita mempunyai kesukaran untuk berkongsi maklumat penting daripada mesyuarat mahupun kelas pembelajaran, bagaimana untuk lakukannya dengan sangat mudah di hujung jari sahaja?
Kini anda boleh melakukkannya dengan HUAWEI nova 7 Series yang menawarkan MeeTime yang mampu menyokong panggilan video 1080p FHD antara peranti HUAWEI.
Ia juga mempunyai teknologi pengecaman muka dan bertindak balas dengan baik dalam ruang bercahaya rendah demi memastikan kualiti video yang sangat baik dan jelas.
Selain daripada kualiti video yang mantap, HUAWEI MEETime juga ada fungsi Kongsi Paparan (Screen sharing) dan Mod Cantik (Beauty Mode). Tak kiralah korang bekerja atau bersuka ria, fon ni memenuhi segala kehendak gaya hidup korang!
Dengan HUAWEI Share pula, pengguna boleh menikmati kemudahan berkongsi fail atau maklumat dengan hanya menggerakkannya di skrin dan boleh dihantar kepada penerima dengan cepat.
Semua ciri di atas mampu menjadikan HUAWEI nova 7 Series sebagai telefon pintar yang cukup moden, mudah diguna dan menghiburkan anda.
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.
HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova 7
HUAWEI AppGallery
Kebanyakan aplikasi kegemaran ramai rakyat Malaysia seperti Maybank2u, facebook, shopee, lazada dan banyak lagi, boleh didapati menerusi AppGallery dalam nova Series. Untuk maklumat lanjut sila klik di
HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali! Dari 19 hingga 30 Jun ini, korang berpeluang merebut pelbagai tawaran dan memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), antara hadiah yang menanti ialah Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.
Kalau korang tak sabar nak tunggu hingga 19 Jun, jom singgah di Huawei Store untuk dapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi?
Nikmati ganjaran menarik denganMember Centre Rewards
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma,Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi!
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Cara untuk menebus ganjaran :
Jom singgah di HUAWEI Store atau HES yang terdekat sekarang!
Jom singgah di Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang nova 7 SE. Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan installment plan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban korang.
Kunjungi cawangan HUAWEI berdekatan anda atau klik sini untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kelebihan nova 7 SE.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi sup tauhu telur antara menu mudah yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Menu begini sangat sesuai dengan ibu-ibu yang bekerja tetapi dalam masa yang sama mahu memasak sendiri di rumah.
Tauhu telur atau tauhu Jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut. Sup tauhu telur juga dapat dijadikan makanan alternatif untuk individu yang tidak suka makan daging. Ringkas tapi sedap. Makan panas-panas memang terbaik. Jom kita masak!
RESIPU SUP TAUHU TELUR
Bahan-bahan:
3 pek tauhu telur
1 pokok brokoli
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar lada sulah
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung + 1 sudu besar air
Cara memasak:
1. Mula-mula potong tahu telur, lepas tu bedakkan dia dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.
2. Wajib untuk salutkan tauhu dengan tepung jagung bagi mengelakkan tauhu meletup ketika digoreng.
3. Apabila sudah garing seperti dalam gambar, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.
4. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
5. Masukkan sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa. Bubuh ikan bilis pun sedap.
6. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Jika suka berkuah masukkan lebih banyak air.
7. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak masukkan sayur lain pun boleh. Ikut selera ya.
8. Masukkan tauhu telur goreng tadi.
9. Masukkan serbuk lada sulah.
10. Masukkan cili hiris.
11. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api. Tak perlu masukkan garam kerana sudah masukkan sos tiram. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Umi Watie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.