Dalam sesebuah perkahwinan tidak dapat lari dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Namun, jangan jadikan sesuatu perkara itu penyebab rumah tangga anda bergolak. Kalau ada sebarang masalah cepat-cepat selesaikan, jangan bertangguh kerana ia boleh mengundang konflik kelak.
.
Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Pusat Perubatan Islam Al mujahidin turut berkongsi petua kebahagiaan rumah tangga di samping mengelakkan sengketa antara suami isteri.
Ads
Kerap sangat berlaku akhir2 ini pesakit mempunyai masalah Rumahtangga.. Ada kata suami ada perempuan lain, ada juga kata isteri ada lelaki lain, masing2 dah buat haluan masing2 la.. Sebelum ini saya ada share, saya share kan semula cara2 pengerat kasih sayang suami isteri… Ambil kan Air suam letak kan Garam Secubit dalam minuman suami isteri.
.
Ads
Baca Al Fatihah 3x
Al Ikhlas 3x
Baca Surah Yusof ayat 1-6
Ya Latif 7x
Dan selawat 7x
.
Ads
Selepas itu bagi suami @isteri minum ,buat setiap hari inshaaAllah jika sebelum ni Suami@isteri baran ,akan kurang baran nya,Hubungan itu akan jadi lebih mesra Dan rapat.Sebaiknya buat setiap pagi Dan sebelum tidur ..Semua atas izin Allah…
Buat dengan yakin Ikhlas inshaa Allah pasti di permudahkan.Moga hubungan kita bersama Suami&Isteri bahagia Dunia dan Akhirat Aamin.
Bercuti bukanlah satu perkara yang kerap dilakukan Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak. Jadual tugasannya yang agak padat sepanjang tahun membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.
“Biasanya kita rancang lebih awal, contoh kalau nak bercuti tahun depan, tahun ni kita lock siap-siap tarikh dan tempah lebih awal. Jadi bila dah sampai masanya, dah ada tarikh dan bila dah tiba masanya terus pergi sahaja.
Saya kerap juga keluar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahillah bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah. Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” begitu tegas anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.
Sehingga kini kata Nabil, dia sudahpun membawa keluarganya ke beberapa buah negara antaranya Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.
Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan. Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.
“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja.
Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya.
Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti untungnya saya dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak-anak. Pernah tertinggal stroller tu adalah..tapi tak pernahlah lagi anak demam atau sakit. Memang percutian pun best.
Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.
Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.
Zira Persiapkan Segalanya
Setiap kali bercuti, orang yang paling sibuk pastinya wanita bergelar isteri dan ibu. Persiapan menjelang harinya ibarat mengira hari untuk menyambut hari raya. Begitulah wanita.
Tidak terlepas hal ini yang dilakukan oleh isteri kesayangan pengacara program Meletop ini. Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya.
“Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.
Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.
“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah.
Cuma ketika berada di sana, kami banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua-duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat saya namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah hampir sebulan bercuti, hari ini bermulanya sesi persekolahan buat tahun 2023. Bila naik sekolah ni, pelbagai ragam dapat kita lihat bukan hanya dari kerenah anak-anak sahaja, malah gelagat guru dan ibu bapa juga menjadi tumpuan!
Misalnya seperti pasangan selebriti, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, di mana mereka juga tidak lepas peluang memuat naik gambar anak sulung mereka, Aisy Mateen ke sekolah pada hari ini.
Malah, yang menjadi perhatian pada perkongsian Fadzil di laman Facebook itu bukan sekadar gambar, malah telatah mereka sekeluarga yang dicoretkan di ruangan kapsyen telah menarik perhatian pengikutnya di laman tersebut.
Lumrah seorang ibu, pastinya akan lebih banyak menitip pesan berbanding seorang ayah. Dalam kapsyen tersebut, Fadzil telah menulis segala nasihat Yana yang disenaraikan dalam 11 pesanan kepada anak sulung mereka itu sebelum ke sekolah. Yang menjadi perhatian apabila muncul sahaja pesanan darinya, hanya 1 sahaja yang terkeluar dari bibir pelakon tersebut iaitu “Dengaq, ingat apa mommy pesan tu. Assalamualaikum.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terutamanya golongan wanita bersetuju bahawa tidak dinafikan seorang ibu sememangnya mempunyai banyak pesanan yang perlu disampaikan untuk anak. Malah, ada juga yang mengatakan Fadzil buat kerja mudah hanya merumuskan sahaja apa yang disampaikan oleh isterinya itu.
Sumber : Facebook Fadzil Zahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Kes positif baharu hari ini (7,857) adalah tertinggi pernah direkodkan.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ketika ini sebanyak 541,224 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 2,675 kes dilaporkan dan ini diikuti Sarawak, 772 kes, dan Kuala Lumpur, 561 kes.
Pelbagai reaksi orang ramai apabila mengetahui apabila kes harian terus meningkat.
Menerusi ciapan di twitter Noor Hisham Abdullah, emosi warganet ramai yang meluahkan rasa sedih. Apatah lagi bimbang situasi kadar jangkitan yang semakin ‘mengganas’.
Apa pun, dinasihati lebih berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 ketika mengunjungi kawasan tumpuan umum dan juga di tempat kerja.
Sehingga 27 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,857 kes (541,224 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 2,675 (177,450) Sabah – 217 (61,274) Johor – 549 (56,231) WPKL – 561 (56,032) Sarawak – 772 (44,738) Pulau Pinang – 365 (27,284) pic.twitter.com/W0TlmD6KGO
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...