Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
Ads
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ads
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Apam beras memang enak rasanya, gebu dan lemak manis rasanya. Nak tahu rahsia menyediakan apam ini berserta cara sediakan ragi nasinya, jom semak.
Ini lah keje akak setiap hari. Buat kuih apam beras untuk dihantar ke gerai-gerai. Alhamdulillah. Do’akan rezeki akak lancar
**AKAK DAH BAGI LENGKAP TERUTAMA BAB CARA RAGIKAN NASI TU**
CARA BUAT TAPAI NASI/CARA RAGIKAN NASI
1- Sebiji ragi ditumbuk guna batu lesung/apa-apa sahaja janji sampai halus (jangan buka plastik)
2- Gunting plastik dan taburkan ragi yang dah ditumbuk tadi ke dalam 3 senduk nasi. Kalau nak pakai 1 senduk nasi, sila kurangkan ragi.
3- Ragi dan nasi tadi digaul sebati.
4- Perap 2 malam. Simpan di luar sahaja dalam bekas tertutup. Tak perlu bungkus dengan kain. Janji tutup.
5- Bila dah diperap 2 malam dia akan jadi tapai. Tapai inilah yang akan kita gunakan untuk buat apam beras. Tujuan guna tapai nasi untuk bagi rasa yang sedap. Kalau TAK guna tapai nasi dia punya rasa apam tu kosong. Hanya rasa tepung.
***TAPAI NASI BOLEH BERTAHAN SAMPAI 1 BULAN. JANJI SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP. JANGAN RISAU TAKKAN BASI. AKAK LETAK KAT LUAR JE. NAK SIMPAN DALAM PETI AIS PUN BOLEH. IKUTLAH. MANA-MANA BOLEH.***
RESEPI APAM BERAS (30 biji)
BAHAN-BAHAN
1 paket @ 500g tepung beras cap teratai
1 senduk tapai nasi – dibleder @ dikisar halus dengan sedikit air
(Ragikan dan perap 2 malam. Letak diluar sahaja dalam bekas tertutup)
***1 biji ragi untuk 3 senduk nasi***
1 cawan gula pasir
1 paket kecil eno warna biru
(Fungsi eno nak bagi kembang/mekar/pecah)
2 cawan air
Pewarna (jika perlu)
CARA-CARA
1- Satukan tapai nasi dan tepung dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air. Kacau sebati.
2- Perap selama 3-4 jam. Kalau cepat kembang perap 3 jam je.
3- Bila dah kembang masukkan eno.
4- Masukkan pewarna pilihan.
5- Kukus selama 10 minit. Api besar.
6- Time nak makan baru gaul dengan kelapa.
Sumber : Muhammad Sayuti Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua wanita mesti ada dapur idaman sendiri kan. Tipu lah kalau tak ada. Walaupun yang sibuk bekerja jarang memasak, dapur tu tetap nak guna setiap hari.
Mesti dalam fikiran masing-masing dah ada tema macam mana yang nak decor untuk dapur idaman.
Tapi bila dah plan tu, jangan lupa beli barang-barang yang penting. Nanti kang sia-sia itu tak kena ini tak kena.
Jangan beli sendiri pulak, boleh tanya pendapat contractor atau orang yang lebih tahu. Jom kita tengok antara peralatan dapur yang wajib dibeli sebelum nak renovate dapur.
PERALATAN DAPUR WAJIB DIBELI SEBELUM RENOVATE
DAPUR MASAK
Dapur masak ni benda paling penting kalau ada plan untuk nak buat dapur jenis built in. Beli dapur masak awal-awal supaya boleh plan untuk muatkan di counter top.
Nanti dah terbeli tapi tak kena dengan saiz kan dah rugi. Tak kisah la dapur gas ke induction cooker ke. Kena pastikan ia muat betul-betul.
HOOD
Contractor ada sarankan untuk beli cooker hood awal supaya senang untuk buat ukuran kitchen bahagian atas untuk “rumah” atau bumbung hood tu nanti.
Boleh la pilih yang kena dengan warna tema dapur. Kalau pilih warna hitam kang cepat nampak habuk. Kalau pilih warna putih pulak senang kotor. Ha ikutlah pilihan masing-masing ya.
PETI AIS
Ha antara bab paling best ni. Lagi-lagi ibu-ibu yang semangat je nak organize peti ais bagi kemas. Dah boleh plan ruangan mana nak letak bekas kecil, bekas besar dan botol-botol. Senang la sikit nak survey yang mana sesuai. Kalau ada duit lebih boleh la cuba peti ais ketuk-ketuk cermin tu hehe.
WORKSTATION SINK
Untuk yang selalu memasak, penting untuk ada workstation sink yang luas. Bila workstation sink sempit, tak puas untuk kita gunakan nak prepare bahan-bahan masak. Bila luas, takde la terjatuh botol kaca ke, bahan jatuh dalam sink ke kan. Sink pon kena dapatkan ukuran awal supaya nanti tak salah tebuk lubang pada table top.
FAUCET
Faucet ni better beli yang stretchable dan boleh rotate untuk mudahkan kerja bersihkan sinki. Ada banyak jenis, kalau dah tengok memang rambang mata walaupun beli faucet di kedai DIY. Apa pon, pilih lah yang kena dengan keselesaan sendiri untuk digunakan. Faucet ni nak guna hari-hari tau.
Semoga tips yang dikongsikan oleh Restununa dapat bagi idea kepada korang yang nak renovate dapur idaman sendiri secara DIY. Biar murah asal berkualiti dan tahan lama.
Patut la ramai yang duk viral Daun Mulberi Celup Tepung ni. Sedap rupanya. Krup krap krup krap anak makan. Dah macam makan keropok keping. Kalau nak buat, sure tak menyesal lah. Khasiat pun banyak daun mulberi ni.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba sendiri akan keenakan dan khasiat daun ini, jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah, sukatan tepung sama banyak.
Bahan-bahan
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar tepung beras
* 1 sudu kecil serbuk kari (suka hati nak kari ayam daging ke, ikan ke) nak bagi rasa spicy skit.
* secubit serbuk lada putih & garam
* air suam
Cara membuat:
Bancuh agak² tak pekat, tak cair. Celup daun,dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
Sedia untuk dimakan.
Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
.
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
.
Rugi sangat-sangat kalau tak cuba. Banyak betul khasiatnya.
Kredit : sumaiyah abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di