White Corn flour powder in spoon wooden.

Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan masakan tetapi sesuai juga untuk kegunaan lain.

Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:

1.Penyerap bau

Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.

2. Hilangkan kotoran fabrik

Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air.

Caranya mudah : Lapiskan permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudian tanggalkan lapisan tepung jagung dan barulah dicuci seperti biasa.

3. Hilangkan bau hancing

Bersihkan kesan atau sisa air kencing haiwan dengan melapikkan permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung dan juga air.

Biarkan ia mengering dan barulah dicuci dengan air.

4. Kilatkan perkakasan memasak

Semasa memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.

IKLAN

5. Pembersih kulat

Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.

6. Pelembut kain

Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.

7. ‘Sahabat’ perabot

IKLAN

Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.

8.Singkirkan kesan minyak

Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.

9.Ejen scrub

Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.

10. Hilangkan kesan contengan

Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.