“Sejuk Hati Tengok, Moga Terus Istiqomah.” Aksi Mesra Erra Fazira & Lisa Surihani Dalam Majlis Ilmu Raih Perhatian

Share

Dua pelakon popular, Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani kelihatan begitu mesra ketika bertemu dalam satu majlis ilmu baru-baru ini.

Gambar selebriti Sama cantik dan manis ini ternyata meraih perhatian. Taj kurang yang memuji kedua-duanya kelihatan tidak kekok antara satu sama lain.

Menerusi perkongsian video di laman Instagramnya, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek meluahkan rasa syukur kerana berpeluang berkumpul dengan rakan selebriti lain dalam majlis anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar itu.

Erra juga turut berharap ilmu yang diperoleh tersebut dapat membantu dirinya terus  istiqamah selain berkongsi manfaat kepada orang ramai.

Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga.

Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua.. insyaAllah.. amiiinnnn,” tulisnya menerusi kapsyen.

Rakaman video tersebut juga memperlihatkan memaparkan suasana majlis tersebut. Turut kelihatan Lisa seolah-olah berkongsi rasa gembira sambil berbual dengan Erra serta beberapa pelakon wanita lain.

Menjengah ke ruangan komen, Lisa yang juga isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim turut meninggalkan komen pada posting berkenaan memaklumkan dia gembira dapat berjumpa dengan ibu kepada Aleesya di majlis tersebut.

Sumber: errafazira

 

 

 

IKLAN