Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan tujuh kenderaan dekat Ipoh yang meragut nyawa empat individu merupakan sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan pada petang Rabu.

Mereka dikenali Rahim Ramli, 60, yang merupakan pesara polis, isterinya Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.

Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur untuk menghantar seorang anak perempuan mereka yang baru mendapat kerja di ibu kota.

Anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.

“Sekitar jam 4.30 petang saya cuba untuk hubungi ibu saudara saya untuk bertanyakan sudah sampai di mana, namun talian tidak bersambung.

“Saya cuba telefon ke nombor tiga yang lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.

“Sampailah saya dapat panggilan daripada seorang lagi makcik maklumkan kejadian itu,” katanya yang juga dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Bangi.

IKLAN
“Sekali Pergi 4 Orang, Bukan Satu, Bukan Dua…” – Anak Bongsu Hilang Kata-Kata, Ibu, Ayah & Kakak Pergi Selamanya
kredit gambar Sinar Harian

Anak bongsu mangsa, Mohamad Hazman, 20 tahun, reda dengan pemergian sekali gus empat ahli keluarganya dalam kemalangan terbabit. Dia hilang kata-kata sebaik menerima perkhabaran duka mengenai kemalangan yang mengorbankan ibu bapa dan dua kakaknya itu, selepas dihubungi seorang lagi kakaknya.

Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu ialah pada Selasa, sebelum dia pulang ke Perlis untuk menjalani latihan Industri.

Katanya, ibu bapanya dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah, ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja selepas sekian lama bercuti.

“Saya tahu mereka hendak ke Kuala Lumpur sebab mahu hantar kakak saya ke Kuala Lumpur, sebab kakak hendak kerja di sana.

“Saya sangkakan mereka pergi macam biasa, macam sebelum-sebelum ini, ayah yang akan bawa kakak ke sana.

IKLAN

“Jadi, saya pun balik kerja di Perlis macam biasa, salam cium tangan mereka. Tapi tiba-tiba, dengar-dengar macam ini.

“Sekali Pergi 4 Orang, Bukan Satu, Bukan Dua…” – Anak Bongsu Hilang Kata-Kata, Ibu, Ayah & Kakak Pergi Selamanya
kredit gambar Awani

“Rasa sedih, tak tahu hendak cakap macam mana. Di sini, tinggal saya dengan kakak sahaja,” kata Mohamad Hazman ketika ditemui pada majlis pengebumian jenazah empat ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Pasir, Pulau Pinang awal pagi ini.

Jelasnya, sebelum kejadian, tiada kelakuan pelik yang diperhatikan melibatkan ahli keluarganya itu.

“Semua macam biasa. Kami keluar pada Hari Raya tempoh hari, saya bawa kakak saya berjalan-jalan, pergi ziarah ke rumah adik-beradik. Emak dan ayah pun pergi. Kiranya, kami sempatlah berziarah,

IKLAN

“Cuma, saya sedihlah, sebab sekali pergi empat orang, bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi sekali empat. Memang betul-betul sedih,” tambahnya.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang Rabu, empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Persona maut akibat tersepit selepas terlibat nahas membabitkan enam kereta dan sebuah treler.

Sumber : Astro Awani

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI