Sebagai selebriti, segala tindak tanduk akan menjadi perhatian dan mendapat komen dari netizen. Ada yang baik tak kurang yang mencemuh. Justeru, atas nasihat daripada suami, Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu kurangkan perkongsian gambar anaknya Siti Aafiyah di laman instagramnya.

“Sekat Orang Bawa Aura Negatif, Hati Pun Tenang. ” Datuk Seri Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Suami Kurang Kongsi Gambar Aafiyah.

 

Sekat komen negatif

“Apabila menjadi ibu selebriti, pasti anak akan kena tempias. Demkian juga suami. Tetapi kalau boleh biarlah saya seorang sahaja ke depan.

“Soal menerima komen orang lain, pada saya bagus juga orang bagi pandangan dan saranan kerana ada sesetengah perkara kita kurang arif. Jadi, kalau ada yang tegur, apa yang baik dan bagus saya akan ambil kira. Tetapi kalau ada yang sengaja dan berniat tak baik, senangnya saya akan sekat orang macam tu.

“Dengan kata lain, saya sekat orang yang bawa aura negatif. Kita tahu dia bukan nak bagi saranan. Sebaliknya ada niat lain. Jadi lebih baik sekat,  Hati pun tenang.

“Sekat Orang Bawa Aura Negatif, Hati Pun Tenang. ” Datuk Seri Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Suami Kurang Kongsi Gambar Aafiyah.

IKLAN

Pasarkan produk sendiri

Ditemui dalam majlis Pelancaran Kosmetik Gold Edition serta mearikan ulang tahun ke 8 Simplysiti, akui penyanyi nombor satu Negara ini, dia hampir give up  pada awal-awal menceburi bisnes tersebut. Namun sokongan dan dorongan suami membuatkan dia kembali bersemangat.

“Dulu rasa baik fokus pada nyanyian sahaja, sebab dalam bisnes kena ambil serius dalam semua benda. Tetapi suami cakap saya boleh buat tapi kena ada plan. Alhamdulillah, lama-kelamaan saya dapat hadapi semua masalah dengan baik. Sekarang saya dah boleh pasarkan sendiri melalui butik serta jual melalui online selain pasarkan di Watson.

“Sekat Orang Bawa Aura Negatif, Hati Pun Tenang. ” Datuk Seri Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Suami Kurang Kongsi Gambar Aafiyah.

IKLAN

“Walaupun modal untuk mengeluarkan produk banyak kerana banyak tahap yang perlu dilalui termasuklah buat kajian dan sebagainya, namun sambutan di pasaran cukup baik membuatkan saya menjadi lebih teruja dan semangat.

Produk penjagaan kesihatan

Melihat pada bentuk badannya yang kini kembali langsing, begitu pun Datuk Seri Siti tidak terfikir untuk mengeluarkan produk yang pelangsingan.

“Soal mengeluarkan produk pelangsingan badan, pada saya sudah terlalu banyak pilihan. Masyarakat di luar akan lihat apa yang kita ambil dan mereka mahukan keberkesanan. Jika saya ada amalkan satu produk nanti, saya akan kongsikan dengan orang ramai. Tetapi buat masa sekarang, lebih baik fokus pada kosmetik, skincare dan wangian.

IKLAN

“Sekat Orang Bawa Aura Negatif, Hati Pun Tenang. ” Datuk Seri Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Suami Kurang Kongsi Gambar Aafiyah.

“Cuma nanti saya akan keluarkan losen badan dan juga makanan kesihatan untuk dalaman. Produk ini sangat ‘peribadi’ untuk saya. Suami juga suka bab-bab pengambilan vitamin dan juga makanan kesihatan kerana dia amat mementingkan penjagaan kesihatan. Jadi, kami akan kongsikan apakah produk yang diambil.

“Malah, kami juga tidak menggunakan gimik kosong sebaliknya lebih kepada sesuatu yang bertanggung jawab untuk melariskan produk berkenaan. Apa yang penting kami beri ilmu kepada pengguna memandangkan produk Simplysiti boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat bermula dari usia sekolah menengah sehingga ke 40 tahun ke atas.

“Sekat Orang Bawa Aura Negatif, Hati Pun Tenang. ” Datuk Seri Siti Nurhaliza Ikut Nasihat Suami Kurang Kongsi Gambar Aafiyah.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI