Seakan sudah sinonim dirasakan bila tiap kali bulan Ramadan ada satu acara yang ditunggu-tunggu untuk kita bersama-sama seisi keluarga dan seluruh dunia bergabung untuk menjayakan World #QuranHour.
Apa yang pasti, setiap tahun semakin ramai turut serta dan untuk tahun ini Bernama ada melaporkan World #QuranHour, gerakan membina sistem nilai al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia, dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran itu dapat dicapai hasil kerjasama dengan rakan media yang memberi sokongan untuk menyebarluaskan misi #QuranHour di platform masing-masing, untuk dekati lebih ramai masyarakat di dalam dan luar negara.
Sinergi media daripada pelbagai pihak antaranya Bernama, Astro, TV AlHijrah, RTM, Kumpulan Media Prima, Sinar Harian, Kumpulan NSTP, Utusan Malaysia, The Star, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, IKIMfm dan blogger Denaihati Network, kembali bergabung untuk menjayakan World #QuranHour kali keenam.
Ads
World #QuranHour telah berjaya capai 21 juta tontonan di 10 negara pada 2015, 87 juta tontonan di 70 lokasi di 50 negara (2016), 357 juta tontonan di 2,000 lokasi di 15 negara (2017), 646 juta di 76 lokasi di 50 negara dan 1.46 bilion tontonan di 300 lokasi di 76 negara (2019), sebelum COVID-19 melanda dan mencatatkan 10 juta tontonan pada 2020.
“World #QuranHour akan diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021, dengan tema ‘MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah’, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup, bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya di majlis taklimat dan sidang media bersama Sinergi Media sempena World #QuranHour 1441H/2021.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, menjadi surah pilihan bagi #QuranHour pada tahun ini, dalam membina kerangka fikir dan karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.
“Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan, yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global,” katanya.
Ads
#QuranHour tahun ini mengukuhkan penghayatan Surah Al-Mulk, melalui program Jom Mengaji Sebelum tidur setiap hari jam 10 malam bermula 15 Jan, Majlis bersama Ayah (sepanjang Ramadan), World #QuranHour (6 Mei), World Quran Convention (10 Ogos) dan Malaysia #QuranHour (30 Ogos) ini.
World #QuranHour di bawah penaung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini, dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi iaitu Bernama, Astro, TV AlHijrah, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, British Muslim TV, Islamic Tourism Centre, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rumah Ngaji.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1442H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di bit.ly/WQH1442H
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan antara artis Malaysia yang bernikah dengan ‘Mat Salleh’.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie.
Malah keluarga ini sering berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga di media sosial buat tontonan para peminatnya.
Baru-baru ini, Lana telah memuat naik beberapa video suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.
Menerusi perkongsian tersebut, suami dan anaknya sedang mempelajari cara dan bacaan dengan betul ketika menunaikan solat.
Malah dia mengakui terharu dan rasa bahagia apabila mengetahui suaminya, mahu mendalami Islam termasuk belajar Al-Quran dan solat.
Menerusi akaun Instagramnya, Lana memberitahu dia mengetahui hal itu selepas memeriksa telefon suaminya yang menunjukkan perbualan David dengan seseorang yang boleh mengajarnya mendalami ilmu agama.
Lana bersyukur kerana akhirnya Allah telah membuka pintu hati suaminya dan mendoakan semoga iman Daud terus kuat bersama Islam.
Terapkan budaya orang melayu Tidak mengabaikan budaya orang Melayu, akui Lana suaminya sendiri sudah selesa dengan budaya ini.
“Kalau diikutkan tak jauh beza budaya antara saya dan suami memandangkan ibunya orang Filipna. Jadi lebih kurang sama Cuma apabila suami duduk di Malaysia, dia faham, budaya Orang Melayu bagaimana dengan budaya di tempat dia.
“Cuma ada beberapa bab contohnya berbudi bahasa, bersopan dan banyak terikut budaya dari sana kerana suami sangat menitik beratkan benda-benda begini terutama dalam pendidikan anak-anak.
“Selain itu, saya juga terapkan budaya melayu seperti jangan pakai kasut dalam rumah, makan guna tangan dan sebagainya.Tetapi saya tak abaikan budaya dari pihak suami. Cuma lebih budaya Orang Melayu memandangkan suami sendiri dan selesa dengan budaya kita,” cerita Lana lagi.
Rata-rata warganet memuji dan mendoakan semoga Lana dan suami dipermudahkan segala urusan serta istiqamah .
juliaaznirAlhamdulilah aamiin semoga Allah memberikan hidayah tanpa henti pda puan sekeluarga InsyaAllah 👍👍
ctmyctAlhamdulillah Syukuran.. Semoga sentiasa istiqomah. Dan semoga ALLAH permudahkan segala URUSAN Dan semoga sentiasa dalam perlindungan Allah swt untuk Lana sekeluarga
lin_abady2904Terbaik sis lana membimbing keluarga.. Semoga dberkati
Kehadiran cahaya mata melengkapi kehidupan pasangan suami isteri. Inilah anugerah yang dinanti-nantikan oleh Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.
Dalam satu majlis, beliau turut mengumumkan bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan.
“Sejujurnya, saya rasa sangat teruja untuk mendedahkan jantina anak kerana ramai sahabat dan rakan media ingin tahu.
“Kandungan saya pun sudah mencecah usia lapan bulan. Jadi, majlis pelancaran produk saya di Shopee ini digunakan sebagai kesempatan yang baik untuk mendedahkan berita gembira yang dinanti-nantikan,” kata Sarimah.
Berita gembira itu dikongsikan sempena di majlis pelancaran produk ‘Thrill by Sarimah Ibrahim Eksklusif di Shopee’ serta pengumuman jantina anak sulungnya di Glam Hall, Damansara Perdana dua hari lepas.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa syukur dan teruja tatkala mengetahui bakal menimang anak perempuan.
“Saya dan suami sangat bersyukur kerana bakal menerima kehadiran puteri dalam hidup kami.
“Alhamdulillah lepas ni saya akan ada kawan baru untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan juga pilih pakaian.
“Di dalam keluarga, saya merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Adik saya semuanya lelaki. Jadi, saya dah terbiasa dengan lelaki.
“Saya tak sangka pula saya sedang hamil anak perempuan. Saya rasa sangat teruja dengan berita gembira ini,” katanya lagi.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa kata main masak-masak hanya untuk anak perempuan? Main masak-masak bersama adik beradik yang lain terutama untuk anak lelaki tidaklah menjadi hal yang besar bahkan ada banyak kelebihannya.