Kisah adik ini tular sehingga dikenali sebagai kampung boy apabila gambarnya bersama-sama kerbaunya terpilih diperingkat dunia. Foto Muhammad Syukor Khamis bersama beberapa ekor kerbau memenangi 20 gambar terbaik dunia sekali gus juara peringkat Asia.
Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
Terbaru salah seekor dari kerbau tersebut bakal dikorbankan untuk majlis menyambut menantu di dalam keluarga Syukor. Kerbau yang dinamakan Tongkol itu adalah kerbau kesayangan Muhammad Syukor Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar ‘Mowgli Malaysia’ itu.
Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukor sejak kecil itu akan disembelih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.
Abang kepada Muhammad Syukor, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyembelih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.
Ads
“Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disembelih.
“Bukan sahaja Syukor, tetapi kami sekeluarga memang sayangkan Tongkol kerana haiwan itu paling jinak, malah dijaga di rumah sejak kecil lagi.
“Tongkol sudah serasi bersama Syukor dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di media sosial dan memenangi anugerah,” katanya.
Menurutnya, kerbau kesayangan itu sengaja disembelih di rumah rakan bapa supaya dia dan keluarga tidak melihatnya.
Ads
“Seharian Syukor muram dan tidak bersemangat untuk menguruskan kerbau serta melayan tetamu yang datang menemuinya hari ini.
“Sepanjang musim cuti ini, ramai pengunjung dari luar termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor datang ke rumah untuk berjumpa Syukor.
“Sehingga hari ini pengunjung masih datang bertali arus untuk menemui Syukur, namun kerana Tongkol akan disembelih, layanan diberikan tidak seceria selalu,” katanya.
Ads
Menurut Muhamad Alias, majlis sambut menantu meraikan dia dan abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, bersama isteri masing-masing, dijangka dihadiri lebih 3,000 tetamu.
“Lepas ini akan ada kerbau menggantikan Tongkol kerana sudah menjadi lumrah dan adat memelihara haiwan ternakan seperti itu.
“Sampai masa ia akan disembelih dan yang lain pula yang akan menjadi pengganti,” katanya.
Tular di media sosial mengenai Syukor menangis serta bermuram apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya itu.
Masih ingat tak, ketika bercinta dulu, senyuman manis membuatkan anda terterpesona.
Malah melalui dengan senyuman akan membuatkan emosi positif baik bagi diri kita atau orang lain. Bahkan akan memunculkan rasa bahagia untuk pasangan suami isteri.
Oleh itu dalam perkahwinan digalakkan sentiasa memberi senyuman kepada pasangan tanpa mengira masa.
Begitu juga dengan perkongsian ini. Nak tahu rahsia senyuman yang dikatakan romantik!
Ikuti selanjutnya.
Romantik Percuma Dengan 5 Senyuman.
Gambar sekadar hiasan
Jika mulut sukar untuk meluahkan, berikan senyum sahaja. 1. Bila si dia selesai berpakaian untuk ke luar, senyumlah. Itu tanda anda suka, anda sayang, anda memuji dia cantik atau segak tanpa berkata apa-apa. Hebat kan? 2. Bila isteri sedang atau sudah selesai masak, berikan dia senyuman tanda terima kasih dan anda menghargainya. 3. Sebelum meninggalkan pasangan. Sama ada mahu pergi kerja atau keluar ke kedai. Sebelum pintu rumah ditutup tu, lemparkan sahaja senyuman manis buat pasangan. Tinggalkan si dia dengan mood yang baik. Pasti dia tersenyum sendiri. 4. Bila pulang dari kerja, berikan senyuman yang menandakan anda bersyukur kerana telah pulang ke rumah dan anda telah meninggalkan kerja di tempat kerja. Setkan mood pulang anda itu di tahap yang baik. 5. Senyum secara rawak atau spontan kepada pasangan. Bila dia tidak memandang, berikan senyuman padanya, bercakaplah dalam hati, “hensemnya suami aku ni” atau “cantiknya isteri aku ni”. Biar dia perasan yang anda sedang tersenyum melihat dia. Kalau dia tanya kenapa, boleh jawab sebab dia hensem atau cantik, atau jawab je “takde pape”. Pasti best. Mudah sahaja nak romantik ni. Jom mulakan dengan senyuman. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang memberikan senyuman pada pasangan.
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.
Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.
Berikut antara perkongsian beliau.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar 1. Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6.Makan Keladi Dan Ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata setiap kali dia keluar bersama keluarga, ibunya pasti akan mengeluarkan kata-kata seperti merendahkan dirinya sebagai seorang suri rumah.
Sebagai seorang wanita yang menggalas tanggungjawab menjadi suri rumah sepenuh masa pasti bukannya sesuatu yang mudah.
Tugas mereka ini bagaikan tiada waktu rehat, dari terbitnya matahari sehinggalah waktu malam ada sahaja urusan yang perlu dilakukan demi menguruskan keluarga.
Namun, segelintir masyarakat pada hari ini seringkali memandang rendah terhadap suri rumah hanya kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak bekerja.
Wanita Kongsi Cerita Diperlekehkan Oleh Ibu Sendiri
Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila dia berkongsi mengenai kisah dirinya yang diperlekeh oleh ibu kandungnya kerana hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Menerusi hantaran klip video sedutan rancangan ‘Wanita Hari Ini’ yang dimuat naik di laman TikTok, wanita itu berasa amat kecik hati dengan persepsi ibu sendiri terhadap dirinya.
Difahamkan, wanita tersebut sudah menjadi suri rumah sepenuh masa selama lapan tahun.
Ibu Bagi Kata-kata Menyakitkan Hati Setiap Kali Keluar Bersama
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata setiap kali dia keluar bersama keluarga, ibunya pasti akan mengeluarkan kata-kata seperti merendahkan dirinya sebagai seorang suri rumah.
“Setiap kali keluar dengan adik beradik dan mak, bila mereka beli baju cantik-cantik, saya pun tengok juga baju tu dengan niat nak beli bukannya pakai duit diorang pun.
“Tapi mesti mak saya cakap ‘Buat apa kau nak beli baju baru? Kau bukannya bekerja.’ Kat situ dah buat saya kecik hati,” katanya.
Suri Rumah Takda Hak Nak Beli Baju Dan Berhias?
Kata-kata daripada ibunya itu membuatkan wanita tersebut berfikir adakah seorang suri rumah tidak mempunyai hak untuk membeli pakaian dan berhias?
Wanita itu juga berkata ibunya kerap memerli konon dirinya hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa.
“Kadang-kadang dia perli ‘Kau duduk rumah bukan buat apa pun’ hmm saya betul-betul terasa hati.”
“Jadi Suri Rumah Lagi Penat Dari Bekerja” – Netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memahami perasaan wanita tersebut malah mereka turut berkongsi pengalaman yang dilalui oleh mereka sebagai suri rumah.