Perkakasan dan peralatan kucing sememamgnya adalah perkara wajib ada untuk memastikan anak bulus kita selesa. Semua peralatan seperti pencedok najis, bekas air dan bekas makanan ini sebenarnya banyak membantu mempercepatkan proses dan membantu mereka lebih selesa.
Pun begitu, harganya yang melambung tinggi di pasaran buat kita berfikir dua tiga kali untuk membeli. Kalau rajin anda bolehlah menghasilkan sendiri di rumah. Lebih jimat!
6 Idea Kreatif Wajib Cuba
Enam idea kreatif ini bukti betapa kreatifnya rakan-rakan kita. Semuanya demi hendak memastikan kucing masing-masing berada dalam keadaan selesa. Cantik pulak tu. Paling penting semua ini berguna dan menjimatkan. Jom intai.
1. Rumah Kucing
Buat rumah kucing dari tayar untuk kucing-kucing jalanan. Apa pendapat korang?
Kredit: Fanatik Kucing
2. Diy Baju Anak Kucing
Comel je baju untuk si comel ni. Mak-mak yang ada bela anak kucing, boleh cuba buat. Guna stokin terpakai je!
Kredit: Rozy Photography Page
Ads
3. Rumah Kucing DIY
Diy rumah untuk anak-anak bulus.
Kos:
Bakul x 2 = RM 4.24
Cable tie = RM 2.12
Alas kaki = RM 2.12
Gergaji = dah ada kat rumah
Baju tshirt tak pakai, guna baju tidur
Total: RM 8.48. Jimat banyak.
Kredit: Siti Nor Hafiza
Ads
4. Bekas Makanan
Disebabkan kerisauan yang melampau nak tinggalkan kucing-kucing kita esok, kita pun diy la dispenser makanan kucing. Bukan kedekut nak beli, dah banyak kali beli, tapi dah jahanam. Kali ni kita google ja, pastu bahan pun senang.
Kredit: Aida Rejah
5. Bekas Makan Botol Mineral
D.I.Y awang kenet rasmi dah. Nak buat banyak biji lagi. Minggu depan kita lancarkan letak ditempat-tempat kucing jalanan. Sapa nampak nak habis dialu-alukan untuk topup. Nak main saham dunia tak mampu, kita cari saham akhirat.
Ads
Kredit: Putra Lilin
6. Tandas Kucing Kreatif
Akhirnya siap juga tandas kucing ni. Modal Rm45 je, pasni tak ada dah bersepah-sepah pasir dia. Kakak dan adik-adik boleh la
try.
Kredit: Nurul Asikin Akmar
Kreatifnya rakan-rakan kita ni. Langsung tak pernah terfikir dek akal kita nak diy sendiri rumah kucing yang cantik daripada bahan-bahan ni. Serius kreatif. Syabas semuanya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Ada yang diuji dengan anak, ada pula ujiannya melalui harta benda . Yang pasti setiap ujian yang kita lalui itu adalah penanda aras sejauh mana kita reda dan sabar menerima segalanya.
Allah uji tanda Dia sayangkan kita dan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Usah kita melihat dari sudut yang negatif. Seperti mana yang kita semua lalui kini dek penularan Wabak Covid-19.
Disebalik segala kesulitan, ada manisnya kerana waktu inilah kita dapat habiskan masa bersama keluarga, merehatkan tubuh dan minda dari diasak dek tuntuan kerja sehari-hari dan sebagainya. Jadi, pandang ujian itu dari pelbagai sudut, dan jangan hanya nampak yang negatif sahaja.
Perkongsian yang cukup bermanfaat dari saudara Firdaus Mokhtar ini juga baik untuk kita manfaatkan bersama.
Atas nasihat doktor aku pergilah buat x-ray. Sakit dekat tulang rusuk belah kanan yang dah seminggu lebih. Syukur urusan daripada tunggu giliran sampai dipanggil masuk ke bilik x-ray tu kejap sahaja. Tak sampai 20 minit.
Nak tunggu laporan x-ray tadi jururawat minta tunggu sekejap dekat ruang menunggu. Dah tahu mesti kena tunggu, aku dah siap bekalkan tangan aku dengan sebuah buku. Buku Cerita Bilik Guru, tulisan 4 orang cikgu yang femes dekat fesbuk.
Tengah aku selak muka surat demi muka surat, datang seorang lelaki berkerusi roda. Ada perempuan tolak dia. Aku jangkakan itu isteri dia. Mereka bersembang tak sampai 2 minit, bersalaman lepas tu perempuan tadi pergi. Tinggal dia seorang.
“Mesti warded sini ni,” aku bercakap dalam hati. Nampak gelang putih plastik dekat tangan kiri dia tanda dia pesakit dekat KPJ Damansara ni. Aku tengok ke kaki dia ada kesan lebam dekat semua jari kaki. Biru kehijauan. Kiri kanan sama sahaja.
Aku pandang dia, kebetulan dia pandang aku juga. Kami bertukar senyuman.
“Eksiden ke bang?” Spontan aku tanya. “Tak. Saya jatuh tangga,” balas abang tadi. Dia kenalkan diri dia, abang Zul.
Dia ceritalah macam mana jadi sampai kaki dia jadi macam tu.
“Allah. Allah. Allah..” itu je mampu aku balas. Ngeri woih. Kecil kelopak mata aku dengar cerita abang Zul. Kejap kejap aku tutup mata, pejam sekejap. Nak menghilangkan bayangan cerita dia.
Hari tu dia balik rumah. Lepas parkir kereta naik tangga apartmen dia tinggal dekat Mutiara Damansara. Masa tu hujan. Kawasan tangga itu basah sikit sebab banyak tempias air.
Gambar hiasan
Entah macam mana dekar hujung tangga dia tergelincir. Jatuh berduduk daripada anak tangga yang paling atas. Terus terhentak menggelongsor atas satu anak tangga ke anak tangga bawah. Satu satu anak tangga tu dia terhentak dalam keadaan terduduk.
Tak boleh berhenti sebab tangga basah. Dan tak sempat nak capai apa-apa dia kata. Punya licin dia menggelongsor sambil terhentak tu sampai anak tangga paling bawah. Agaknya sebab laju dia sampai bawah tu kaki dia tahan dinding depan tangga. Masa ni setakat rasa sakit belakang pinggang. Iyalah satu tingkat juga dia jatuh.
Dia kata dia bangun lah. Bangun macam biasa. Elok dia bangun dia terjatuh lagi sekali, terhentak menggelongsor lagi macam tadi. Kali ini ke tangga setingkat bawah lagi.
Allahu akbar. Rupanya masa dia tahan ke dinding tadi tu, tulang tumit dia patah dah kiri kanan. Dia tak rasa lagi, terus berdiri. Kaki tu dah tak boleh berdiri. Itu yang terus longlai kaki dia jatuh ke bawah setingkat lagi.
“Dekat bawah tu tak larat langsung dah. Masa tu rasa sakit tak tahu macam mana. Nasib ada cleaner dengan pekerja apartment tu. Saya minta tolong panggilkan ambulans,” nampak tenang dia bercerita.
“Benda tak sangka kan bang?” Aku sambut cerita dia tadi.
“Itulah. Dah seminggu saya dekat sini. Seminggu ni juga tak merasa nikmat berjalan,” dia senyum. Pandang tepat ke mata aku. Abang Zul sambung, ”Kadang Tuhan nak bagi kita rehat daripada buat benda lain dan tumpu ke Dia. Kenalah banyak ibadah lepas ni.”
O Tuhan. Tepat ke rusuk aku yang sakit tu rasanya. Menikam sekejap sekejap. Sikit pun tak ada riak wajah kecewa atau sedih kaki dah tak dapat berjalan. Senyum dan tenang sahaja.
Gambar hiasan
Begitulah kawan-kawan, kalau kita kenal sesuatu ujian itu sebuah kebaikan yang Tuhan tentukan untuk kita, kita tak akan senang-senang nak geram geram, lebih lagi lah nak marah marah ye dak.
Kita memang bakal diuji. Jenis atau bentuk ujiannya sahaja yang berbeza. Semuanya sesuai dengan kita.
“Encik Muhamad Firdaus!” suara akak kaunter panggil nama aku. Aku minta izin untuk uruskan bayaran dan ambil laporan x-ray sekejap.
Sebelum balik sempat aku tanya dia kerja mana. Rupanya dia pemilik satu kedai makan dekat The Strand Kota Damansara. Mujur dia kerja sendiri, tak adalah terganggu urusan kerja dia sangat sebab ada ramai pekerja. Kalau tidak payah juga, nak elok kaki tu makan bulan rasanya.
Nak gerak balik aku hulur tangan ke dia, nak bersalaman. “Sedap nama Firdaus. Nama syurga. Moga dapat syurga lah nanti,” itu kata-kata akhir dia ke aku.
Amin, amin, amin.
Firdaus Mokhtar, Hargailah setiap langkah kaki kita. Selagi boleh berjalan, syukurlah.
Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Gambar hiasan
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pendedahan daripada pakar saintis ini diharap dapat memberi penjelasan yang sebaiknya agar kita dapat manfaatnya khasiat ramuan yang biasa kita gunakan dalam masakan.
Ini perkongsian penuhnya.
SIRI MAKANAN ANTIKANSER
A. BAWANG PUTIH – Khasiat Berbeza Mengikut Cara Penyediaan
1. Bawang putih telah lama digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Bahan berkhasiat dalam bawang putih dipanggil ALLICIN dan AJOENE
2. ALLICIN mempunyai sifat ANTIKANSER YANG KUAT khususnya antikanser PAYUDARA, PROSTAT, USUS BESAR, KULIT, RAHIM, PUNDI KENCING dan PARU-PARU
3. Selain dari itu, ia membantu masalah radang, bertindak sebagai antikulat dan menghalang jangkitan bakteria. Justeru, minumlah air bawang putih jika kita demam, batuk atau sakit tekak
4. ALLICIN akan terbentuk jika bawang putih diketuk. Caranya adalah dengan mengetuk 2 ulas bawang putih, biarkan selama 10 minit, ditambah madu, air suam dan seterusnya diminum
5. Jika bawang putih diketuk (dibiarkan selama 10 minit) dan ditambah minyak zaitun. Bahan yang terbentuk adalah AJOENE. Bahan ini merencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser darah (LEUKEMIA).
6. Jika bawang putih dipanaskan selama 1 minit dalam mikrowave @ 45 minit dalam oven. Bawang putih akan hilang keupayaan untuk bertindak sebagai antikanser.
7. Bahan berkhasiat ALLICIN juga akan hilang sehingga 22% jika disimpan selama 180 hari dalam petisejuk dan akan hilang sehingga 99% jika bawang putih digoreng
Rujukan:
a. Kooti et al. (2017). J Evid Based Complementary Altern Med. 22(4): 982–995.
b. Prati et al. (2014). Food Sci. Technol, Campinas, 34(3): 623-628
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.