Dapat menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak tersayang tentunya akan menjadi anugerah yang begitu bermakna dan akan menjadi kenangan terindah untuk dikenang.
Begitu juga buat pelakon Puteri Sarah Liyana, 37 dijangka bakal berangkat keTanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama anak-anaknya pada 26 Januari ini, sebagaimana yang diluahkannya di Instagram Stories baru-baru ini.
Umrah Kali Ke 2 Bersama Anak
Sarah berkata, dia amat bersyukur dikurniakan rezeki oleh Allah untuk mengerjakan umrah pada tahun ini bersama-sama dua anaknya sekali lagi.
“Ia umrah kali kedua saya pergi bersama-sama anak-anak, selepas Mei tahun lalu.”
“Malah, saya mendapat rezeki penajaan oleh kawan baik, Fazlinda daripada Needleworks KL dan Insaff Travel Tropicana Aman untuk umrah ini.
“Alhamdulillah, rezeki saya nak ditaja. Memang tak sangka pun, Allah jemput saya dan anak-anak lagi dengan rezeki penajaan pula. Sebabnya, tahun lepas yang saya pergi itu (umrah) dengan perbelanjaan sendiri,” katanya sebagaimana memetik laporan di Harian Metro.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ads
Sarah yang akan berada di Tanah Suci selama 13 hari berkata, dia juga ada perancangan mahu mengerjakan haji. Tapi, katanya ia bergantung pada rezeki juga, kalau ada.
“Saya sebenarnya dah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum ini. Malah, sebelum ada anak dulu, sudah empat kali saya ke Tanah Suci mengerjakan umrah bersama dengan suami,” katanya yang masih lagi bercuti di Tokyo, Jepun.
Difahamkan Sarah juga membuka ruang kepada pengikut media sosialnya yang ingin mengirim doa-doa mereka untuk dibacakan di hadapan Kaabah ketika dia mengerjakan umrah itu menerusi mesej, DM dihantar ke Instagram.
Sehingga kini, Sarah menjadi perhatian ramai apabila kemelut rumah tangganya bersama suami Syamsul Yusof, 38, belum lagi berakhir.
Ads
Permasalahan rumah tangga pasangan ini yang didakwa sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu kebahagiaan mereka.
Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Kembar yatim piatu berjaya genggam ijazah, balas jasa nenek, ayah meninggal kemalangan, ibu kanser paru-paru. Pasangan kembar S Yamuna dan S Yasoda, 23, berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selepas melalui perlbagai cabaran.
Pasangan kembar dari Dengkil, Selangor ini dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak kecil selepas ayah meninggal dunia akibat kemalangan pada 2006 dan ibu pula pergi buat selamanya tiga tahun selepas itu akibat kanser paru-paru.
S Yamuna berkata, sekali lagi mereka diuji dengan kemalangan jalan raya pada tahun 2010 yang menyebabkan datuknya meninggal dunia.
Jelasnya, dia bersama kakak dan abang kemudiannya dibesarkan oleh nenek dan banyak bergantung dengan bapa saudara dan bantuan bulanan diberikan kerajaan serta pihak sekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga agar sukar dan saya sedar dengan pelajaran sahaja mampu ubah keadaan kami. Saya dan pasangan kembar sentiasa bersama sejak sekolah rendah, menengah, kolej matrikulasi dan UTM.
‘’Nenek, A Letchumy, 70 merupakan sumber inspirasi dan motivasi terbesar kami untuk belajar bersungguh-sungguh. Nenek yang selalu beri motivasi jangan sesekali putus asa,” katanya yang ditemui selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-68 di sini pada Rabu.
Pasangan kembar yang turut memperoleh Anugerah Dekan berkata, meskipun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang akauntan.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Kami sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Kami gemar belajar seawal jam 4 pagi dan kerap ulang kaji bersama.
“Segala yang kami capai merupakan usaha dan sokongan nenek, kakak dan abang,” katanya.
Rupanya bukan mudah nak jadi ‘abang pilot’. Ini kerana salah satu yang wajib kena jaga adalah kesihatan kena tip top, jika gagal boleh hilang pekerjaan ini sekelip mata!
Kerjaya juruterbang adalah antara kerjaya yang dikatakan popular yang menjadi kerjaya idaman semua orang.
Walaupun ia dikatakan kerjaya yang berisiko paling tinggi melibatkan kehilangan nyawa, namun pendapatan kerjaya ini agak lumayan.
Baru-baru ini, penyanyi bersuara lunak, Wany Hasrita telah bergelar kepada isteri Mr Pilot. Sebelum ini artis lain termasuk Misha Omar dan Ella turut bertemu jodoh dengan ‘abang pilot’.
Namun, tidak ramai tahu disebalik gaji yang lumayan, kerjaya ini punya cabaran yang tinggi termasuk hilang punca pendapatan sekelip mata.
Ikuti perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol yang menceritakan lebih jelas disebalik populariti kerjaya sebagai “Mr. Pilot”.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dari perspektif dan pandangan peribadi Aku.
Kesan daripada filem Top Gun dan drama Suri Hatiku Mr Pilot suatu ketika dulu, ramai anak muda yang bercita-cita ingin menjadi “Mr.Pilot”.
Banyak faktor penarik yang menyebabkan mereka minat dengan kerjaya sebagai “Pilot” ni.
Nampak “smart and Handsome” macam Fatah Amin dan ofcourse, bila sebut kerja as pilot… Mesti gaji besar dan banyak duit, pergi kerja naik BMW atau MERC.
Well…Tak semua yang anda nampak itu indah. Kadang ada juga yang bertanya, seronok tak jadi pilot ni? Mesti bestkan. Yelah dapat jalan sini sana.
Sarapan pagi kat KL, makan tengahari di Kota Kinabalu dan minum petang di Kuching… Itu belum cerita yang ke oversea lagi. Wau…Nampak cam best je kan
Oklah, kali ni Aku nak share sikit “pro and con” disebalik tabir kerjaya ini.
Kelebihan Mr Pilot
▪︎ Skim gaji pilot ni memang antara yang paling lumayan jika dibandingkan dengan kerjaya profesional yang lain.
Bab gaji ni biarlah rahsia… Orang tua-tua kata tak elok cerita pasal duit di tempat terbuka.
▪︎ Berpeluang melancong dan melihat negara luar.
▪︎ Di kelilingi oleh pramugari cantik dan dipandang tinggi oleh bakal mak mertua…Eh, ke situ pula. Aku bawa kargo takde pramugari ye.
Hmmm… Rasanya itu je. Takda banyak mana pun. Kelebihan dekat bab gaji tu je lah sebenarnya.
Kekurangan Dan Kelemahan
Bab ni lah yang Aku nak cerita sebenarnya. Ramai yang tak tahu kerjaya pilot ini adalah antara kerjaya yang paling berisiko dan memiliki stress level yang agak tinggi.
▪︎ Daripada segi tanggungjawab. Keselamatan penumpang dan kru serta barangan yang dibawa sepenuhnya berada dibawah tanggungjawab pilot.
Kalau berlaku apa-apa kecemasan atau kerosakan, pilot tak boleh sesuka hati “park” kapal terbang kat tepi jalan. Hisap rokok dulu.
Its all under the pilot on how to save his flight…Its about life.
▪︎ Kesihatan kena tip top. Setiap tahun kena buat “medical check” dengan “Aviation doctor”. Macam-macam diperiksa.
Mata, telinga, rythm jantung dan banyak lagi. Kalau tiba-tiba terkena sakit jantung, hilang pendengaran dan lain-lain penyakit merbahaya lesen penerbangan akan ditarik balik dan dibatalkan.
Punca pendapatan boleh hilang sekelip mata.
▪︎ Setiap 6 bulan perlu menjalani pemeriksaan berkala. Diperiksa oleh pemeriksa bertauliah untuk menilai pengetahuan dan kecekapan dalam mengendalikan pesawat.
Bab ini yang paling stress bagi kebanyakkan pilot seperti Aku. Jika gagal, lesen tidak akan diperbaharui dan pilot bakal dibuang kerja!!!
Nampak tak berapa rapuhnya profession kerjaya ini. Kena sentiasa beringat dan menyimpan.
Masa muda mungkin kita tak perlu risau bab kesihatan tapi bila umur melewati 40’s cam Aku, semuanya sentiasa bermain difikiran.
Kesimpulannya
Bila kita mula bekerja, rancanglah perbelanjaan dan simpanan kita. Paling asas 3 dana ini wajib kita buat caruman setiap bulan. Dana tersebut adalah :
▪︎ Dana Kecemasan -Target untuk ada 6 bulan hingga setahun gaji. Bagi pilot, kru, dan yang terlibat dengan “Aviation sector” kena ada 2 tahun gaji. Covid-19 dah banyak bagi pengajaran
▪︎ Dana Pendidikan – Mengikut nisbah anak. Minimum RM50K setiap seorang. Mungkin tak cukup tapi atleast ada.
▪︎ Dana Persaraan – Bersara dengan selesa seawal yang boleh. Umur 50~55 adalah waktu yang terbaik pada pandangan Aku untuk bersara.
Oklah, rasanya sampai sini dulu perkongsian Aku mengenai kerjaya pilot ni.
Tak kira lah apa pun kerjaya kita, yang penting fokus pada simpanan terlebih dahulu sebelum ingin hidup dengan bergaya…
“Biar nampak papa tapi kaya dari nampak jer kaya bergaya tapi rupanya papa”
Banyak hal membuatkan kita sebagai ibu ayah kurang sabar melayan ragam anak-anak. Kadang-kadang membuatkan tanpa sedar kita meninggikan suara dan menengking anak-anak jika berbuat silap.
Pun begitu, tahukah anda tindakan tengking, herdik dan meninggikan suara ini bukannya membawa kebaikan kepada anak untuk mendengar kata dan arahan kita. Malah lebih menyedihkan boleh menyebabkan anak tidak mendengar kata dan menjadi lebih agrasif.
Hal ini sebagaimana yang diterangkan ini.
Bahaya Tengking Anak
Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.
Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.
Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.
Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.
Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.
Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.
Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :
– lebih berisiko kena penyakit jantung
– lebih mudah kena depression dan anxiety
– kacau sistem pencernaan kita
– kacau tidur kita
– badan makin cepat gemuk
– lebih cepat lupa
– mudah sakit kepala dan migrain
Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.
Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.
Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.