Ads

Selulit? Hilangkan Guna 3 Cara Ni Jer!

Bila ada kesan selulit pada tubuh boleh buat kebanyakan wanita rasa 'down', lebih-lebih lagi bila ditegur suami. Dalam mengetahui tentang fakta selulit ini pula, ia tidak hanya terjadi kepada wanita bertubuh gempal semata-mata sebaliknya wanita bertubuh kurus juga cenderung mengalami masalah ini!

Oleh itu, ketahui cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan masalah selulit. Bersenam dan berdiet adalah cara paling efektif untuk melawan selulit. Namun tiga cara ini juga dapat membantu anda mengatasi masalah ini, namun bagaimana? Hadam cara ini baik-baik agar setiap wanita boleh ucapkan bye-bye pada selulit dan hello kulit mulus!

 
1. Dry Brushing

Gosokan menggunakan berus dari fiber natural, yang sedikit keras kepada kawasan selulit adalah rawatan yang dapat mengurangkan masalah ini. Gosoklah perlahan tapi janganlah sampai mencederakan anda. Kawasan paling ‘hebat’ selulit pastinya paha, punggung dan lengan.

Gosokan ini akan membuang sel kulit mati, merangsang peredaran darah dan membersihkan saliran limfa agar selulit boleh dikurangkan. Untuk kesan terbaik, dry brush kulit anda lima minit sebelum mandi pagi.

Ads

 
Selulit? Hilangkan Guna 3 Cara Ni Jer!

2. Skrub Serbuk Kopi

Ads

Skrub kopi memang sangat popular dikalangan kita. Wanita cukup gemarkan skrub kopi ini dan tidak salah jika lakukan usaha yang lebih pada selulit pula. Gosok skrub ini pada kawasan bermasalah ketika waktu mandi dan kesannya boleh dilihat jika kerap dilakukan.

 
3. Urut Dengan Essential Oil

Ads

Essential oil seperti minyak cedar, rosemary, patchouli, juniper, lemon atau eucalyptus cukup terkenal dengan anti-selulit. Campurkan dua hingga 3 titik minyak ini ke dalam satu sudu besar minyak zaitun, kemudian urutkan pada kawasan yang ada selulit. Sentallah lembut.

Anda juga boleh titikkan beberapa titik minyak pilihan anda dalam air mandi juga.

Selamat mencuba!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

‘Seumpama Cinta Pandang Pertama’, Tenang & Damai Bercuti Bersama Keluarga Di...

Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.
SeeNI ×