Semai Pokok Vinca Melalui Keratan Batang, Nak Cepat Tumbuh Begini Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Share

Pesona bunga vinca yang penuh warna warni tentu sangat membahagiakan ditatap. Apatah lagi jika menghiasi ruangan laman rumah, cantik berseri pastinya. Selaian cantik, tidak dinafikan penjagaannya juga tidak terlalu rumit.

Oleh yang demikian, seandainya  anda sudah pun mempunyai satu pasu pokok vinca itu sebenarnya anda boleh biakkan dengan keratan batang untuk mendapatkan lebih banyak pasu bunga vinca bagi mengindahkan ruangan laman.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aziza Aziz di salah satu kelab vinca di media sosial.

“Ni kaedah semai keratan batang cucuk terus ke dalam tanah. Hari ni banyak nak semai. Pokok induk dah jadi macam sirih junjung. Sambil trim, boleh semai. Sahabat yang baru nak try semai boleh rujuk step gambar di bawah. Semoga

bermanfaat,”Tulisnya di facebook.

Tanam Vinca Menggunakan Keratan Batang 

Bahan-bahan yang diperlukan :Keratan batang vinca, tanah 6 in1  dan cocopeat, mangkuk polistrin dan penggalak akar.

 

Langkah 1 : Sediakan keratan batang vinca

 

Langkah 2 : Sediakan tanah 6 in 1 dan cocopeat

 

Langkah 3 : Tebuk lubang di bahagian bawah mangkuk polistrin menggunakan lidi satay dan buatkan seperti ini.

 

Langkah 5 : Isikan mangkuk polistrin dengan tanah dan siram dengan air untuk basahkan tanah tersebut.

 

Langkah 6 : Ambil keratan batang vinca dan buangkan terlebih dahulu biji benih, bunga dan daun pada bahagian batang.

 

Langkah 7 : Celup hujung batang ke dalam penggalak akar

 

Langkah 8: Cucuk ke dalam tanah.

 

Langkah 9 : Siram sedikit dengan baja AB dan letak tempat teduh.

 

Langkah 10 : Siap semai 16 keratan batang.

Sumber : Aziza Aziz

 

ARTIKEL MENARIK : Nak Beli Emas Kena Bayar ‘On The Spot’. Haram Bayar Ansuran, Mungkin Ada Yang Tak Tahu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!

Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.

Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN