Setiap hari menguruskan pelbagai hal di rumah, sebagai isteri, ibu dan wanita kita selalu terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan dalaman seperti penjagaan Rahim sangat penting kita berikan perhatian.
Bagi mengelakkan sakit-sakit badan dan hal yang tidak sepatutnya, perlu tahu untuk menjaga kesihatan rahim. Ini merupakan sebahagian tanda-tanda anda mempunyai masalah rahim.
Ciri ciri rahim bermasalah
Beberapa gejala biasa masalah rahim termasuklah:
* Sakit di kawasan rahim
* Pendarahan faraj yang tidak normal atau berat
* Kitaran haid tidak teratur
* Keputihan yang tidak normal
* Sakit di bahagian pelvis, bawah abdomen atau kawasan rectum
* Peningkatan senggugut
* Kerap kencing
Ads
* Sakit semasa persetubuhan
* Pendarahan selepas persetubuhan
* Haid yang berpanjangan
* Bengkak perut
* Sembelit; ketidakselesaan semasa membuang air besar
* Jangkitan pundi kencing berulang
* Keletihan
Ads
* Demam
Masalah pada rahim
Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian lain sistem pembiakan wanita dirujuk sebagai masalah rahim. Berikut antara beberapa masalah rahim seperti:
Fibroid rahim
Punca sebenar fibroid rahim tidak diketahui. Beberapa faktor seperti hormon, sejarah keluarga dan kehamilan meningkatkan risiko fibroid rahim.
Kanser
Kanser rahim menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Jenis yang paling biasa ialah kanser endometrium. Ia memerlukan rawatan yang agresif jika ia telah merebak ke luar rahim.
Hiperplasia endometrium punca ciri ciri rahim bermasalah
Berlaku apabila terlalu banyak sel tumbuh dalam lapisan rahim – kesannya rahim menjadi sangat tebal dan menyebabkan pendarahan tidak normal. Ia bukan kanser tetapi dalam beberapa kes, ia boleh mengembangkan kanser rahim.
Ads
Endometriosis
Keadaan di mana jenis tisu yang sama yang melapisi rahim anda tumbuh di bahagian lain badan – selalunya dalam perut atau ovari. Biasanya disebabkan oleh jangkitan seperti STD (jangkitan seksual), batuk kering dan jangkitan daripada bakteria normal faraj.
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, individu dengan endometriosis akan mengalami hiperplasia endometrium.
Prolaps rahim
Keadaan rahim jatuh ini bermakna otot dan ligamen yang menahan rahim di tempatnya telah lemah – selalunya dialami seiring penuaan usia.
Selain penuaan, tahap estrogen yang lebih rendah, otot atau tisu pelvis yang rosak, obesiti, sembelit kronik, dan batuk kronik turut boleh meningkatkan risiko prolaps rahim.
Penyakit radang pelvis (PID), punca ciri ciri rahim bermasalah
Kadangkala bakteria atau mikrob memasuki serviks dan merebak ke atas. Jangkitan ini boleh menjejaskan satu atau lebih organ pelvis, termasuk rahim, serviks, dan tiub fallopio.
Polip
Merupakan ketumbuhan kecil dan lembut dalam rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak, bintik-bintik di antara haid dan pendarahan selepas hubungan seks.
Tuberkulosis rahim
Jangkitan kuman pada sistem pembiakan wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan pada wanita. Boleh terjadi apabila anda melakukan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
Sakit pelvis kronik
Jika doktor tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan, anda mungkin didiagnosis dengan sakit pelvis kronik.
Sumber: Hello Doktor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jajan atau makanan ringan merupakan antara kudapan yang digemari ramai tak kira golongan dewasa apatah lagi kanak-kanak.
Kekerapan makan jajan boleh memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan. Jika si kecil terlalu kerap makan jajan, ia akan menjejaskan selera makan mereka pada makanan berkhasiat.
Bila kurang makan makanan berkhasiat sudah tentu akan menjejaskan tahap tumbesaran dan perkembangan mereka secara sihat.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kenapa pengambilan jajan boleh merosakkan sel otak anak.
Jajan macam ni, boleh rosakkan sel otak anak.
Tak boleh jadi goodies untuk anak tadika.
Apa-apa je yang seagkatan dengan keropok macam ni, elakkan bagi pada anak tau.
Anak-anak kecil tak boleh makan keropok yang penuh dengan perasa tiruan.
Label ditulis ketam, udang, ikan, cheese, kentang, nampak sihat dan macam real food.
Tapi bila kita baca label tengok bahan ramuan yang digunakan, tak terkira betul banyaknya bahan yang kita langsung tak faham.
Bukan datang dari bahan makanan sebenar. Tapi banyak perasa dan perisi tiruan yang digunakan.
Bukan untuk anak kecil kita. Mereka tak boleh kenal dengan jajan ni semua okay.
Kita buat sama-sama ya. Cuba elakkan sehabis baik makanan tinggi perasa dan perisa tiruan macam ni.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Sejak penularan pandemik COVID-19, kita semua diarahkan mengikut SOP untuk sebaran aktiviti termasuk penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di kawasan orang ramai. Bagaimana pun, jika cara pemakaian penutup mulut dan hidung ini salah akan memberi impak yang tidak baik kepada kesihatan.
Terbaru melalui perkongsian, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegur cara pemakaian penutup mulut dan hidung yang salah. Katanya, sama ada memakai dengan sempurna atau menanggalkannya.
“Either you wear your mask properly or remove It completely.”
Jangan biarkan penutup muka dibawah dagu anda.
Beliau juga turut memaparkan poster yang menunjukkan kesan akibat jangkitan pada bahagian anggota badan lain jika tidak mengeluarkan penutup mulut dan hidung dengan sempurna.
Malah perlu membuka penutup mulut dan hidung jika melakukan sebarang aktiviti termasuk makan atau minum bukan menurunkan pada bahagian dagu. Sebagaimana poster ini menunjukkan kesan jangkitan pada bahagian itu.
Sakit tumit mungkin bukan masalah bagi wanita muda tetapi bagi yang sedikit berusia, sakit tumit adalah penyakit utama yang buat kita tidak rasa selesa.
Tak terlepas juga mereka yang mempunyai masalah berat badan. Memang terasa sakit bila hendak berjalan, lebih-lebih lagi ketika baru bangun tidur.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari. Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda.
Caranya:
1. Panaskan tungku di atas api selama 15 hingga 20 minit.
2. Letakkan atas kain alas.
3. Balut kemas tungku panas tadi.
4. Panaskan kaki atau lebih senang letak sahaja kaki di atas tungku.
5. Buat hingga tungku sejuk.
Buat setiap hari hingga sakit makin reda. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di