Mengisi masa sepanjang musim PKP ini diakui tugas kita berganda-ganda dalam bab memasak. Sepanjang hari, dua tiga kali masuk dapur memandangkan anak-anak asyik mengadu lapar sahaja.
Lantaran itu, tidak hairanlah setiap antara kita mempunyai stok bahan makanan untuk dimasak yang disimpan di bahagian pantri.
Pun begitu, perasan atau tidak bila banyak stok makanan akan menyebabkan pantri sarat diisi. Jika tidak betul cara susun aturnya, nampak berserabut dan susah pula untuk dicapai.
Jadi apa kata, selain memasak elok juga sibukkan diri untuk lakukan deep cleanning seperti yang dikongsikan oleh puan Noor Hafiza Mohamad ini. Sungguh kemas pantrinya!
Day1: Deep cleaning pantry
Ads
Bangun pukul 5.00 pagi, selepas Subuh terus masuk dapur untuk operasi deep cleaning pantri.
Semangat lain macam bila dapat perintah duduk kat rumah. Dari bulan Januari sampai Mac sibuk lain macam kerja ofis. Punyalah seronok bila ada peluang duduk kat rumah. Nikmat dalam ujian.
Ads
Ok jom kita mengemas:
✔️ lap semua rak barang dapur
✔️ keluarkan semua laci mangkuk dan lap
✔️ salin bekas tepung dan rempah
✔️ buang rempah paket yang dah expired
✔️ susun, isi dan label barang dapur diatas rak
Ads
DISCLAIMER: Ini bukan Panic Buying ye. Ini hanyalah stok makanan kering yang mungkin boleh bertahan sampai bulan puasa.
Kami duduk rumah flat takda lif, sekali buat stok macam ni lebih mudah. Tak payah ulang alik pegi kedai banyak kali. Hati-hati melontarkan komen.
Kalau sudah namanya stor, pasti kita boleh bayangkan bagaimana situasi di dalamnya kan. Apabila nak mencari sesuatu barang memang pening terutama bagi yang tak suka susun barang mengikut jenisnya.
Semuanya dilonggokkan dan apabila nak guna baru cari. Tak ramai yang suka menyusun atur barangan di dalam stor. Selain tiada masa, barangan yang banyak juga menyukarkan untuk kita berbuat demikian.
Tetapi sebenarnya ia tidak mendatangkan kesulitan andai anda bijak dan kreatif. Seperti mana yang dikongsikan oleh Lyna Amran yang menunjukkan bagaimana dia mendekorasi stor bawah tangga rumahnya dengan cara yang mudah tapi sedap mata memandang.
Barangan dilabel memudahkan untuk mencari apabila mahu digunakan.
just nak share idea cara saya deko stor bawah tangga rumah…projek PKP kali ini…..idea nak men ‘tamankan’ setor dah lama terfikir cuma masa PKP ini baru ada masa merealisasikan nya.
Rumput dan beberapa hiasan lain mencantikkan ruang yang ada.
Simple tapi praktikal ruang ini.
Walaupun hanya setor tak salahkan kita mendeko dan membuat susun atur untuk memudahkan proses kita mencari barang di samping bila buka pintu setor nak sedap mata memandang.
Tiada kata-kata yang mampu diucapkan sebagai tanda gembira dan syukurnya seorang ayah dan ibu apabila melihat anak yang dahulunya berlajar di bangku sekolah kini sudah dewasa dan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi hasil usaha penat lelah selama ini.
Nyata, hasrat dan impian untuk melihat anak berjaya menggenggam segulung ijazah sudah berada di depan mata.
Apatah lagi soal kewangan bukanlah menjadi batu penghalang untuk menggapai impian. Ini bila mana semua antara kita maklum dengan adanya Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN dapat memastikan tidak ada anak-anak kita yang tercicir untuk meneruskan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Usaha kerajaan ini cukup disyukuri dan sekali gus membuatkan ibu ayah mampu berlapang dada dalam memenuhi hasrat anak-anaknya untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading tanpa sebarang masalah yang menghalang.
PTPTN Mudahkan Pelajar Melangkah ke Universiti
Semenjak penubuhan PTPTN pada tahun 1997 sehingga 30 November 2021, pinjaman pendidikan yang disediakan oleh PTPTN telah memberikan manfaat kepada lebih 3.62 juta peminjam melibatkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM65.42 bilion.
Secara umumnya, pinjaman pendidikan yang dikeluarkan kepada setiap peminjam PTPTN adalah bertujuan untuk membantu pelajar membayar yuran pengajian serta sebahagian daripada kos sara hidup pelajar.
Namun begitu, PTPTN tidak mahu dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang semata-mata tetapi sebaliknya dilihat sebagai TABUNG PENDIDIKAN untuk rakyat Malaysia melalui pembudayaan penabungan dalam Simpan SSPN.
Sebagaimana Lembaga Tabung Haji dilihat sebagai tempat menyimpan untuk persediaan mengerjakan haji dan KWSP dilihat untuk simpanan bagi tujuan persediaan apabila telah bersara, maka PTPTN pula akan dikenali sebagai institusi TABUNG PENDIDIKAN sebagai tempat untuk memulakan simpanan bagi persediaan untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak.
Tidak Membebankan Peminjam
Baru-baru ini peminjam PTPTN diberi perkhabaran gembira melalui Pembentangan Belanjawan 2022 apabila adanya insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN itu diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 melibatkan tiga kategori :
i) Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
ii) Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Cara untuk dapatkan insentif ini di mana peminjam perlulah mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN terlebih dahulu.
Setelah mendapat pengesahan baki, barulah anda boleh melihat sama ada anda ingin merebut diskaun 15% atau 12% .
Untuk lebih jelas, di sini dikongsikan contoh pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dengan sekali bayaran.
iii) Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) mengikut jadual.
Di bawah ini merupakan contoh pengiraan diskaun 10% dan perlu difahamkan bahawa diskaun yang diberikan ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi ia mengurangkan baki keseluruhan hutang peminjam.
Kesemua insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai 7 haribulan pada bulan berikutnya.
Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama PTPTN turut menganjurkan Kempen Pay & Win with DD (DirectDebit). Kempen ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 untuk 41 orang pemenang. Kempen Pay & Win with DD ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran DirectDebit. Tempoh kempen adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Perlu Tahu
Selain itu peminjam yang membuat penyelesaian hutang melalui pelbagai saluran bayaran yang disediakan oleh PTPTN seperti KWSP dan bank juga layak untuk menikmati insentif diskaun 15% dan 12% tersebut sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Manakala peminjam yang hanya mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) juga layak mendapatkan diskaun 12% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja dan layak mendapatkan diskaun 15% sekiranya menyelesaikan keseluruhan hutang WPP tersebut dalam bulan yang sama.
Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dan hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian tersebut sahaja, insentif ini tidak terpakai bagi situasi demikian.
Pemberian diskaun kepada peminjam hanya yang menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman iaitu pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. Ini bermaksud, pengiraan diskaun 15% adalah berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Oleh itu, rebutlah diskaun yang diberikan dalam tempoh tersebut untuk anda lunaskan baki pinjaman. Jika tidak pada masa ini, bila lagi?
Tindakan anda hari ini akan dapat memastikan dana yang ada dimanfaatkan kepada generasi akan datang dan sekali gus memberi peluang dan ruang untuk mereka melanjutkan pelajaran tanpa terhalang atas faktor kewangan.
Pastinya banyak lagi yang anda ingin ketahui berkenaan tabungan dan pendidikan anak-anak. Ini penting agar kita sebagai ibu bapa dapat memberikan yang terbaik untuk mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa ada halangan terutamanya hal berkaitan kewangan.
Jadi jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dengan mendaftar di dalam program webinar KeluargaTalk yang akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selebriti membuat kerja-kerja kebajikan baik melawat rumah anak yatim, orang susah mahupun menganjurkan jualan amal adalah perkara biasa yang kita lihat. Termasuklah juga membuat lawatan ke hospital bagi menghiburkan kanak-kanak yang sakit.
Neelofa antara selebriti yang berbuat demikian baru-baru ini. Biarpun sentiasa sibuk ke sana ke mari atas urusan kerja, namun anak kelahiran Kelantan ini berkesempatan ‘mencuri masa’ untuk berkunjung ke Hospital Kuala Lumpur bagi melawat pesakit cilik yang menghidap kanser.
Antaranya adalah Adik Alif yang merupakan peminat setia Achey. bahkan, di dalam video yang dimuat naik oleh Neelofa di dalam komennya ada menyeru nama Achey memberitahu adik ini adalah peminat setianya.
Adik Alif turut mendendangkan lagu ‘Yang Teridah’ nyanyian Achey dan itu menimbulkan sebak di hati tetamu yang mendengarnya.
Menerusi kapsyennya, Neelofa amat berterima kasih kepada @lajuiceria kerana turut serta di dalam program csr khas ini.
“Saya gembira dapat menghabiskan hujung minggu dengan peminat sayang dan para pejuang kecil ini yang sedang bertarung melawan kanser di HKL.
“Saya datang untuk menghiburkan mereka tetapi pada akhirnya menghiburkan mereka yang menghiburkan kita semua.”ujar Neelofa.
P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan ??
Paparan video yang dimuat naik oleh Neelofa mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya. rata-rata meluahkan prasa sebak dan terharu selain mendoakan semoga pesakit cilik ini diberi kesembuhan atas penyakit yang mereka hidapi.
Semoga Allah Memberi Kesembuhan
asmwtiSemoga adik nih cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,amin❤❤❤
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.