Mengisi masa sepanjang musim PKP ini diakui tugas kita berganda-ganda dalam bab memasak. Sepanjang hari, dua tiga kali masuk dapur memandangkan anak-anak asyik mengadu lapar sahaja.

Lantaran itu, tidak hairanlah setiap antara kita mempunyai stok bahan makanan untuk dimasak yang disimpan di bahagian pantri.

Pun begitu, perasan atau tidak bila banyak stok makanan akan menyebabkan  pantri sarat diisi. Jika tidak betul cara susun aturnya, nampak berserabut dan susah pula untuk dicapai.

Jadi apa kata, selain memasak elok juga sibukkan diri untuk lakukan deep cleanning seperti yang dikongsikan oleh puan Noor Hafiza Mohamad ini. Sungguh kemas pantrinya!


Day1: Deep cleaning pantry

IKLAN

Bangun pukul 5.00 pagi, selepas Subuh terus masuk dapur untuk operasi deep cleaning pantri.

Semangat lain macam bila dapat perintah duduk kat rumah. Dari bulan Januari sampai Mac sibuk lain macam kerja ofis. Punyalah seronok bila ada peluang duduk kat rumah. Nikmat dalam ujian.

IKLAN

Ok jom kita mengemas:

✔️ lap semua rak barang dapur
✔️ keluarkan semua laci mangkuk dan lap
✔️ salin bekas tepung dan rempah
✔️ buang rempah paket yang dah expired
✔️ susun, isi dan label barang dapur diatas rak

IKLAN

Semangat Lain Macam, Bila Duduk Rumah. Boleh Buat  Operasi Deep Cleaning!

DISCLAIMER: Ini bukan Panic Buying ye. Ini hanyalah stok makanan kering yang mungkin boleh bertahan sampai bulan puasa.

Kami duduk rumah flat takda lif, sekali buat stok macam ni lebih mudah. Tak payah ulang alik pegi kedai banyak kali. Hati-hati melontarkan komen.

sumber : Noor Hafiza Mohamad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI