Sembelit, siapa yang mengalami memang akan tahu betapa sukarnya untuk membuang air besar atau tidak dapat buang air besar secara teratur. Ia adalah masalah yang biasa berlaku dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia atau jantina.
Sembelit juga sering dialami oleh ibu-ibu hamil dan juga ibu dalam tempoh berpantang. Tidak kira ibu-ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan masalah sembelit ini memang sangat menyiksakan.
Selain melakukan senaman ringan, bagi membantu untuk memudahkan membuang air air besar, anda juga boleh cuba minuman ini. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan pun sesuai amalkan minuman ini ye.
Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan (sekali minum).
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu (saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu rendah lemak (low fat)
Ads
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk kayu manis ceylon.
Ads
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Memang perkara biasa kita akan membuang tahi telinga menggunakan cotton bud. Malah ia jadi tabiat setiap kali selepas mandi.
Namun, tahukah anda, tahi telinga sebenarnya ada fungsinya. Jangan anggap ai tak berguna. Ia ada kepentingannya untuk memastikan kesihatan telinga.
Nak tahu sebabnya, jom baca maklumat ini.
_____________________________
Apa itu ‘tahi telinga’.
Ia adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh kulit dibahagian lubang telinga. Ia berlilin kerana fungsi utamanya untuk menghalang bendasing termasuk air dan serangga masuk ke dalam telinga.
Ya, tahi telingga adalah pelindung bahagian telinga dalam anda – gegendang telinga, tulang tulang halus serta urat saraf yang sensitif.
Ia dikeluarkan dari rongga telinga ke luar telinga apabila ada mengunyah atau menggerakkan rahang. Sebab itu anda hanya perlu mencuci bahagian luar telinga dengan kain lembab yang lembut.
Putik kapas atau cotton bud hanya menyebabkan ear wax tertolak ke dalam dan semakin mampat. Rawatan lilin adalah idea teruk untuk membersihkan telinga. Jangan tak tahu, ada kes telinga terbakar dan tercedera akibat ear candling.
IKUTI NASIHAT DOKTOR
Dalam pada itu menerusi posting di fb miliknya,Dr Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung & tekak, menjelaskan bahawa tabiat mengorek telinga tidak digalakkan untuk mengelak masalah pendengaran.
“Doktor, kenapa tak boleh nak korek telinga? Kan tahi telinga itu perlu dibersihkan.”
Sebenarnya, yang kita setiap hari sebut tahi telinga itu sebenarnya bukanlah sejenis kotoran seperti najis. Bahasa melayu tepatnya ialah lilin telinga. Istilah perubatan kita panggil sebagai cerumen atau ear wax.
Bermakna, ia tidak perlulah cuba untuk dikeluarkan.
“Habis, tak kan nak biar sampai melimpah keluar berkumpul kat lubang telinga?”
Umumnya secara fisiologi ear wax ini akan keluar dengan sendirinya. Sebab itu saya beritahu kita tidak perlu cuba keluarkan dengan guna alatan besi atau cotton bud.
Ada beberapa keadaan sahaja yang mana ia perlu dibersihkan. Itu pun dilakukan oleh doktor, bukan kita sendiri.
1. Sehingga betul-betul menutupi salur telinga akibat jenis wax yang keras dan menyebabkan pesakit kurang pendengaran
2. Sehingga pesakit mengadu sakit akibat ear wax yang keras.
Cerumen ini ada fungsi baiknya untuk menghalang kotoran daripada luar masuk terus ke telinga. Yang kita nak buang itu, kenapa?
Nasihat saya, jika anda ada sebarang pun masalah tak selesa, gatal atau sakit pada telinga, jumpalah kami.
*Jangkitan teruk boleh berlaku kepada pesakit yang berterusan amalkan tabiat mengorek telinga, kita panggil ‘acute otitis externa’. Oleh itu, hentikanlah. Pesan orang yang kita sayang ya.
*ibu-ibu boleh letak minyak zaitun atau baby oil pada telinga anak supaya ear wax sentiasa dalam keadaan lembut. Tapi perlu pastikan gegendang telinga tiada masalah (ini perlu jumpa doktor dahulu).
KENAPA ‘TAHI TELINGA’ (EAR WAX) PENTING.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:
1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih dan Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kekurangan air dalam tubuh badan selain keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan sebahagian daripada kita mudah menghidap penyakit batuk,selesema dan sakit kerongkong.
Selain perubatan moden, ia juga boleh diredakan melalui cara Perubatan Tradisional Cina yang cukup popular diamalkan di negara China dan Korea terutama pada musim luruh.
Menerusi perkongsian oleh Jes Tham, beliau berkongsi tiga resipi yang boleh dicuba mengikut pilihan citarasa untuk atasi penyakit ini.Berkesan atau tidak ia bergantung pada kesesuaian tubuh badan dan antibodi individu, namun tidak salah untuk kita mencuba.Mana lah tahu serasi!
Resipi 1
Bahan-Bahan:
2-3 biji Korean Pear / Pear biasa yang berwarna kuning sahaja
Gula Batu secukup rasa
Sedikit Goji Berries
2 sudu besar White Chinese Almonds. (Jika guna Loh Hon Kor lebih efektif)
1-2 kuntum Fungus Putih
500 ml air
*Cara Membuat :
1.Rendam Fungus putih sampai kembang dan lembut.
2.Kupas kulit buah pear, potong separuh dan buangkan bijinya.
3.Sediakan mangkuk besar atau loyang untuk buat kukusan.
4.Masukkan semua bahan-bahan dan kukus selama 30-60 minint.Lagi lama lagi bagus.
Resipi 2
Bahan-Bahan:
Korean Pear
Gula Batu / Honey
Air dan Goji Berries
Resipi 3
Bahan-Bahan:
Korean Pear
3 keping halia
Gula Batu / Honey
Air dan Goji Berries
*Cara memasak untuk resipi 2 dan 3 sama seperti resipi 1.
Info Ekstra:
Walaupun Buah Oren, Pear, Epal adalah antara buah-buahan yang sejuk dan boleh mengakibatkan batuk. Namun, apabila sudah di masak, ia adalah disebaliknya.
Kepada anda yang selalu amalkan makan Goji Berries, boleh tambahkan didalam sup ini sebagai minuman harian.
Selamat mencuba!
Sumber Facebook: Jes Tham
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan. Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
.
Diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
.
Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik
Prinsip asas diet bagi pesakit gout :
.
1. Penurunan berat badan – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
.
2. Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
.
3. Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
.
4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
.
5. Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :
1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu, kambing dan khinzir.
3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.
7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.
.
8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.
Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.
Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.