Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.
Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan ALLAH yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.
Datuk Yang Penyayang
Ads
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Ads
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
Ads
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Keluarga pemain Badminton Lagenda Negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo pada Isnin.
Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.
Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” tulisnya Chong Wei dalam perkongsian itu.
Terdahulu, Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.
Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.
Biarpun telah bersara daripada aksi kompetitif, kisah pasangan suami isteri itu tidak pernah lekang daripada bibir peminat sukan badminton negara.
Sumber : facebook Lee Chong Wei
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila mendirikan rumahtangga, sudah pastinya segala perkongsian hidup dan kebahagian dinikmati bersama suami isteri. Susah senang, suka duka dan segalanya diharungi bersama.
Bagaimana pun dalam membina rumahtangga bahagia layanan baik kepada pasangan adalah kunci kebahagiaan. Dengan kata mudah, tidak berkira dengan pasangan.
Adat dalam rumah tangga ada suami suka dirinya dilayan bak ‘Raja’,. Misalnya ada segelintir suami suka makan dihidang dimeja sempurna, disenduk nasi, dituang air dan sebagainya. Namun tanpa sedari layanan pada isteri sebaliknya.
Bagi lelaki ini, Akhtar Syamir layanan yang baik sebegitu yang diimpikan oleh kebanyakan suami itu munasabah jika yang cara sama diberikan kepada isteri.
Katanya, jika suami inginkan layanan bagaikan ‘Raja’ isteri juga berhak mendapat layanan bagaikan ‘Permaisuri.’
Jujur saya katakan yang setiap hari dan setiap kali kami nak makan, isteri saya akan hidangkan dan sendukkan nasi untuk saya.
Boleh kira berapa kali je yang saya sendukkan untuk dia dan anak-anak. Selalunya bila dah siap semua barulah saya dipanggil untuk makan.
Ada je sekali sekala saya ke dapur sekali untuk bantu dia masak atau lebih kepada mengacau dia masak. Tapi jarang sangat.
Semua ini bukan paksaan. Ini dibuat secara ikhlas oleh isteri saya dan dia tak senang duduk jika tidak temankan saya makan kalau saya ada urusan dan mereka terpaksa makan dulu. Dia akan duduk sekali di meja dan berbual sambil menemani saya makan. Syukur Alhamdulillah, saya dilayan dengan sangat baik oleh isteri saya.
Hargai isteri Mungkin ramai para suami yang inginkan layanan seperti ini. Tak salah pun sebenarnya. Tapi, di saat kita menerima, kita pun perlu memberi. Saya sentiasa mengutamakan emosi isteri. Jika dia nampak gelisah, saya orang pertama yang akan memeluknya.
Jika dia bersedih, saya akan menggembirakannya. Jika dia penat, saya orang pertama yang akan memastikan dia dapat rehat yang secukupnya. Jika dia lapar, dengan sepantas kilat, dia akan dapat telefon saya dengan aplikasi Grab Food yang sedia terbuka. Pada waktu pagi selepas Subuh jika dia nak tidur semula, saya akan pastikan tidurnya tidak terganggu.
Dia selalu dipeluk, dia selalu dicium, dia selalu dibelai. Tidur malam tidak pernah tidak diucapkan selamat malam dan diusap-usap rambutnya. Pillow talk menjadi perkara yang kami lakukan setiap malam. Jika saya terjaga dari tidur di malam hari. Pasti tangannya akan saya pegang umpama sedang bercinta.
Pelukan erat pada waktu pagi adalah rutin yang jarang kami tinggalkan. Apabila saya dalam perjalanan pulang, dia selalu ditanya apakah inginkan sesuatu untuk dibawa pulang?
Fokus saya sentiasa ada pada dia apabila saya tidak bekerja. Kami akan selalu berbual dan bermesra, bergurau serta gelak ketawa. Saya akan sentiasa pastikan dia gembira. Tona suara saya walaupun ada ketikanya tegas tetapi tidak pernah menjerit. Kerana saya tahu hatinya sangat mudah tersentuh.
Air matanya sangat berharga. Jika menitis, saya anggap ianya kesalahan besar saya. Nak isteri sendukkan nasi dan layan anda seperti Raja di dalam rumah? Boleh, tapi pastikan anda layan isteri umpama Permaisuri dahulu. Barulah kedua-duanya saling membahagiakan.
Percayalah, kemanisan dalam perhubungan itu ada. Ianya akan hadir bila kita beri segala-galanya kepada pasangan kita.
Lipan sering membuat banyak orang yang melihatnya merasa takut. Maklumlah haiwan ini sering tiba-tiba muncul dan merayap.
Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede, jika terkena gigitan memang sangat menyakitkan. Kesan gigitannya menyebabkan menimbulkan kesan keradangan dengan ruam kemerahan.
Juga kesan alergi yang lebih teruk dengan mata bengkak dan bibir bengkak, sesak nafas, hingga jantung berdebar.
Bagaimana pun, haiwan ini memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia .
Namun bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas, disengat lipan bukan suatu benda yang boleh di buat main, justeru segeralah dapatkan rawatan.
Lipan Dalam Rumah
Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah.
Sebenarnya punca lipan mudah kelihatan dalam rumah adalah disebabkan kawasan yang lembap. Jangan terkejut
Jadi untuk ambil pendekatan terbaik , cara mengelakkan kehadiran lipan adalah dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.
Untuk halang lalat dan labah-labah mungkin mudah. Namun dalam kes anai anai tak semua orang mampu nak buat pest control memandangkan kosnya pun ‘boleh tahan’
Jadi Sebagai Alternatif Mungkin Anda Boleh Gunakan Petua Di Bawah Untuk Menghalau Lipan:
1. Garam
Taburkan garam yang anda di kawasan dan laluan yang selalu temui lipan. Kebiasaannya pastilah kawasan yang lembap bukan?
Biarkan saja garam tanpa perlu disapu dan mungkin anda boleh menambahnya dari semasa ke semasa jika perlu. Ulang sehingga anda rasa memang dah tak ada lagi lipan di rumah.
2. Kapur Barus
Sama seperti garam anda hanya perlu menaburkan kapur barus di kawasan lembap untuk memastikan lipan tak datang lagi.
3. Daun Pandan
Buat anda daun pandan berbau harum bukan? Namun untuk lipan ia adalah sebaliknya
Jadikan gunakan kelebihan ini dengan meletakkan daun pandan sebagai pelindung anda. Hiris daun pandan halus-halus dan letakkan ke dalam mangkuk. Lagi banyak kuantitinya lagi bagus.
Kemudian, mangkuk yang berisi hirisan daun pandan tu letakkan di setiap sudut rumah supaya lipan akan akan menjauhi rumah anda.
Harap petua di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah lipan dalam rumah. Kongsikan kepada keluarga dan kenalan ok?
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.