“Semoga Allah Terima & Dipermudahkan.” Bell Ngasri Luah Rasa Syukur Bakal Tunai Umrah & Sambut Puasa Di Makkah!

Share

Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah menjadi idaman ramai termasuklah pelakon Bell Ngasri.

Siapa sangka, mimpi selama ini menjadi kenyataan apabila pelakon drama Cinta Amnesia ini merancang menunaikan puasa dan umrah di tanah suci kota Mekah, pada bulan Ramadan tahun ini.

Bell atau pemilik nama sebenar, Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri  berkongsi khabar gembira tersebut menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.

“Macam tak kena je dgn susunan ats tu..tapi takpela,yang penting,jom sama2 saya sebab tahun ni InShaaAllah saya berpuasa di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah dan ziarah bersama @syabibahtravelandtours,” tulis Bell menerusi kapsyennya.

Tidak bersendirian, pemergiannya juga turut disertai beberapa rakan selebriti lain termasuklah Faizal Ismail, Saharul Ridzwan dan Zulin Aziz.

“@faizalfbi76 pun ada sekali..lagipon dr 20hb april sampai 1hb mei adalah hujung puasa..umrah 10hari terakhir ni insyaallah kita dapat beramal di malam lailatulqadar insyaallah.

“Semoga setiap perjalanan dan pengorbanan kita utk menunaikan umrah dan ziarah Nabi saw, Allah terima dan dipermudahkan.

“Amin Ya Allah! Moga mendapat kejayaan dunia & akhirat..,” tulisnya lagi.,” Doa Bell lagi.

Sumber: bellngasriofficial


 

IKLAN