Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah menjadi idaman ramai termasuklah pelakon Bell Ngasri.
Siapa sangka, mimpi selama ini menjadi kenyataan apabila pelakon drama Cinta Amnesia ini merancang menunaikan puasa dan umrah di tanah suci kota Mekah, pada bulan Ramadan tahun ini.
Bell atau pemilik nama sebenar, Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri berkongsi khabar gembira tersebut menerusi satu hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.
“Macam tak kena je dgn susunan ats tu..tapi takpela,yang penting,jom sama2 saya sebab tahun ni InShaaAllah saya berpuasa di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah dan ziarah bersama @syabibahtravelandtours,” tulis Bell menerusi kapsyennya.
Tidak bersendirian, pemergiannya juga turut disertai beberapa rakan selebriti lain termasuklah Faizal Ismail, Saharul Ridzwan dan Zulin Aziz.
“@faizalfbi76 pun ada sekali..lagipon dr 20hb april sampai 1hb mei adalah hujung puasa..umrah 10hari terakhir ni insyaallah kita dapat beramal di malam lailatulqadar insyaallah.
“Semoga setiap perjalanan dan pengorbanan kita utk menunaikan umrah dan ziarah Nabi saw, Allah terima dan dipermudahkan.
Ads
“Amin Ya Allah! Moga mendapat kejayaan dunia & akhirat..,” tulisnya lagi.,” Doa Bell lagi.
Dek kerana pandemik COVID-19, operasi kantin dihentikan. Anak-anak terpaksa membawa bekal atau makan di dalam kelas.
Terbaru, pihak sekolah mengumumkan kantin kembali beroperasi.
Tertarik melihat seorang pengusaha kantin sekolah menjadikan kantin Yang diusahakannya ala-ala cafe. Bahkan, menu yang disediakan juga cukup menarik dengan pelbagai pilihan.
Antara menunya seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya.
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
“Kami bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.
Tahukah anda bahwa Pertubuhan Kesihatan Se-dunia (WHO) mendefinisikan sihat sebagai suatu keadaan tubuh badan yang sempurna fizikal, mental dan sosial serta bukan sekadar bebas daripada penyakit. Ini menunjukkan bahawa kesihatan itu adalah perkara yang bersifat menyeluruh, iaitu, bukan sahaja dilihat dari sudut jasmani tubuh badan, malahan dari sudut dalaman dan persekitaran.
Oleh kerana itu, setiap ahli keluarga perlu memastikan sihat dari segi sudut dalaman iaitu perlu menjaga aspek pemakanan.
Sebagaimana nasihat yang diberikan oleh Dr Hafiz Sulaiman yang menyentuh mengenai pemilihan beras dalam hidangan utama keluarga. Menurutnya, ulasannya mengenai beras perang atau beras putih adalah khidmat masyarakatnya bagi memberi kesedaran masyarakat untuk membuat pilihan yang terbaik buat ahli keluarga. Jom semak ulasannya yang sungguh bermanfaat.
BERAS PERANG ATAU BERAS PUTIH? 3 SEBAB MENGAPA SAYA TAK AMALKAN PEMAKANAN BERAS PERANG. Saya sebenarnya tak suka sebarnya cerita negatif pasal beras perang ni sebab ramai dah ada persepsi ia lebih sihat. Tapi iyalah, sebenarnya makanan tradisi kita ni beras putih..bukannya beras perang pun.
Saya terkejut juga awal-awal dulu bila kaji lebih mendalam kajian saintifik yang ada..rupanya beras putih lagi selamat!
Sebab kenapa beras perang ni mungkin memudaratkan:
1) PENCURI ZAT – ASID PHYTIC
Asid yang tinggi dalam beras perang ini ialah “pencuri zat”. Ia mencegah zat mineral seperti zinc, besi, kalsium dan magnesium.
Apa guna zat beras perang lebih banding beras putih kalau badan tak dapat serap zat tu kan? Kalau kita makan nasi dan daging, zat zinc dan zat besi dalam daging pun dicuri asid dalam beras perang ini. Akibatnya, badan kekurangan zat mineral penting ini.
Merendam, mencambah dan proses fermentasi (simpan semalaman) meningkatkan penawar asid ini iaitu phytase dalam beras perang..Tapi malangnya, menurut kajian Weston A. Price Foundation dalam jurnal nutrisi, beras perang kekurangan enzim penawar asid phytic ini berbanding bijirin lain.
Beras perang juga mengandungi penyekat enzim tripsin yang mencernakan protein. Berita baiknya ialah, penyekat enzim ini biasanya diaktifkan apabila beras perang di masak.
2) BERPOTENSI ROSAKKAN USUS – WGA LECTIN
Ramai sudah kenal gluten dan mereka yang sensitif, berpenyakit radang dan masalah pencernaan mengelakkannya. Gluten merupakan sejenis sistem perlindungan tumbuhan daripada keluarga besar LECTIN.Antara ahli keluarga lectin yang juga popular bagi mereka yang sensitif ialah tumbuhan nightshades.
Gluten yang biasanya dalam bijirin macam gandum dan barli ni tiada dalam beras. Beras perang bagaimanapun mengandungi sejenis lectin iaitu Wheat Germ Agglutinin (WGA). Menurut pakar bedah kardiologi Dr Steven Gundry dalam buku bestseller beliau, The Plant Paradox, WGA mempunyai kesan:
– Melekat pada lapisan usus dan menyebabkan keradangan, kerosakan serta “leaky gut”. – Meningkatkan histamin oleh sel perut menyebabkan radang gastrik, ulser, GERD dll. – Menembusi dinding usus rosak ini dan menyebabkan masalah seumpama leaky gut iaitu alergi, autoimuniti, kerosakan buah pinggang, masalah sendi seperti rheumatoid arthritis. – Masalah saraf dan mental. – Masalah insulin mengakibatkan kelesuan. – Menyebabkan gangguan hormon selera makan (leptin resistance). – Masalah jantung. .
Saya tak percaya semua lectin bahaya dan majoriti kita mempunyai sistem pertahanan badan mengatasinya. Namun, mereka yang SENSITIF dan berpenyakit harus waspada pada makanan penyebab “angin” ini kata orang tua-tua. .
3) TIDAK SESUAI MEREKA YANG SENSITIF – Penderita alergi – Alahan (Ekzema, asma, resdung) – Migrain – GERD – IBS & IBD – Masalah saraf dan mental – Ahli keluarga “histamin lainnya”. – Bayi
Saya sentiasa percaya penyakit-penyakit di atas ini berpunca daripada kerosakan dinding lapisan sistem pencernaan.
Beras perang mengandungi serat tidak larut yang lebih “kasar” berbanding serat larut. Ia merengsa perut usus, meningkatkan histamin dan berkemungkinan menjadikan badan lebih sensitif terutama mereka yang cenderung dari segi genetik.
Bila makanan tak hadam, ia jadi makanan kuman usus berlebihan dan hasilkan banyak gas..Kita mudah dapat masalah kembung juga.
Orang sensitif perlu kurangkan makan, terutamanya makanan susah cerna termasuk makanan tinggi serat buat sementara waktu sehingga sistem pencernaan dan pertahanan badan pulih.
Nasi putih tetap menjadi pilihan saya, ia adalah tradisi nenek moyang..Saya pasti sistem pencernaan kita lebih serasi dengan beras tempatan, siam mahupun basmati.
Sebagai seorang coach kesihatan penderita masalah “angin”, masalah alergi ekzema dan alahan lainnya, pengalaman mengajar saya bahawa beras putih adalah pilihan bijirin paling selamat berbanding bijirin lainnya..jika diambil dalam kuantiti sederhana.
Mohon SHARE sebab ramai orang terutamanya yang sensitif tak sedar pun beras perang ni kuat “anginnya”.
Hafiz Sulaiman, -Pejuang Kesihatan. Eczema, Allergy & Food Intolerance Guru
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila dah ada rumah, tak kiralah menyewa atau rumah sendiri, mesti kita ingin menghias rumah dengan cantik. Untuk menghias rumah pun perlu mempunyai sejumlah peruntukkan.
Namun, tidak bermakna, bajet kena ratus-ratus atau ribu-ribu untuk hias rumah. Jadi, bagi yang mempunyai bajet ciput kena perlu ada perancangan untuk menghias rumah.
Sebagaimana keluarga ini. Telah make over pintu bilik yang lusuh menjadi sebuah pintu bilik seakan mewah dengan hanya menggunakan bingkai gambar hanya berharga RM2.10 aje.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Jangan membazir, amalan syaitan. Kita ubah suai dengan menjadikan pintu ni cantik. Terima kasih kedai eco RM2.10.sangat membantu.Cuma kalau masuk kedai eco ni kena baca yassin…takut macam-macam terbeli.
Sebelum
Keadaan pintu bilik sebelum menjalani sebarang pengubahsuian.
Bingkai gambar eco ditampal didinding bilik. Hanya RM2.10 sahaja! Jimat kan.
Dah siap! Sungguh kreatif keluarga ini.
Boleh lah mencuba cara ini. Warna cat pintu boleh pilih warna kegemaran masing-masing. Selamat mencuba!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.