Berikutan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID 19 beberapa hari lalu, pengesanan kontak rapat kini sedang giat dijalankan KKM.
Salah seorangnya termasuklah peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kelas Agama dan fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan 1442/2020, Maryam Solehah Noor Hisham, 8, turut diminta menjalani saringan.
Menurut bapanya, Noor Hisham, beliau telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Seremban semalam dan diminta membawa Maryam ke Klinik Kesihatan Senawang untuk membuat saringan.
“Saya dan isteri sudah bersedia sebenarnya bila kami tengok di Facebook Jabatan Kemajuan Islam(Jakim) ada gambar Maryam bercakap dengan Datuk Zulkifli.
Ads
“Petang semalam lebih kurang jam 3.45 petang, saya dihubungi Pejabat Kesihatan minta bawa Maryam buat saringan dan kami akur dengan arahan,” katanya yang tinggal di Taman Marida.
Tambahnya, sehingga kini keadaan kesihatan Maryam baik sahaja dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Sebagai langkah keselamatan, beliau sekeluarga mengambil pendekatan untuk kuarantin diri di rumah sehinggalah keputusan saringan Maryam diperoleh.
Ads
“Saya tunggulah arahan seterusnya. Buat masa ini saya dan isteri diberi kebenaran oleh pentadbiran sekolah untuk bekerja dari rumah.
“Anak-anak pun saya tidak hantar ke sekolah termasuk Maryam melainkan anak sulung saya yang kini berada di asrama,” tambah beliau.
Ads
Dr Zulkifli ada membuat perkongsian di Twitter milik, beliau dan adik Maryam sempat bertemu dan bersapa di majlis tersebut.
Saya sempat berbual dengan peserta termuda, anakanda Maryam Solehah, 8 tahun yang mewakili Negeri Sembilan. pic.twitter.com/RmNj8yS15b
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2020
Berkahwin bukan sahaja menyatukan dua hati atau dua cinta semata-mata namun banyak perkara perlu difahamkan kepada anak-anak kita tentang realiti alam perkahwinan. Orang hanya melihat yang indah-indah namu disetiap kehidupan itu pasti ada ujian dan asam garam yang harus ditempuh terutamanya dalam hidup berumah tangga.
Memahami lagi tentang itu, elok kiranya kongsikan penulisan Yus Azrad ini untuk membuka mata anak muda yang ingin berkahwin agar berpijak di bumi yang nyata. Tidak terus leka di alam fantasi.
Pesanan buat yang belum kahwin..
kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH daripada kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain-lain, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote ‘rezeki setelah nikah’ itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata… “cinta saja tak cukup”..
Moga Allah mudahkan perjalanan kami seterusnya….
Apabila bergelar ibu bapa pastinya mendidikan anak adalah cabaran yang sukar lebih-lebih lagi apabila anak meningkat remaja.
Melalui FB milik Dr Hana Hardzami, beliau berkongsi panduan mendidikan anak remaja oleh ceramah Ustazah Norhafizah Musa & Prof Muhaya.
Perkongsian Panduan Mendidik ANAK REMAJA:
1. Anak-anak adalah CERMIN ibubapa. Jika imej di cermin itu buruk, jangan dipersalahkan atau dipecahkan CERMIN tersebut. Malah ibubapa perlu BERTAUBAT dan MEMPERBAIKI diri sendiri. Ada bahagian kita dalam setiap kepincangan peribadi anak-anak.
2. Untuk merubah tingkah laku negatif kepada positif pada anak-anak, usah diperbesarkan tingkah laku negatif itu, tetapi BERILAH PERHATIAN kepada setiap tingkah laku POSITIF mereka. Carilah walaupun sekecil mana pun.
3. Berilah PUJIAN REALISTIK kepada setiap perkara positif yang anak-anak lakukan. Elakkan memberi pujian kosong atau melampau kerana ianya hanya akan memakan diri sendiri. KEMBALIKAN SETIAP PUJIAN KEPADA TUHAN, supaya anak-anak sedar yang bakat adalah ANUGERAH daripada Tuhan yang Maha Memiliki dan boleh ditarik bila-bila masa.
4. Bantulah anak-anak untuk MENGENALI DIRI MEREKA sendiri. Tumpukan kepada BAKAT dan KELEBIHAN yang mereka miliki. Jangan sampai anak-anak menanti bakat yang bukan-bukan dicungkil oleh orang lain seperti kawan-kawan yang liar. Tunjukkan yang kita menghargai kelebihan anak-anak.
5. Kebanyakan anak remaja cenderung meminati perkara yang ibubapa kurang berkenan. Contohnya budaya K-pop, muzik Rock atau Heavy Metal, anime dan sebagainya. Tidak kira betapa menyirap pun perasaan kita, raikanlah minat anak-anak selagi ianya TIDAK MELAMPAUI BATAS AGAMA.
Memperlekehkan minat mereka hanya mengundang isolasi dan rasa benci serta menyebabkan sukar untuk kita mendekati hati anak-anak. Adalah lebih bijak jika kita lorongkan minat mereka ke arah perkara yang positif tanpa menyinggung perasaan mereka.
Kita sendiri pernah muda suatu masa dulu dan mempunyai minat yang mengarut juga!
6. KENALI dan HARGAI SAHABAT anak-anak. Banyak kelebihannya. Disamping boleh mengenali jenis sahabat yang didampingi anak kita, ianya juga menimbulkan perasaan dihargai pada anak-anak.
7. Akhir sekali, perkara terpenting adalah banyakkan BERSABAR serta MEMANJATKAN DOA kepada Tuhan yang MEMEGANG SETIAP HATI MANUSIA agar diperbaiki kekurangan kita dan dibantu perelokkan akhlak anak kita. Panjatkan doa setiap masa, terutama pada waktu-waktu mustajab. Tiada doa yang ditolak, apatah lagi doa ibubapa untuk anaknya.
(Cerapan dari ceramah Ustazah Norhafizah Musa & Prof Muhaya)
“Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.“ Baru Simpati Pada Ibu & Isteri.
Kerja rumah jangan anggap anak perempuan aje kena buat. Anak lelaki pun kena tahu buat. Bukan duduk depan TV tengok adik beradik perempuan kemas rumah.
Bila anak lelaki tahu buat kerja rumah baru mereka tahu betapa penatnya buat itu ini di rumah. Baru mereka simpati pada ibu dan isteri bila besar.
Menarik dengan perkongsian ini. Moga jadi manfaat bersama yang dikongsikan oleh pemilik fb Edi Aruna Pencerita tentang anak lelaki.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.
Nak jadi lelaki ada rukunnya. Bukan beranak keluaq lato lato terus jadi lelaki. Lelaki bukan semata mata reti tahan sakit, bukan semata mata kuat berkerja, bukan semata mata reti cari duit.
Nak jadi lelaki mesti tahu ini. Kerja sidai kain baju bukan hak mutlak seorang wanita, kerja kemas rumah pun bukan tanggungjawab wanita semata mata, kerja di dapur pun bukan milik abadi seorang wanita. Kalau kita seorang anak, semua kerja tu bukan tanggungjawab mak kita pun. Kalau kita seorang suami, semua tu bukan kerja bini kita semata mata.
Fahamkan anak² lelaki kita, nak jadi lelaki biar betul² jadi lelaki. Jangan dah menikah nanti masih tak reti pesiang ikan, masih tak reti nak potong ayam, masih tak reti nak sidai kain baju, masih tak reti nak menyapu.
Ya, lelaki ni kerja dia menggali rezeki. Tapi bukan bermakna balik rumah terus terbongkang depan tv. Ayah kita dulu balik motong getah boleh lagi bertukang kat rumah. Balik dari laut boleh lagi masak gulai kat dapur. Kalau penat sangat pun ayah kita cuma rehat, bukannya tak reti buat. Jadi lelaki kena RETI serba serbi hal dalam rumah ni. Kena simpati dengan emak, kena kesian dengan bini.
Bila dari kecik tidak faham semua tu, itu yang bila dah ada anak bini kerja nak maki. Anak buat silap sikit cepat naik kaki. Bini lambat masak dia tendang tudung periuk, dia tanjal dahi bini. Sebab dia rasa dia dah cukup lelaki. Padahal dia jadi lelaki hanya pada jasad, bukan pada hati. Jasad tanpa hati tu zombie, bukan seorang lelaki sejati. Ngerti?
Dalam sebuah keluarga, perbezaan itu bukan masalah. Malah, itulah yang menceriakan suasana rumah. Ada yang gemar drama penuh emosi, ada yang tak boleh tinggal...