Umumnya bila bulan Mei, anak-anak kita yang bersekolah rendah begitu teruja untuk membeli pelbagai hadiah untuk diberikan kepada guru kesayangan mereka bersempena Sambutan Hari Guru.
Pun begitu, seorang ibu ini lebih selesa memberikan sesuatu yang berbeza daripada biasa untuk guru-guru anaknya dengan menghadiahkan anak pokok daun kesum.
Mungkin idea ini boleh dijadikan contoh. Untuk itu jom kita lihat perkongsian daripadanya.
Banyak-banyak pokok…pokok Kesom yang serasi dengan saya…
Ads
Tempohari ajar anak menyemai Kesom, Alhamdulillah sihat semuanya..
Ads
Hajatnya nak dijadikan hadiah hari guru 16 May nanti.Ada masa lagi nak bagi pokok ni membesar .
Caranya:
Ads
1. Cantas pucuk dari pokok induk.
2. Buang daun hanya tinggalkan 2 ker 3 helai sahaja.
3.Terus cucuk ke tanah (gunakan tanah merah+tanah hitam di nursery).. Pastikan tanah lembap.
4. Masukkan bekas semaian dalam bekas bertakung air selama seminggu.
5.Spray pucuk tadi pagi petang
6.Letak tempat redup.Tak perlu baja pada masa ni..
Sumber :Siti Annallyssa via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pastinya ingin memiliki anak yang soleh dan solehah.
Oleh itu, didikan agama telah diasuh sejak kecil.
Namun, untuk mendidik anak-anak mencintai solat bukan suatu yang mudah.
Sebagaimana perkongsian ustazah ini yang berkongsi cara untuk memberi kesedaran kepada anak-anak secara halus bahawa solat itu perlu dilakukan dengan ikhlas.
Ikuti perkongsianya.
Rahsia anak solat tanpa dipaksa
1. Ustazah dan tabung
Saya banyak berbisik dan meminta dengan Allah apabila ingin menyampaikan sesuatu yang penting. Sungguh-sungguh minta pada Allah agar murid dapat faham maksud saya.
Saya membawa satu bekas ke dalam kelas. Mata murid bulat memandang ke arah saya. Dalam kepala masing-masing membuat andaian. Bekas tu mungkin bekal ustazah untuk rehat nanti atau dalam bekas tu ada hadiah kuiz untuk mereka.
Ustazah bekas apa tu?
Tiba-tiba terdengar suara kecil bertanya. Mungkin tak sabar nak lihat isinya. Lalu saya membuka bekas tadi dan menunjukkan beberapa keping not.
Owh tu tabung duit ustazah ya?
“Ya anak-anak” Jawab saya ringkas.
Siapa ada tabung kat rumah?
Ramai yang angkat tangan, sambil mulut riuh bercerita tentang tabung dan duit simpanan mereka. Masing-masing teruja.
2. Jatuh dan terbang
Saya keluarkan semua duit kertas dan meletakkannya di atas meja. Duit berterbangan jatuh kerana ditiup angin. Murid yang melihat, menjerit-jerit ” Cikgu-cikgu duit jatuh.. Cepat, nanti hilang”
Saya biarkan duit tu bertaburan di lantai.
3. Bekas dan solat
Saya alihkan perhatian murid dengan satu soalan.
Anak-anak.. Siapa yang dah buat baik hari nie?
Ramai yang angkat tangan.
“Bagus.. Semua” Puji saya. Masing-masing tersenyum bangga.
” Setiap kebaikan yang anak-anak lakukan, Allah akan ganjarkan pahala”
“Pahala tu seperti duit..” Saya menunjukkan sekeping not RM10 yang diambil dari lantai kelas.
“Wah Bestnya..”
“Duit kalau dah banyak, perlukan tabung untuk simpan agar duit tu selamat dan tak hilang”
“Pahala yang kita kumpul setiap hari juga perlukan tempat untuk simpan seperti bekas yang ustazah bawa ni, supaya pahala kita tidak akan berciciran jatuh dan akhirnya hilang”
“Bekas atau tabung untuk pahala ialah solat.. Jika anak-anak tak solat hari ni dan hari sebelumnya, kat mana Allah nak simpan pahala yang anak-anak dapat?
Inilah satu-satunya bekal yang kita nak bawa bila jumpa Allah nanti.
Solat mesti elok-elok supaya tabung yang kita bina nanti, kukuh dan kuat..kerana bekas yang bocor menyebabkan isinya terkeluar dan jatuh”
4. Menangis
“Ustazah saya belum ada bekas untuk pahala”
Seorang murid mengangkat tangan dan matanya berkaca. Sesungguhnya bila Allah berkehendak kita menyampaikan sesuatu dari-NYA pasti hidayah itu akan sampai ke hati.
Ramai yang mengangkat tangan dan berjanji mereka tidak akan meninggalkan solat.
Bukan saya memaksa tetapi mereka mula faham kenapa perlu solat.
Apa yang pasti cara ustazah ini, kita boleh praktikskan kepada anak-anak di rumah. Selamat beramal.
Kalau ke pasaraya selalu kita perhatikan ada anak-anak yang baring di lantai sambil mengamuk. Biasanya kes hendak dibelikan mainan atau ada permasalahan lain yang mengganggu emosinya.
Ada juga keluarga berhenti di pertengahan jalan atau di tempat parking kereta gara-gara anak menangis dan mula memberontak. Bukan biasa-biasa tapi kuatnya sampai boleh didengari segenap ruang. Hebat.
Tapi hal ini sebenarnya adalah perkara biasa bagi kita mak ayah. Mungkin bagi yang berkahwin dan punya anak hal ini sudah terlalu biasa. Bagi yang bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.
Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.
Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :
1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama
lamanya.
2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?
3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh
stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.
4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.
5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.
Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.
Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.
Kredit: Taufik Raziq
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelibat pelakon Intan Ladyana meraih perhatian ramai apabila ‘baby bump’ mula kelihatan biarpun empunya diri sebelum ini tidak berkongsi sebarang maklumat berkenaan kehamilannya.
Perkongsian video tersebut dimuatnaik pelakon Dazrin Kamarudin di mana dia berkunjung ke kedai karpet bersama suaminya, Harris Alif.
“Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin menerusi kapsyennya.
Video berdurasi 15 saat ini menampakkan pasangan suami isteri ini sedang menari mengikut trend tarian diplatform Tiktok. Dalam video tersebut, perut Intan ketara menampakkan perubahan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet teruja dan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.
Untuk rekod, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Sebelum ini khabar angin mengenai kehamilan Intan Ladyana hangat diperkatakan. Tidak mengiyakan atau menidakkan tentang kehamilan isterinya, Harris dalam laporan Kosmo memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.
Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.
“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.