Setiap kita mempunyai pelbagai dugaan hidup. Ada yang diberikan rezeki yang melimpah ruah dan ada yang sebaliknya.
Malah ada yang sanggup berkorban untuk memastikan keluarga bahagia termasuk memastikan keselamatan anak-anak.
Terbaru melalui perkongsian seorang wanita dilaman facebooknya, Intan Dzulkefli telah berkongsi kisah seorang wanita yang telah mengadaikan barang kemas ekoran untuk memastikan anak-anaknya selamat setelah membeli carseat.
Apa yang ingin dipaparkan setiap kita mempunyai kepayahan berbeza dalam hidup. Struggle atau perit jerih seseorang itu untuk memastikan keluarga bahagia dan selamat pasti ada yang kena korbankan.
Inilah yang dinama kehidupan. Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
Gambar hiasan
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Ads
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
JUAL BARANG KEMAS NAK BELI CARSEAT
Gambar hiasan
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
Kali ini saya pula yang tersentuh.
Ads
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Ads
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
STRUGGLE SEBUAH KEHIDUPAN
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan.
Berkorban wang simpanan.
Berkorban harta kesayangan.
Demi keselamatan anak-anak. MasyaAllah.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak yang sempurna dan cemerlang dalam hidup. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang tertulis. Husnuzon setiap apa yang berlaku menjadi penyembuh duka. Begitulah radar hidup puan Mazuelfa Abad setelah anak tunggalnya penghidap autisme atau masalah spekrum autistik (ASD) dan Developmental Delay (GDD) yang membuatkan beliau dan suaminya berdepan dengan pelbagai cabaran berat untuk membentuk anaknya.
Benar kata perpatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Luahan kesedihan ibu ini mengenai anaknya bukan untuk meraih simpati, namun sebuah plot cerita mengisahkan perjalanan dirinya dan suami membesarkan anak yang penuh cabaran. Ia juga memberi pendedahan tentang apa itu autisme dan bagaimana anak-anak ini berkelakuan dalam kehidupan seharian.
Malah perkongsiannya semalam telah mengundang simpati netizen yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan nasihat dalam cabaran membesarkan anak-anak istimewa ini.
Mengusik jiwa perkongsian ini dan semoga menjadi iktibar bersama.
Assalamualaikum. Posting ini agak panjang terlebih dahulu terima kasih kepada yang sudi membaca. Saya dah lama memendam rasa. Cuba bertahan tapi dah tak tertahan. Sebelum ni saya banyak blame keadaan, tekanan keluarga, orang sekekiling dan kesihatan saya. Masih ayat nak menangkan anak. Tapi kali ni saya nk luahkan tentang anak.
Anak sy lelaki, 4 tahun 6 bulan. ASD & GDD. Speech delay dan tidak boleh bertutur. Hanya bercakap bahasa kurang sempurna. Baru nampak perkembangan bahasanya tapi amat tipis buat masa ni. Anak saya obses periuk atau bekas bertutup. Obses perkakasan dapur. Tapi yang sebenar. Mainan tak layan. Selalu tidur dengan barang2 dapur. Kalau saya alihkan dia akan sedar dan mengamuk marah. Jiran2 pun tak selesa dgn ank sy.
Tentang anak..saya mengeluh pada Allah tiap masa..beri anak saya kefahaaman akal agar dia tahu kenapa saya asyik melarang. Agar dia tahu serba sedikit ttg hidup. Nak handle mcm mana dah saya tak tahu. Hanya mampu mengadu pada teacher OT dan alhamdulillah teacher cuba membantu apa yang perlu. Macam2 dah cuba sampai tahap kami hanya mampu nasihat melalui social story. Disiplin dah tinggi kawalan saya..namun masih ada yang kata saya tak disiplinkan anak. Ada yang kata saya terlalu tegas dah kenapa tu kan anak special.
Bila anak mengamuk
Gambar hiasan
Kenapa? Kenapa dgn ank saya? Anak saya kalau nak sesuatu selagi tak dapat mengamuk. Kerap juga saya tegas tak bagi sampai dia tertidur..bangun tidur sambung mengamuk. Kadang saya rasa ego anak ini terlalu tinggi. Lepas mengamuk walaupun dah dapat apa yg dia nak, dia mengamuk cari pasal hal baru pula. Antara yg anak saya nak dan saya tak layan ialah: -Nak perkakas dapur -Nak saya pakai baju hanya yg dia pilih. Saya tau…bukan dia. Saya punya pakaian. -Nak saya tanggalkan cermin mata walaupun pada tahap saya sgt perlukan cermin mata tu. Penglihatan sy makin kabur. Tp sy turutkan juga sbb sy tiada peruntukan sekiranya ank sy pecahkan spec sy. -Nak lampu terpasang sepanjang malam. -Nak saya buang air sambil dia tengok -Nak saya masak dan siap dalam minit yang sama dia nk terus makan. -Nak saya biarkan shj semua kehendak dituruti. -Nak saya jerit untuk semua perkara terlarang (dia sengaja provoke sy utk jerit) selagi tak jerit dia buat smpai saya marah tanpa jemu dia usaha. -Nak perhatian melampau. -Nak pakai seluar berlapis2 sampai 4 lapis. Tapi tahu pula benda tu tak sepatutnya, bila ada tetamu malu pula cepat2 tanggalkan.
Mahu dilayan setiap masa
Anak saya kalau nak nasi tiba2 saya kena sendukkan saat tu juga. Kalau saya delay seminit jadi huru hara utk 24jam berikutnya. Saya dan teacher OT dah cuba train waiting skills ank. Tapi berkesan bila dgn teacher sahaja. Di rumah sangat lain perangai dia. Sangat memeberontak. Biasanya bangun tidur semua mesti akan ke tandas dahulu kan? Tapi anak saya (akan sedar dan bangun sebaik sahaja saya bangun) tak bagi saya ke tandas. Kena layan kehendak dia dahulu. Kadang dia minta roti. Tapi nak bersuap padahal boleh makan sendiri. Saya pujuk sy akan suap selepas keluar tandas. Pernah tengok seorang mak minta izin anak utk ke tandas? Tapi ank saya memang tak beri peluang. Saya kerap alami jangkitan pundi kencing. Rezeki kan..tak kan nak salahkan anak. Saya juga selalu sembelit sebab menahan..rezeki juga kan.
Saya nak masak…minta izin anak tau nk guna periuk bagai. -fenomena tunduk dengan anak. No. Bukan begitu. Saya nk ada mutual agreement dgn anak. Saya tak suka marah2 gaduh2. Tapi anak saya cakap No! Bila saya berkeras (yg ni pulak ada yang kata hang mana boleh keras dgn ank special ni) lagi dia memberontak tak bagi.
Anak saya nak saya layan dia tiap masa. Selalu menarik jari saya smpai sakit sendi2 kecil di jari. Setiap hari sakit. Hampir tiap malam saya menahan sakit. Nak saya layan itu ini. Lupa nk mention. Ank sy ank tunggal. Adiknya meninggal tahun lepas. Saya nk buang air pun tak boleh..apa lagi nak kemas rumah, masak..?
Pernah ajak dia masak sama2 tapi dia cepat bosan. Dia nk buat semua benda dgn cara dia sendiri. Tak boleh ikut norma yang sedia ada. Nak masak nasi tapi beras kosong paksa saya on suis. Nak masak cawan plastik dia dalam kuali paksa saya on api di dapur gas. Saya risau macam mana dia nak hadap dunia beberapa tahun lagi dia perlu keluar bersosial, belajar, bekerja…Kalau macam ni gelagatnya adakah manusia di dunia nak berkawan dgn dia?
Dah la tak boleh memasak lauk. Nasi pun dah kena beli saya malu sbg surirumah, tiada apapun kerja rumah yang berjaya saya usahakan sampai setel. Malu nasi putih pun nak tapau. Dah kenapa? Dah sebab anak saya main rice cooker tak bagi saya guna. Mengamuk kami berdua berjam2…akhirnya saya hilang suara dan terus teks suami, tolong tapau nasi putih juga. Dan berlarutan selepas itu seakan rutin, tiada masak memasak di rumah melainkan suami cuti, dia yang masak.
Cubaan latih anak urus sendiri tapi…
Saya sedaya upaya latih anak utk urus diri. Saya khuatir hidup saya tak lama dengan kesihatan saya macam ni, andai saya tiada, siapa yang nak jaga anak saya..takat makan minum ada lah. Tapi nak layan semua kerenah, perangai, amukan dan peraturan2 peliknya…siapa???? Tiada siapa kecuali saya dan ayahnya. Saya buat dalam keadaan saya terbatas…menggigil tiap kali kena air, tp saya masih bermain dengan air…nak latih anak urus diri, kononnya cuba mandi sendiri. Semua bagai curah air di daun keladi. Disiplin itu ini…semua bagai sia2..saya nak minta tolong cikgu tadika bab pakaian seragam sekolah. Anak saya sangat rigid bukan dgn pakaian tp dgn kehendaknya. Dia xnak pakai uniform.salah kah saya minta tlg cikgu pujuk pakai? Tapi kat situ saya kelihatan sangat tak pandai didik anak atau lebih tepat saya lepas tangan semua padahal disiplin awal kan dari rumah.
Kalau dengan suami kurang sikit anak buat hal. Tapi tetap mengamuk juga. Saya tak sihat. Saya sering sakit2 dan perlu rehat kadang saya hanya duduk bersandar anak datang menarik2..saya x layan dan dia dtg sakitkan tubuh saya. Bila dia ajak saya bermain, saya ikut tiba2 mengamuk sebab saya main cara salah. Saya dah rasa macam orang sewel saya ni sebab asyik salah dan dah tak larat fikir apa cara yag betul. Contoh anak saya nak saya baling bantal, saya baling dia mngamuk. Saya ambil semula makin kuat mengamuk. Saya baling semula …dia hentak badan dh kt lantai. Berjam2 dia jerit…last skali saya ambil semula bantal dan baling macam asalnya. Dia cakap ok. Diam terus. Tiap hari mcm ni. Bukan bantal maksud saya tapi tiap hari ada shj perkara yang dia nak saya buat tapi salah dan cara yang betul ialah cara saya yang salah awalnya. Faham tak?? See….saya pun dah naik mereng otak nk faham konsep2, teori2 dan rutin2 anak saya ni.
Hilang punca pendapatan
Saya ada buat kelas tuisyen di rumah sebab kekangan kewangan. Tapi sampai perlu berhenti sebab anak saya ganggu kelas. Budak2 lain terganggu tak dapat belajar. Bila malam pula tidurnya 3/4pagi. Saya? Tak dibenarkan tidur sebelum itu. Kenapa tunduk dengan kehendak anak? Siapa yang tunduk?? Saya tak layan..saya cuba tidur..direntap rambut saya. Dan mula menyakiti tubuh saya. Tak mungkin saya nk biarkan diri saya disakiti. Saya ni dah la “fragile”..angkat air 1Liter pun sendi siku dah merajuk.
Kadang saya buntu fikir…apa natijah semua ini..Allah kurniakan saya seorang anak autism yang sangat lasak dan keras hatinya, di kala hati saya terlalu rapuh…di kala tubuh saya semakin lemah…semakin kurang performance saya walaupun baru awal 30-an. Sakit lutut saya dah macam mak saya yang hampir 70tahun usianya. Pergerakan saya mengundang padah…tiap malam kena urut. Anak pula makin agresif dan degil. Saya tak jumpa…natijahnya jalan hidup kami ini…saya buntu.
Saya yakin, pasti ada kemanisan. Cuma saya belum jumpa. Bantulah saya cari kemanisan di atas kesakitan tubuh dan jiwa yang saya alami..
Saya kecewa dan sedih. Kerana anak saya, saya tak dapat jana pendapatan. Semua bisnes online saya tak dapat beri komitmen. Sebab anak saya punca saya tak boleh beri komitmen terhadap apa2. Kelas tuisyen dah tak boleh teruskan. Bekerja di luar? Saya dah letih hantar resume yang tak berbalas bertahun2. Mungkin rezeki saya hanya dari rumah. Lagi pula saya tak sesuai bermajikan sebab akan kerap cuti sakit (MC memanjang sape nak).
Bukan raih simpati tapi berkongsi duka
Saya bukan nk raih simpati dengan cerita yang saya tertekan dengan kewangan. Suami saya daripada bekerja di institusi perbankan, sampai mniaga air balang di pasar malam…demi tuntutan komitmen anak yang sentiasa perlu dibawa terapi saya ni tak boleh drive sebab pakej penyakit saya ada panic attack ketika memandu. Sekarang suami hanya pemandu e-hailing. Again, majikan tak semua faham keadaan pekerja yang ada ank autism. Saya tak bekerja. Anda rasa cukupkah kami nak sara diri? Dengan suami bekerja beberapa jam shj sebab kena balik rumah bila setiap kali anak saya tantrum yang teruk saya pula tak sihat, suami akan balik awal..
Sy bukan nak highlight masalah kewangan. Tapi saya nak highlight apa lagi kekuatan yang saya ada utk besarkan anak saya menjadi orang berguna. Saya tak rela orang cakap anak saya kurang ajar sedangkan sakit dada saya cuba mendidik dia. Saya tak tahu mana nk luah. Manusia mana nk faham kita. Ahli keluarga pun belum tentu memahami. Sebab tu saya luah di sini. Maaf andai tiada unsur aura positif dlm karangan sy di sini. Saya terlalu penat dengan HANYA SEORANG ANAK.
Undang simpatin netizen, sedih dengan perkongsian ini
Admin doakan puan diberi ketabahan dalam mendidik amanah Allah. Sudah pastinya hanya Allah tahu kenapa memilih puan. Moga dipermudahkan urusan puan membesarkan anak. Aminn.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hikmahnya Dia akan beri tanda dan kata hati bahawa si dia adalah orangnya. Jodoh tu kan dah ditentukan. Sampai masa Allah hadirkan la yang terbaik.”
Putaran kehidupan dan usia di luar kawalan kita. Sama halnya dengan soal jodoh. Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia.
Umum mengetahui bahawa usahawan selebriti popular, Datuk Seri Vida dan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli setelah hampir setahun tidak berhubungan. Kini mereka memilih untuk menjernihkan semula hubungannya bersama Vida dan sanggup beralah agar tidak lagi bermusuhan.
Bagaimana pun coretan itu membuatkan netizen mendoakan jodoh buat pasangan usahawan itu. Rata-rata mendoakan hubungan hingga ke jinjang pelamin.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dengan segala kontroversi yang berlaku antara saya dengan Iqbal biarlah berlalu dan buka lembarsn baharu.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada perancangan Allah yang lebih baik. Setiap apa yang berlaku saya redha l, berserah dan saya harap pertemuan kali ini dapat memperbaiki kembali jalinan ukhwah yang telah lama terbina.
Saya maafkan segala kesilapan dan masing-masing perbaiki diri. Saya nak berbaik dengan semua orang semua rezeki saya semakin lancar.
Cara mendidik anak dengan betul adalah menjadi ibu yang garang dan tegas supaya anak lebih bertanggungjawab dan berdisiplin apabila dewasa nanti.
Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang 22 perkara yanga perlu buat untuk anak-anak lelaki.
22 PERKARA KENA BUAT BILA ANAK LELAKI USIA SEMBILAN HINGGA 12 TAHUN.
Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.
Akil baligh dikupas dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam/ KAFA. Namun, ada anak-anak kita yang tak dapat relate dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.
Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar memahami bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah berlakunya mimpi basah. Mimpi basah pula sering dinisbahkan sebagai mimpi yang menyeronokkan, malam pertama dan lain-lain.
Oleh yang demikian, ada kalangan remaja lelaki sekolah menengah mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani. Puncanya, beliau hanya ‘beriman’ perlu mandi wajib bila air mani keluar melalui mimpi basah sahaja.
Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Ada dikalangan anak-anak kita ‘akil baligh’ sebelum akil baligh yang sebenar. Bukan sebab mimpi basah, tetapi mengeluarkan air maninya sendiri.
Setakat pengalaman saya bersama pelajar sekolah, adik-adik ini telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah terjebak dengan pornografi.
Istilah melancap, toceng, bukan lagi asing dalam kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perkataan itu melucukan hingga dijadikan bahan gurauan. Mereka tahu ada dikalangan rakan-rakannya yang sudah buat benda itu.
Kesian mereka, sungguh naif sekali! Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah dan melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu yang dirinya telah akil baligh!
Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Pornografi sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau melalui kawan sekolah atau juga video lucah yang disimpan dalam handphone ayahnya sendiri.
Mak ayah, please ingatkan anak-anak akan hal ini. Anak-anak perlu tahu kesan dari menonton pornografi. Ia akan mendorong individu merangsang diri sendiri dengan melakukan onani. Mereka juga perlu tahu air mani itu anugerah yang Tuhan berikan kepada lelaki, penerus generasi ke generasi. Ia amanah dan tanggungjawab! Ajar mereka secara praktikal cara mandi wajib yang sebenar.
Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Yang saya cerita ni kes budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Melakukan onani dan menonton pornografi berkait antara satu sama lain. Bermula dari ingin tahu, akhirnya ketagih. Akhirnya, anak-anak ini memahami seks dari sumber yang salah dan bakal merosakkan dirinya dan orang lain.
Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, saya nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.
Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.
Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.
Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Seterusnya, kena pantau.
Untuk pengetahuan Tuan Puan, ramai budak lelaki di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting, leceh dan menyusahkan.
Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa, bulu tumbuh serta rasa tertarik kepada lain jantina.
Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang salah!
Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh diletakkan pomade? Huhu
Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.
Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.
Sebab itu Islam menyarankan mak ayah mengajar anak solat ketika umurnya 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Cara paling mudah mendidik anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.
Beli bahan bacaan yang terbaik buat anak. Seperti yang termaklum, siri Teroka Sains 3 baru sahaja release jam 3 petang tadi. Kali ini, penulis Dr Wan Fahmi dan isteri menghurai fakta sains berkaitan tubuh badan kita sendiri. Bacaan wajib untuk anak tuan puan ni. Klik je link ni untuk dapatkan :