Bertangas adalah amalan yang telah lama dilakukan oleh wanita Melayu. Lazimnya bertangas ini akan dilakukan oleh wanita selepas bersalin. Pun begitu sebenarnya bertangas ini juga sangat bagus diamalkan setiap kali selepas haid.
Jika dilihat pada tujuan dan manfaat bertangas itu sendiri sebenarnya dikatakan mampu memberi impak pada bahagian dalaman dan seluruh tubuh wanita jika dilakukan secara konsisten.
Menyedari kebaikan bertangas, Puan Norzanariah Ismail ingin berkongsi cara penyediaan bertangas agar semua wanita di luar sana dapat manfaatnya. Adanya perkongsian ilmu ini, kini tanpa perlu ke Spa kecantikan, anda boleh lakukan bertangas di rumah dengan lebih selesa dan mudah! Jom semak apa bahan-bahan yang diperlukan.
Ads
Sediakan kelengkapan :
Kerusi berlubang untuk duduk
Bekas untuk meletakkan ramuan bertangas
Kain untuk menutup badan semasa bertangas.
Bahan yang diperlukan:
Bahan-bahan:
10 keping asam keping
3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
3 helai daun sirih
2 sudu besar garam kasar
Segenggam inai
2 cm halia
Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
2 helai daun kunyit
Dua sudu besar jintan hitam
Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba
Ads
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama dengan air.
Rebus hingga mendidih.
Kemudian masukkan dalam bekas/periuk untuk bertangas dan letakkan di bawah kerusi tangas. Juga boleh gunakan kerusi plastik berlubang.
Duduk dengan rapi di atas kerusi tangas. Pastikan ketika duduk, paha di bahagian dalam menguak dengan keadaan bahagian intim terbuka untuk menerima wap panas dari rebusan tangas.
Pastikan anda berselubung seluruh badan dari leher ke bawah atau pinggang ke bawah untuk mengelakkan wap keluar.
Semasa sedang bertangas, tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan kencing) sebanyak 10 kali sebelum melepaskan nafas. Dan ulang balik senaman kemutan tu.
Lakukan sehingga selama 20 minit hingga ke 30 minit.
Selepas selesai, air bertangas boleh buat cuci pada bahagian intim atau boleh juga dicuci bahagian intim.
BILA MASA SESUAI UNTUK BERTANGAS?
Hari haid ke-6,7 & 8.
Seminggu 3 kali kecuali kedatangan haid
Untuk dalam pantang, terbaik adalah hari ke-30 hingga hari ke-37
Ads
Sumber : Norzanariah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Air rebusan kunyit memang selalu kita lakukan untuk memulihkan kesihatan dalaman wanita. Namun berbeza dengan air susu kunyit. Dua gabungan ini rupanya masih lagi serasi malah mampu mengatasi masalah batuk dan selesema.
Paling menarik, resipi gabungan dua bahan ini juga baik untuk merawat masalah tidur. Kata Sue Bertley yang mengongsikan resipi ini di laman Facebook miliknya, resipi ini membantu suaminya yang juga menghidap strok untuk tidur lebih nyenyak. Malah tidak mudah kena demam selesema. Menarik kan?
Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia.
Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit. Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa atau ringan yang melibatkan saluran pernafasan. Susu kunyit juga membantu pencernaan.
Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema. Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)
Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.
Caranya:
1. Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
2. Kecilkan api dan masukkan susu.
3. Kemudian masukkan lada hitam, serta kunyit kunyit.
4. Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
5. Tutup api dan buat ala susu tarik.
6. Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
7. Moga sihat walafiat semuanya, tak mahu demam ye.
Kami minum 1 hingga 2 kali saja seminggu. Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut-turut. Biasanya hari ke 3 dah sihat semula.
Sumber: Sue Bertley
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bisul lazimnya menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak, namun risiko untuk golongan kanak-kanak terkena bisul juga tinggi, malah memungkinkan komplikasi yang lebih buruk memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada kekotoran.
.
Bisul merupakan kumpulan nanah yang berlaku di bawah kulit yang sangat menyakitkan akibat proses jangkitan, biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit. Selalunya, masyarakat menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) adalah bisul, namun pengumpulan nanah boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh seperti otak, hati dan ginjal.
PROSES PEMBENTUKKAN NANAH
Proses pembentukan nanah adalah salah satu proses tindak balas daya tahan melawan penyakit tubuh untuk menghalang penyebaran kuman terutamanya bakteria kepada bahagian tisu badan yang lain.
Ketika kuman telah memasuki tisu badan dan mula merosakkan sel-sel, sistem daya tahan tubuh akan dirangsangkan dan menyebabkan pembebasan cytokines (sejenis protein) ke dalam peredaran darah. Cytokines akan menyebabkan tindak balas keradangan yang akan menarik jutaan sel-sel darah putih untuk datang ke bahagian tersebut bagi membunuh kuman-kuman di kawasan itu.
Kuman dan tisu badan yang mati berkumpul dan membentuk nanah dan dalam pada masa yang sama, sel-sel sihat yang bersebelahan dengan kawasan tersebut akan membentuk dinding untuk menyekat nanah ini merebak ke tisu yang lain. Pengumpulan nanah dalam dinding inilah yang akan membentuk bisul.
Bisul dan nanah boleh berlaku apabila kulit yang berminyak memudahkan lekatan habuk pada kulit dan menyebabkan liang peluh tersumbat. Peluh yang tidak dapat dikeluarkan akan menyebabkan kuman mudah menjangkiti akar rambut yang akhirnya membentuk nanah dan apabila berkumpul dengan lebih banyak menyebabkan bisul.
Nanah dan bisul juga boleh berlaku apabila permukaan kulit terkoyak akibat kecederaan terjatuh atau luka terkena benda tajam. Kulit yang koyak membenarkan kuman masuk ke bawah kulit dan menyebabkan jangkitan kuman dan akhirnya menghasilkan nanah dan bisul. Jangkitan kuman dan bakteria adalah punca yang paling biasa. Dalam satu jangkitan kuman yang menyebabkan bisul, adakalanya terdapat beberapa jenis kuman bakteria.
Selalunya kuman bakteria jenis Staphylococcus aureus yang sentiasa berada di permukaan kulit, menunggu peluang untuk masuk ke dalam kulit dan menyebabkan nanah dan bisul.
Namun bisul mudah dirawat dengan antibiotik. Terdapat jenis kuman bakteria yang kebal terhadap antibiotik iaitu methicillin-resistant yang agak sukar dirawat dan boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kuman merebak ke organ penting lain seperti ginjal dan hati dan apa yang dibimbangkan kanak-kanak juga berisiko diserang jangkitan itu.
Golongan yang berisiko dijangkiti bisul adalah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri, tinggal di penempatan yang sesak, mempunyai alahan, ahli keluarga yang mempunyai jangkitan kulit berulang, sistem imun lemah, kurang zat makanan serta pesakit kencing manis.
Apa yang dibimbangkan, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan nanah dan bisul kerana mereka masih tidak faham tentang kebersihan diri, selain itu daya tahan melawan penyakit mereka juga tidak sebaik orang dewasa malah sistem pertahanan melawan penyakit dalam tubuh mereka masih belum matang dan dibentuk sepenuhnya.
JEJAS KESIHATAN ANAK
Sebab itu, lazimnya kanak-kanak yang terkena bisul akan menyebabkan mereka demam sekali gus mengganggu aktiviti harian mereka. Walaupun bisul bukanlah penyakit yang berbahaya, namun jika terkena kepada kanak-kanak menyebabkan mereka terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat ekoran nanah dan bisul mengambil masa untuk sembuh bergantung kepada beberapa perkara.
Antaranya, jangka masa untuk bisul sembuh bergantung kepada daya tahan kanak-kanak, jika mereka individu yang sihat, jangkitan itu lebih mudah untuk baik berbanding kanak-kanak yang mempunyai penyakit lain menyebabkan bisul lambat untuk pulih. Bisul orang dewasa juga lebih mudah sembuh berbanding masa yang diambil untuk kanak-kanak dan warga tua, malah pemakanan yang diamalkan pesakit juga salah satu punca jangka masa bisul itu lambat sembuh.
JAGA KEBERSIHAN
Nanah dan bisul juga perlu dirawat dengan sempurna dan betul. Nanah yang telah dikeluarkan harus dibersihkan setiap hari. Dalam pada itu, bagi mengelakkan kanak-kanak mudah dijangkiti bisul, elakkan mereka berhubung dengan individu yang mengalami bisul dan sentiasa menjaga kebersihan mereka.
Bagi mengelakkan kanak-kanak dijangkiti bisul, ibu bapa perlu menjarakkan anak-anak dengan penghidap bisul selain tidak membiarkan mereka berkongsi pakaian, tuala mandi atau bersentuhan secara terus atau menyentuh apa-apa sahaja yang mungkin telah dijangkiti kuman daripada nanah, kerana kuman bisul mudah dijangkiti. Selain itu, ibu bapa perlu ajar anak-anak membasuh tangan dengan kerap dan betul menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali basuhan.
. Tip untuk mengelakkan bisul bertambah teruk :
1. Jika kawasan nanah adalah kecil iaitu kurang dari satu sentimeter atau kurang dari setengah inci, mampatkan kawasan itu selama lebih kurang 30 minit empat kali sehari dengan tuala kecil yang dipanaskan dengan air (demah atau tuam panas).
.
2. Jangan cuba untuk mengalirkan nanah dengan menekan di atasnya kerana boleh menolak bahan yang dijangkiti ke dalam tisu yang lebih dalam.
.
3. Jangan masukkan jarum atau alat tajam yang lain ke dalam pusat bernanah kerana boleh mencederakan salur darah atau menyebabkan jangkitan merebak.
.
4. Bersihkan kawasan bernanah dengan betul untuk mengelakkan jangkitan dengan membasuh, mengeringkan dan menutup bahagian luka dengan pembalut.
.
5. Jika nanah terbuka dengan sendiri, bersihkan nanah dengan baik dalam beberapa hari, jika tidak sembuh, perlu dibawa berjumpa doktor.
.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menggaru bagai hendak tercabut kulit rasanya bila terasa gatal. Ianya suatu keadaan yang memang sesiapa pun tidak akan selesa.
Andai puas dicari ubat namun masih tidak serasi, apa kata mencuba amalan dengan menyapu minyak kunyit yang boleh dihasilkan sendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ilya melalui pengalaman peribadinya menemui penawar masalah kegatalan kulit yang ditanggung sejak kecil lagi.
Jadi bolah anda juga mencuba petua ini. Mana tahu serasi dan membuat ramuan minyak tersebut juga amatlah mudah. Jom semak.
Minyak kunyit! Untuk kulit yang bermasalah.
Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.
Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuh. Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah. Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.
Bahan-bahanya:
Kunyit
Santan
Garam bukit
Cara-caranya:
1. Tumbuk kunyit sampai lumat.
2. Masukkan dalam kuali dan campurkan bersama santan.
3. Dah samakin pekat.Masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masukkan garam bukit.