Kita sering bercakap tentang betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak. Siang malam memerah keringat mencari rezeki, demi menjanjikan hidup yang lebih sempurna untuk anak-anak. Ya, melakukan pengorbanan ini setiap ibu ayah akan lakukan dengan sepenuh hati.

Pun begitu, kita juga sering terdengar kisah-kisah menyentuh bilamana ada anak yang telah besar panjang, berkira-kira untuk menguruskan ibu dan ayah yang telah uzur dikampung. Begitu banyak alasan diberikan, namun tidak bagi Mohamad Adam Nasrudin, yang merupakan anak ke lapan daripadan sembilan adik beradik ini.

Baginya, biarlah tugas itu digalas dibahunya untuk memberikan khidmat buat ibu Puan Haizan Che Mohamed yang tidak mampu lagi mengurus diri dek kerana serangan penyakit angin ahmar.

Semuanya Demi Ibu. Anak Ni Nekad Berhenti Kerja Notis 24 Jam Agar Dapat Urus Ibunya Sepenuh Masa. Terbaiklah!

 

IKLAN

Memetik laporan daripada Harian Metro, anak lelaki ini bila mendapat tahu tahap kesihatan ibunya, terus mengambil keputusan pantas bertindak memberi notis berhenti kerja 24 jam untuk balik ke kampung demi menjaga ibu.

“Adik beradik yang lain sudah berumah tangga dan menetap di luar Kelantan, jadi atas sebab itu saya mengambil tanggungjawab menguruskan emak sepenuh masa.

“Setiap hari, rutin saya bermula dengan menyuap emak makan kerana dia seorang kidal dan tidak dapat menyuap menggunakan tangan kanan.

IKLAN

“Untuk mandi pula, saya perlu mengangkat emak dan meletaknya atas kerusi roda sebelum dimandikan dalam bilik air.” 

Semuanya Demi Ibu. Anak Ni Nekad Berhenti Kerja Notis 24 Jam Agar Dapat Urus Ibunya Sepenuh Masa. Terbaiklah!
 

Anak kelapan daripada sembilan adik beradik ini, secara bergilir-gilir dengan abangnya menguruskan ibu yang terlantar dek kerana lumpuh sebelah badan. Tanggungjawab ini dipikul kerana ayahnya juga telah uzur dan tidak mampu mengurus isterinya.

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro lagi, Ketika ditanya sama ada timbul atau tidak perasaan menyesal kerana melepaskan kerjaya di syarikat tempatnya bekerja sebelum ini, Mohamad Adam berkata, keputusan itu diambil selepas memikirkan semasak-masaknya malah tidak kesal demi membalas jasa ibunya.

“Saya turut berdoa semoga emak akan sembuh suatu hari nanti dan saya mampu kembali bekerja demi masa depan.

“Buat sementara ini, biarlah saya terus berkorban bagi memastikan emak tidak terabai dan sudah semestinya sebagai anak wajib menjalankan tanggungjawab menjaganya,” katanya.

sumber : Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI