Senaman Otot Muka Dengan 7 Teknik Awsome Ini Bantu Atasi Masalah Dagu Berlapis. Jom Cuba!

Share

Ada yang mengaitkan masalah dagu berlapis ini dengan pemakanan. Namun, apa pun ia, yang pasti dagu berlapis ibarat mimpi buruk buat kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Malah, ini adalah masalah yang ingin dielakkan daripada berlaku.

Selain pemakanan, sebenarnya ada faktor lain yang boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini. Antaranya lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, tekanan, kurang rehat dan juga faktor genetik.

Bagi anda yang mempunyai masalah ini, apa kata cuba praktis tip ini.Ia membantu dalam menghilangkan lemak di bawah dagu ini tanpa perlu diet yang ekstrem.

Caranya cukup mudah iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut:


Senaman Otot Muka

Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.

Gaya Mencedok

Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.

Pipi kembung

Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.

Membujur

Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.

Teknik Cium Zirafah

Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.

Genggaman halangan

Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.

Senyum Terpaksa

Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.

IKLAN