Kelahiran cahayamata pastinya mengembirakan setiap pasangan suami isteri. Lebih manis apabila tarikh kelahiran anak adalah sama.
Begitulah bertuahnya buat pelawak dan pengacara, Ajak Shiro menerusi instagramnya hari ini muat naik perkongsian bahawa anaknya mempunyai tarikh kelahiran yang sama. Begitu unik dan jarang-jarang berlaku bagi adik beradik.
Anak pertamanya yang bernama Jad Thaqif dilahirkan pada 25 March 2010 manakala anak keduanya, Had Thaqif pula dilahirkan pada 25 March 2013 dan akhir sekali bernama Nada Soffea dilahirkan pada 25 March 2015.
Selamat hari lahir untuk semua anak-anak Baba…Semoga kamu membesar jadi insan yang berguna dan taat kepada ibu bapa..
25/03/10/13/15
Jad Thaqiff
Had Thaqiff
Nada Soffea
.
*gambar pagi tadi nak gi sekolah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman memberitahu perjalanan rentas negeri termasuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Walau bagaimana pun dibenarkan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
”Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” kata beliau.
PERUTUSAN KHAS | Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah setelah terkandas di kampung. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Kisah lelaki ini pernah tular sebelum ini apabila mengambil keputusan untuk menyerahkan empat daripada enam anak di bawah jagaannya kepada orang lain akibat tidak berkemampuan untuk menjaga mereka.
Di dalam perkongsian tersebut menyatakan arwah menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan tidak mampu bekerja selain perlu membesarkan semua anaknya selepas bercerai dengan isterinya dua tahun lalu.
Disebabkan itu, dia mengambil keputusan menyerahkan empat anaknya kepada rumah kebajikan demi masa depan mereka.
Ingat tak kisah sorang suami sakit dgn anak2 kecik yg kena tinggal isteri tu? Turns out rupanya abang kpd rakan setugas masa program Negeri Sembilan Beriktikaf.
He ones of our hse practitioner team. Pagi ni arwah dikebumikan. Moga Abang Bob ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman. Segala jasa abang bob dan ilmu kepada student student yg Abang Bob bagi, dijadikan ganjaran pahala. Aminn
Terbaru, bapa kepada enam anak ini dilaporkan meninggal dunia selepas pulang dari mengerjakan umrah.
Berkumpullah anak-anak arwah Bro Bob Hse menatap saat terakhir wajah arwah ayahnya. 6 orang semuanya. Paling kecil setahun lebih. Dia menjerit nak ayah bila lihat ayahnya dikafankan. Maklumlah hidupnya dengan ayah nya. Dari kecil tak rasa kasih sayang seorang ibu. Bangun tidur ayah, merengek dekat ayah, merajuk tunggu ayah pujuk.
Semoga arwah abang saya diturunkan rahmat dan pengampunan buatnya. Allah humma aamiin.
Perkongsian ini dimuat naik oleh Mohd Zatullah Kamarudin, adik kepada arwah menerusi laman facebooknya semalam.
Kamarul Sharizam Kamarudin, 40, disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang sebaik tiba di hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu tidak sihat.
Adiknya Mohd Zatullah, 27, berkata dia menjemput arwah yang baru pulang menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 2 petang.
“Ketika itu abang sudah kelihatan tidak sihat lalu saya terus bawanya ke HTJ untuk rawatan. Sebaik tiba di hospital, saya pimpin abang dan meletakkannya di atas kerusi roda.
“Namun, abang tiba-tiba rebah dan pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepadanya sebelum dia disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Zatullah yang juga pengasas Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina, Seremban berkata, arwah abangnya menerima tajaan menunaikan umrah itu dan dia ke Tanah Suci bersama seorang rakan.
“Arwah amat gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya yang berusia dua hingga 11 tahun.
“Saya tidak sangka dia akan ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya yang turut memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang, jam 11 pagi tadi.
Terkini, Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.
“Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu,” katanya.
Jawatankuasa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.
Beliau berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
Wan Junaidi berkata, kajian lanjut itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan.
Beliau berkata, tindakan itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip kekadaran dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.
Kerajaan juga katanya akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman dan pembangunan Garis Panduan Penghukuman.
Turut akan dikaji ialah penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan prinsip keadilan restoratif.
“Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan memastikan hak semua pihak terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian berkenaan yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.
INFO ‘MANDATORI’
Sekadar info, ‘mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah tidak boleh terlepas dari tali gantung. Di mana pada masa itu tiada hukuman lain atau alternatif jika disabit bersalah.
Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter mengenai ‘hukuman mati mandatori’ ini bermaksud pesalah dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman selain hukuman gantung sampai mati.
Misalnya, suspek boleh didakwa hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara sepanjang hayat, mengikut kepada budi bicara pihak mahkamah.
Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati masih kekal ada di Malaysia
TERKINI
Kerajaan bersetuju untuk mansuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
‘Mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh Mahkamah, dia tidak akan terlepas dari tali gantung. Tiada hukuman lain atau alternatif jika bersalah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.