Bagi memperoleh rumah tangga yang bahagia perlu ada usaha, ia takkan datang dengan sendiri. Paling memainkan peranan dalam hal ini sudah tentunya suami yang bertindak sebagai ketua keluarga.

Berikut ini adalah tindakan dan usaha dari pihak semua untuk memastikan rumah tangga yang dilayari aman bahagia. Apa yang didambakan oleh isteri cukup ringkas tak perlu meraih bulan dan bintang untuk dirinya.

1. Suami janganlah terlalu ego dan hanya mahu menegakkan pendapat sendiri dalam menyelesaikan suatu isu atau masalah. Tidak salah mendengar pendapat isteri. Lagipun bertukar pendapat dan pandangan amat digalakkan kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

2. Beri pujian kepada isteri. Jangan lokek memberi pujian kepada isteri kerana ia juga sebangau satu bentuk penghargaan dan dapat menaikkan semangat isteri terutama kala semangatnya hilang dan luntur.

3. Anggaplah pasangan seperti diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri.

IKLAN

4. Ingat tarikh penting. Jangan pernah lupa tarikh istimewa dalam keluarga sepertu hari jadi isteri, anak, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Isteri selalunya bukan mengharapkan sangat hadiah cukup sekadar ucapan tanda anda ingat tentang tarikh istimewa itu.

5. Penuhi hajat isteri. Jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

6. Bantu ringankan tugas isteri. Suami perlu turun padang membantu isteri dalam melakukan kerja rumah dan juga mendidik anak. Jangan letakkan dua tanggungjawab itu sepenuhnya kepada isteri semata-mata. Ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

IKLAN

7. Bawa isteri berehat. Beban kerja isteri hari ini bukan sedikit jadi tiada salahnya jika suami memberikan rehat kepada isteri. Bawa isteri keluar makan supaya dia tidak perlu memasak atau jika punya bajet lebih bawa isteri dan anak-anak bercuti. Setiap isteri pasti akan menghargai saat manis waktu bercuti ini.

8. Ciuman khas untuk isteri. Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahu kah anda ciuman seorang suami di dahi atau kucup di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

IKLAN

9. Fahami emosi isteri. Hati wanita penuh beremosi, apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk. Agar isteri tenang ketika berdepan masalah suami haruslah menjadi pendengar yang setia, membantu dan memberi semangat kala dia memerlukan bukan membiarkan isteri sendirian menanganinya.

sumber gambar: instagram @missfazura

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI