Dadih antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang. Apatah lagi, jika ia disajikan dalam pelbagai perisa, pasti menambat hati anak-anak kan.
Jom ibu-ibu cuba buat, ajak anak-anak untuk bantu sama di dapur. Pasti lebih meriah kan. Admin kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak cara buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat!
Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba ?? Sungguh, sangat-sangat sedap! ? Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! ?
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Dadih Full Cream
Ads
Bahan-bahan
1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara membuat:
••Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. ••Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api. ••Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. ••Siap untuk ditelan!!
Siapa yang tak nak anak kan, lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri. Kata orang hadirnya anak melengkapi kehidupan berumahtangga.
Namun semua itu berlaku dengan izinNya, jika belum rezeki maka kena reda dan sabar menanti.
Bagi pasangan selebriti, Izzue dan isterinya, Awin Nurin sudah mendirikan rumah tangga sejak 7 tahun lalu. Namun belum ada rezeki untuk menumpang cahaya mata.
Berkongsi isi hati menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 baru-baru ini, Izzue dijemput sebagai tetamu berkenaan topik ‘Anak Penentu Bahagia’ bersama penonton.
“Tidak dinafikan seperti yang kita tahu anak ni akan bagi kita kebahagian, keceriaan dalam rumah tangga tapi macam saya dah alami dan kami dah berkahwin hampir 7 tahun masih belum lagi menimang cahaya mata.
“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak.
“Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.
“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan menguris hati kita,” luahnya.
Begitu pun baik Izzue mahupun isteri sentiasa bersikap positif dan berfikir rasional bagi menjawab pertanyaan mengenai isu anak.
“Macam mana kami menangani tekanan ni dari awal lagi saya dan isteri harus positif walaupun macam saya cakap tadi ada pertanyaan yang kita boleh terima ada tidak yang kadang-kadang tu kita rasa kau ni nak tanya ke nak menyakitkan hati aku?
“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres.
“Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdulillah,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 2 Jun 2013.
Pastinya buat ahli keluarga yang ada mengalami masalah kandungan paras gula yang tinggi dalam darah atau juga dikenali dengan penyakit kencing manis, berdepan dengan kesukaran untuk mengawal dan apatah lagi untuk menurunkan bacaan paras gula dalam darah.
Selain perlu mengambil ubat mengikut saranan doktor, perlu juga melakukan beberapa Perkara yang disarankan oleh doktor ini.
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat memberi pencerahan buat kita semua memantau tahap kesihatan ahli keluarga agar kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan senaman
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
3. Meningkatkan pengambilan serat
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
8. Pantau tahap gula dalam darah
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
10. Turunkan berat badan
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
a) Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
b) Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
c) Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila teringin hendak masak sup, bahan utama yang perlu dibeli mestilah rempahnya sama ada di jual dalam bentuk bunjut, serbuk mahu pun pes. Ramuan rempah yang enak akan memberi rasa yang sedap pada hidangan sup yang ingin disajikan. Maka tidak hairanlah, ibu-ibu akan menambah beberapa lagi rempah ratus untuk memberi rasa lebih menyegat pada sajian sup yang ingin dimasak.
Namun, alang-alang terpaksa menambah beberapa ramuan tersebut ada baiknya kita sendiri hasilkan ramuan rempah sup mengikut selera keluaga kita. Lagi pun, bukannya sukar untuk menyediakan rempah sup ini dan menariknya juga cukup menjimatkan dan memudahkan.
Apa tidaknya, sekali buat bahan rempah sudah boleh dijadikan stok berbulan-bulan lamanya.
Nak tahu apa resipinya? Nni dia telah dikongsikan oleh Mas Lieyana, jom semak.
HOMEMADE SOUP PASTE
“Kalau buat sup..saya lebih suka buat rempah sendiri..rasa lebih ummph gitu… Jimat woo…boleh tahan lama …simpan dlm fridge je…biasa buat boleh dpt 2. Bekas nutella…cuma kali ni upgrade sikit jadi bentuk kiub..comel gitu..haaa“- Mas Lieyana
REMPAH SUP HOMEMADE Bahan-bahan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam penapis teh.Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar. Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya masuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.
Masak Sup Cara saya
1. Tumis bawang merah/bawang besar,halia dan bawang putih yg dihiris nipis…kalau tumbuk dgn lesung lagi ummmph…tumis bawang sampai hampir kekeningan masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing..jgn hangus sudah.Time ni paling best…aroma yang tak terkata…
2.Boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yg nk dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup ..dua2 pun best…
3.Pastu masak la sup ikut cara masing2
sumber : Mas Lieyana via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di