Membaca petikan akhbar tentang kisah arwah adik Nur Nazihah yang meninggal akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan cukup menyentuh hati.
Turut disengat pada kejadian tersebut adalah adik kepada arwah iaitu Muhamad Azib, 6 tahun dan kini masih di dalam pemantauan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Bersamalah kita doakan agar segera sembuh, amin.
Dan atas kejadian malang itu, seorang doktor berkongsi info dan langkah-langkah kecemasan yang boleh diambil dengan segera oleh ahli keluarga jika terjadi kejadian seperti itu. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Sedih bila membaca berita adik Nur Nazihah yang terkena lebih 60 sengatan tebuan hingga membawa maut.
“Sedih sangat, tak sangka dia hilang sekelip mata namun saya redha”, kata ibunya.
Takziah buat keluarga arwah. Al fatihah.
Harini saya nak berkongsi ilmu tentang apa patut kalian buat jika anak kalian disengat tebuan.
Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!
Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.
Ads
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.
Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
Tekanan darah turun dengan mendadak
Saluran pernafasan menjadi sempit dan tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas
Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa
Ruam yang gatal dan bengkak di bahagian tertentu seperti muka dan bibir.
Loya dan muntah atau cirit birit
Ads
Pening atau pengsan
Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.
Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.
Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.
#LANGKAHPENCEGAHAN
Elakkan anak bermain dalam hutan
Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang,seluar panjang dan bertopi.
Ads
Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.
Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.
#LANGKAHKECEMASAN
Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
Basuh dengan air dan sabun.
Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.
#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.
sumber : Dr. Ahmad Samhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahun baru azam pun mesti baru kan, apa agaknya azam anda tahun ini. Ada tak yang nak menyimpan lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
Ramai yang mungkin memberi alsan sukar untuk menyimpan, ada sahaja perkara yang membuatkan hasrat tersebut tidak dapat dicapai. Tetapi kalau anda tak menyimpan dari sekarang, sampai bila-bila pun anda tak akan mempunyai duit simpanan.
CARA MENABUNG ORANG BOROS Yaa! Saya laa itu orangnya. Boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula. Haha! Jadi disini Anaa mau share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu? Menyimpan ikut tarikh Hari Bulan 1 hb Rm1 2 hb Rm2 3 hb Rm3 4 hb Rm4 dan begitulah seterusnya sampai la hujung bulan 30 hb Rm30 31 hb Rm31 Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yg penting ikut tarikh Hari Bulan yaa! Jadi kalau genap 12 bulan= setahun, kita akan dapat total Rm5767 Ini cara paling best yg semua orang boleh buat tau! Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ni sebab masa tu pkp dan lepas total ada la juga dapat Rm4310 Sebab Anaa jenis suka barangan dapur, (nota buat bakal suami = dulang hantaran nanti bagi set barang dapur ok. Haha) jadi terbeli laa set set kuali ni haaa! Ibu ibu ja tahu ni berapa harganya Lagi satu alasan anaa, for future nanti lepas berumah tangga senang sikit ada sudah barang dapur sendiri. Boleh pakai cara ni bagi 1. abang kaka yg mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri 2. bujangan yg mahu kawin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran) 3. ibu ibu yg mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya. 4. ayah ayah yg mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain Ini tabung untuk reward diri saja tau! So pakai la untuk apa yg dihajati yg paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik & keluarga. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yg Tuhan bagi walaupun sekecil kecil nilainya.
Total setahun. Tahun ni terpaksa skip March, April & May sebab PKP.
Total Setahun
Ini contoh jadual menabung yaa. Untuk setahun. Jadi boleh tick hari-hari. Ikut hari tu. Berapa hari bulan, ikutlah nilai hari tersebut. Rm1 Rm2 Rm3 Rm4 Rm5 & seterusnya. Contoh januari, tick sampai bawah, lagi best hari-hari buat manatau terlupa sudah masuk tabung atau belum. Jadi better kita main tick2 yaa. Di hujung tu boleh total per month. January berapa total & seterusnya laa. Dibawah sekali nanti hujung tahun baru total semua sekali per month tu.
Dapatlah reward diri dengan set set kuali harga kayangan ni. Sebelum ni dapat cuci mata ja. Alhamdulillah tercapai juga hajat akhirnya
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021 Jom menabung!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penantian seorang ibu dengan segunung harapan agar anak ditemui selamat akhirnya berakhir dengan berita menyedihkan. Sejak semalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas. Namun pencarian berakhir apabila mayat Pitt hanif ditemui sebentar tadi.
Mangsa, Firdaus Haniff, 43, atau lebih dikenali Pitt Hanif yang berasal Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur hilang selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela dilaporkan terbalik kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakannya di lokasi tersebut dibawa arus Sungai Jelai selepas bot fiber dinaiki terbalik, namun rakannya berjaya menyelamatkan diri. Berita kematian Pitt Hanif dikongsikan oleh Fauziah Nawi menerusi laman facebooknya tadi.
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi.
“Saya ingin mengumumkan jenazah anak saya Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan sangat elok. Ini diberitahu oleh adik saya yang berada di lokasi. terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berusaha mencari anak saya.
“Saya minta maaf kerana tidak boleh menjawab telefon. Pihak bomba yang menjumpai anak saya mengatakan jenazah sebegitu walaupun sudah dua hari dalam air. Allahuakbar Pitt,mama minta maaf tak dapat jaga Pitt sepertimana yang mama janjikan kepada arwah babah.
“Anak saya akan dibawa ke hospital Kuala Lipis. Tak tahu di mana dia akan di bawa pulang ke rumah saya atau rumah besan saya. Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun. Alhamdulillah kerana jenazahnya ditemui elok. Terima kasih semua.
Itu antara perkongsian dari Fauziah Nawi. Al-Fatihah buat arwah Pitt Hanif, semoga keluarga tabah dengan dugaan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saat ingin berpindah ke rumah baharu tentu perasaan teruja untuk dihias sempurna dengan perabot mewah dan gah gayanya.
Pun begitu, perlu difahami dalam mencari bahagia bukan disandarkan dengan kemewahan semata-mata. Ini sebagaimana apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor.
Ini perkongsiannya.
Apabila masuk rumah baru, kebanyakan kita merancang untuk beli perabot-perabot yang cantik -cantik dan mahal-mahal.
Masing-masing fikir nak buat konsep apa. Moden ke, klasik ke, ala-ala tradisional ke. Sampai bergaduh laki bini, perabot punya fasal.
Gambar hiasan
Saya pun dulu ada pemikiran begitu juga. Maklumlah baru dapat rumah baru kan. Memang teruja sangat nak hias rumah gila-gila punya.
Tapi selepas tu bila difikir fikirkan balik, perabot-perabot yang mahal lagi cantik yang kita penuhkan rumah kita itu, mampu ke memberi jaminan kebahagian untuk kita?
Gambar hiasan
Ramai orang yang tidak lena tidurnya walaupun tidur diatas tilam empuk dan katil kayu jati import, berbanding yang hanya tidur diatas toto nipis dan berbantalkan bantal kekabu sahaja. Letak saje kepala, sedar-sedar dah subuh.
Ramai orang yang tiada selera makan nya walaupun makan diatas kerusi dan meja makan yang luas dan buatan eksklusif, tiada dijual di Ekea. Makan pulak sorang -sorang aje. Berbanding yang makan hanya beralaskan tikar plastik, tetapi habis satu periuk nasi. Makan pulak satu keluarga.
Ramai orang yang beli pinggan mangkuk berdozen dozen. Macam macam jenis dan warna. Akopal lah Akorok lah. Tetapi hanya jadi bahan tayangan yang tersadai di dalam almari hiasan di sudut ruang tamu. Berbanding yang ada 2, 3 biji pinggan mangkuk tetapi sering digunakannya setiap hari ketika makan bersama keluarga.
Ramai juga orang yang perabot dalam rumahnya penuh satu rumah. Pantang ada ruang kosong. Pasti akan dipenuhkan nya dengan perabot. Kononnya tak nak bagi rumah nampak kosong sangat. Sampaikan anak-anak nak berlari pun terpaksa tekan break emergency, bimbang terhantuk kepala dengan perabot jati. Kalau terhantuk, perabot pecah atau rosak, anak-anak jugak yang kena marah. Silap-silap haribulan kepala anak yang pecah. Berbanding yang hanya ada satu meja tv tanpa kerusi. Anak-anak bebas berlari ke sana ke sini di rumah sendiri melayan kegembiraan life mereka sambil ibu bapa tersenyum melihat keletah anak-anak.
Ramai juga orang sanggup hias bilik tidur warna warni. Dalam bilik penuh dengan perabot mengikut warna tema bilik. Sampaikan ruangan untuk solat dan beribadah dirumah punya lah sempit. Itupun betul-betul depan bilik air. Berbanding orang yang setiap sudut rumahnya boleh digunakan untuk bersolat jamaah bersama ahli keluarga. Ruangannya luas dan dijaganya dengan bersih.
Maka oleh itu, janganlah kita menganggap kebahagiaan itu hanya sekadar bersandarkan kepada rumah yang mewah dan perabot dalam rumah yang cantik semata-mata. Kebahagiaan itu milik Allah. Dia lah yang memberikan kebahagian kepada hamba hambaNya yang Ia kehendaki.
Sebaliknya bersyukurlah kita jika diberikan kelebihan dan kemewahan. Kerana Allah suka akan hamba hambanya yang bersyukur. Baik perabot banyak atau tidak banyak dalam rumah, bersyukurlah. Dan yang sebaik baiknya adalah bersederhanalah dalam setiap perkara.
Paling penting hiasilah rumah kita dengan amalan-amalan yang mampu menjadikan keluarga kita sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.
Biarlah rumah kita kosong tanpa perabot asalkan tidak kosong daripada rahmat Allah.