Tular rakaman video menunjukkan seorang anak kecil sedang duduk di ruang gerai seakan bilik kecil yang diperbuat daripada papan.
Rakaman tersebut dimuatnaik oleh ibunya, Deanna Erlyssa menerusi media tiktok.
“Saya saja share video tu untuk kenangan tapi tak sangka pula boleh viral. Saya nak tunjuk dekat mereka nanti sebab ikut saya dan suami pergi berniaga.
” Rupa-rupanya ramai orang yang kongsi cerita mereka pun dulu ikut mak ayah pergi berniaga sama macam anak saya sekarang.
“Apa-apa pun saya bersyukur dengan semua yang Allah dah aturkan. Dapat anak yang sihat dan baik juga satu anugerah dan nikmat Allah pinjamkan untuk kami sekeluarga,” ujar Deanna lagi.
Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, disebabkan tidak menghantar anaknya Nuramira Dylaina, 3, dan Amir Dylan yang baru berusia enam bulan ke rumah pengasuh, dia terpaksa membawa anak-anaknya pergi berniaga.
“Saya memang bawa dua-dua anak ikut pergi berniaga. Saya pernah cuba hantar di rumah pengasuh supaya lebih selamat tapi dia (Amira) tak nak duduk situ pula. Bila bawa berniaga ni risiko, dia main merata.
“Tapi ada baiknya juga sebab saya boleh pantau pergerakan dia sebab ada depan mata. Lagipun saya berniaga pukul 4 petang sampai 10 malam saja.
Ads
“Saya kesian tengok anak tak bebas bergerak sedangkan memang usia dia ni tengah seronok bermain. Jadi saya sediakan ruang kat bawah meja berniaga tu sebagai ruang bermain,” ujarnya.
Dia yang menetap di Taman Jasmin, Senawang, Negeri Sembilan ini berkata antara tujuannya membuat ruangan kecil khas di bawah meja berniaga tersebut adalah untuk mengelakkan anaknya bermain di sekitar kawasan gerainya yang terletak depan sebuah kedai mainan di Senawang.
Menurut Deanna lagi, dia dan suaminya, Amyzan Syafiqi, 28, sudah lama berniaga laksa tempurung, corndog, jagung susu serta kentang goreng di situ.
Malah, ujar Deanna lagi, ini bukanlah kali pertama mereka membawa anak ke tempat berniaga.
“Saya memang akan bawa dia dan adiknya pergi berniaga. Setiap kali nak pergi tempat berniaga, dia akan pilih siap-siap nak bawa mainan apa untuk main di bawah meja nanti.
“Biasanya dia akan bawa mainan dan pensil warna. Ikut mood dia nak main apa nanti. Dia memang selesa duduk bawah tu sebab suami dah sediakan kipas jadi memang tak panas pun.
Ads
“Dari segi keselamatan saya dah ambil kira juga. Sebelum anak nak keluar, saya akan suruh dia panggil sebab saya akan pantau dulu jadi tak ada masalah pun.
“Ramai yang puji anak saya baik sebab dia siap tolong berniaga. Dari dia kecil lagi kami dah bawa berniaga jadi memang dah terbiasa dengan rutin macam ni.
Siapa sangka rumah biasa-biasa aje seperti rumah felda apabila diubahsuai menjadi lebih cantik dan mewah.
Sebagaimana perkongsian ini, membuktikan jika sebuah rumah felda apabila dihias dengan sempurna mampu menjadi sebuah rumah modern.
Bukan sahaja hiasan dalaman diubah suai dengan kemas tetapi bahagian luar juga dihamparkan dengan rumput tiruan atau lebih dikenali sebagai rumput carpet.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ini. Moga jadi inspirasi untuk tatahias rumah dengan cantik.
Ikuti perkongsian.
Transformer rumah sewa saya. Rumah lantai simen kalau pasang tikar getah asyik kena tukar. Pastu bawahnye berwap dan berbau. Yang koyaknya lagi. Jadi saya guna cat epoxy. Nak pasang mozek tak ada. Budget Rumah ni rumah felda. Rumah kampung jer. Saya sewa dengan harga RM200.
Guna cat epoxy
Untuk cat epoxy ni saya ada sertakan sekali pic jenama yang saya pakai. Ruang tamu rumah saya tu guna 5 liter jer. Harga RM160. Beli di kedai cat ye. Nama pun cat kan. Kt Shopee pun ade. Tapi saya tak sure jenama sy guna ni ade ke x. Utk kdai sy pun sy guna epoxy jugak, tp jenama lain. Tak tahan. X lama pakai dh terkopek. Tp yg utk rumah ni mmg tahan lama. Dh setahun lebih masih elok & cantik. Senang nk kemas rmh. Nk ngemop n nyapu.
Tak de istilah “alaa..rumah sewa je pun. Rumah org. Buat ape nak cantik2. Nti dh cntik owner amik balik” sy ok jer. Lagpun rmh segala yg sy buat utk rmh ni tolak sewa & ade agreement (black & white). Bg sy, saya yang nak duduk selesa dgn keluarga sy. Sbb sy keje dr rumah. Byk masa dkt rumah. Jd sy nak selesa. Kebanyakkn sy pakai semula brg dr rumah lama sy & byk juga brg rumah lama sy, sy jual sblm pindah n guna duit tu utk rmh baru. Sy duduk dh setahun x byr sewa. Sbb tolak dr kos sy renovate rumah ni.
Rumput carpet, cantik!
Untuk rumput carpet tu, tiap bln mesti nk kena mesin n racun. Rumput cepat panjang. Jd sy pasang rumput carpet. Rumput ni boleh psg indoor@ outdoor. Xde masalah kalau berhujan panas. Takat ni xde pulak lagi ayam/kucing popo atas tu..hehe. Pandai dia no popo dia cari tanah jugak.
Dah siap rumput.
Wow! Inilah hasilnya.
Hopefully rumah saya yany saya sewakan juga harap penyewa akan jaga baik-baik macam mana saya jaga rumah orang di Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan.
Demi kasih kepada suami tercinta, seorang isteri ini melakukan pengorbanan untuk menjaganya di hospital. Biarpun sarat dengan kesusahan yang menimpa setelah diberhentikan kerja ekoran kerap tidak datang bertugas, kehidupan wanita ini makin sukar.
Biarpun ketiadaan pendapatan tetap, wanita ini tetap tabah untuk menjaga suami yang menghidap kanser usus. Juga pada masa yang sama perlu risau akan keselamatan anak-anak di rumah.
Lantas, turut membawa anak ke hospital agar kelibat anak-anak ada depan mata. Namun, memikirkan masalah kewangan, wanita ini terpaksa memilih jalan membiarkan anak-anak tidur di lobi hospital sepanjang tempohnya menjaga suami di hospital.
Namun, Allah itu maha penyayang dan kasih kepada hambanya, kesukaran wanita ini, mendapat perhatian seorang warga net yang dikenali sebagai Nis Z. Abidin yang bersimpati dengan kepayahan ibu ini,
Coretan wanita ini telah mengundang simpati dikalangan warganet yang berharap ada yang sudi berkongsi rezeki dengan menghulurkan sumbangan.
Dalam pada itu, terkini melalui laporan, selepas kisahnya tular sehingga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
“Pihak HoSHAS juga ada menawarkan sebuah bilik di Anjung Kasih untuk keselesaan saya dan anak-anak, saya amat terharu.”
Berikut perkongsiannya semalam yang menjadi viral.
Bismillah- Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang Detik 1.30 pg di hospital Temerloh. Tatkala menjaga ayah di sini, terlihat seorang wanita yg dah 4,5 kali masuk ke wad kenanga 8 dlm keadaan termengah2. Tatkala beliau melintas di hadapan, saya ajak duduk rehat sebentar ..ketika berbual-bual kosong, terluncurlah kisah pilu beliau.
Beliau menjaga suami yg disahkan kanser usus & hati di hosp ini..turut dibawa bersama 2 org anak kecil berusia 6 dan 8 tahun..beliau tidak pulang ke rumah semenjak suaminya di tempatkn di sini kerana tiada kenderaan & duit utk ulang alik.
Beliau juga telah diberhentikan kerja sebagai cleaner lantaran lama bercuti menjaga suami..Anak2 kecil tersebut ditinggalkan di lobi ketika beliau naik merawat suami.
Waktu malam, anak2 itu tidur di lobi bersendirian..patutlah si ibu termengah2..rupanya, terkejar2 menjenguk keperluan sang suami & terburu2 turun krn risaukan anak2 kecilnya.
Allahhu, besar ujian mereka..makan minum anak2 pun atas ehsan pelawat2 hospital..Skrg beliau memikirkn kos hospital temerloh yg perlu dilangsaikan kerana suami beliau dijangka akan dibawa ke hosp selayang pd 20/8 ini..saya panjangkan kisah ini di sini jika ada yg sudi membantu beliau.
Dari fb hamba Allah. Sama2 kita bantu saudara islam kita.
No akaun yg lain : Jamaluddin bin Uyub(suami/pesakit) BUMIPUTRA COMMERCE BANK 0714-0138452-52-7 TABUNG HAJI 110401000214741
Sarina binti Endut (isteri) No tel: 01158703005 RHB BANK 1-56044-0009855-7 TABUNG HAJI 110401000262793
TERKINI WANITA INI TELAH MENERIMA BANTUAN PENGINAPAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan ramai ibu bapa risau mengenai sikap anak yang ‘ketagih’ bermain gajet.
Situasi ini mengakibatkan anak alpa dengan pelajaran.
Sikap begini akan mengganggu motivasi anak untuk fokus belajar.
Nak tahu cara untuk pisahkan anak dengan gajet. Ikuti panduan ustazah ini yang merupakan pendidik disebuah sekolah.
Pisahkan anak dari gajet
Mungkin tip ini dapat membantu. Saya kumpulkan disini cara ibu ayah hebat bantu anak mereka agar tidak terikat dengan gajet
1. Anak-anak kena faham tujuan gajet itu diberikan kepada mereka
Gajet adalah untuk PdPR, bukan untuk hiburan. Jika penggunaannya sudah tersasar jauh, anak-anak perlu disedarkan tentang perkara itu. Anak-anak leka dengan gajet sehingga abaikan PdPR, tidur lewat malam kerana bermain game, mengingatkan saya kepada kata-kata seorang ilmuan, manusia akan rosak jika terlalu ta’asub dengan hiburan, melayari Internet tanpa batasan. Gajet ini seperti pisau yang menghiris dan melukai anak-anak kita. Selalulah ibu ayah meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah agar anak-anak kita diberikan kesedaran dan rasa tanggungjawab.
2. Selesai PdPR, bina aktiviti bermanfaat untuk anak-anak. Pisahkan mereka daripada gajet dan perbanyakkan komunikasi, cari point penting untuk dibualkan dan wujudkan kemesraan. Tiada apa yang mampu menarik anak-anak untuk bercakap dengan ibu ayah melainkan mereka mendengar ungkapan yang indah, menyenangkan dan baik dari kita. Kurangkan menghukum, mengarah atau terlalu tegas. Jadi seperti kawan bagi anak-anak remaja, bercakap dari hati ke hati.
3. Berjamaah setiap kali waktu solat. Bila solat sendiri-sendiri, adakah kita yakin anak-anak akan laksanakan. Dalam masa 5 hingga 10 minit biar anak-anak depan mata kita solat berjemaah dan latih mereka untuk menyebut kalimah-kalimah toyyibah, zikir pada Allah dan baca surah-surah lazim.
4. Waktu petang ajak anak-anak keluar untuk bersenam, berjoging, main bola dan sebagainya. Sesekali bawa mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, jeram ataupun sungai. Kehidupan anak-anak hari ini sangat berbeza dengan zaman kita dulu, mereka tidak lagi merasai nikmat zaman Kanak-Kanak yang sangat indah dan menyeronokkan.
5. Selepas selesai solat maghrib berjamaah jadikan membaca Al-Quran sebagai rutin satu keluarga sementara menunggu Isyak. Galakkan anak-anak membaca dan menghafaz ketika ini.
6. Tidur awal, bermula pukul 10 hingga 10.30 malam. Anak-anak yang ketagihan gajet akan berjaga hingga pagi untuk bermain game. Ibu ayah yang saya kasihi.. Anak-anak kita bakal pemimpin masa hadapan, jika zaman remaja mereka dicorakkan dengan habit yang bertentangan dengan fitrah, kemungkinan besar ia memberi kesan negatif kepada anak-anak ini bila mereka dewasa nanti.
Jarakkan anak-anak dari gajet, penuhi hidupnya dengan penuh bermakna.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.