Berita

Seniwati Legenda Malaysia, Datuk Seri Maria Menado Meninggal Dunia

Share

Dunia seni tanah air hari ini diselubungi rasa duka apabila kehilangan seorang figura hebat dalam industri perfileman tanah air, Datuk Seri Maria Menado

, yang meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di sisi ahli keluarga tercinta di sebuah pusat perubatan swasta, meninggalkan legasi yang begitu besar buat dunia seni dan juga mereka yang pernah mengenali dirinya secara dekat.

Menurut menantunya menerusi laporan Astro Awani, Sairul Amar Ayob, Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 April lalu sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor bagi memberi ruang kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Seterusnya, jenazah akan diuruskan di Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dilahirkan sebagai Liesbet Dotulong pada 2 Februari 1932 di Minahasa, Sulawesi Utara, nama Maria Menado cukup sinonim dengan filem Pontianak (1957)

yang melonjakkan popularitinya. Antara filem lain lakonannya seperti Raja Bersiong, Bunga Tanjong dan Tun Fatimah.