“Seorang Lagi Hulubalang Untuk Dedi & Momi.” Timang Anak Kedua, Tasha Manshahar Selamat Bersalin Anak Lelaki!

Share

Penyanyi, Tasha Manshahar  selamat melahirkan cahaya mata keduanya awal pagi tadi di Andorra Women And Children Hospital, Seri Kembangan.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan penyanyi serta bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, Raqib melahirkan rasa bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki itu telah pun dipermudahkan.

“Alhamdulillah, Allahuakbar. Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.

“Terima kasih ALLAH mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi dan momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Raqib menitipkan doa semoga anaknya itu menjadi insan yang berguna buat keluarga dan masyarakat. tasha menerusi instagramnya turut memuat naik berita tersebut bersama sekeping video.

 Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup,  pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.Meninjau  di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Raqib dan Tasha.

muzammilhb Tahniah Habibi.. BarakAllah fil mawhub lak
fitriharisofficial Alhamdulillah .. tahniah @raqibmajid dan @tashamanshahar .. ❤️❤️
anne_ainy Alhamdulillah tahniah @tashamanshahar & @raqibmajid 💚💚💚 muammar dah jadi abg☺️
mahfuzahabdulrahman Alhamdulillah…Tahniah dik.@raqibmajid and @tashamanshahar. Moga jadi anak yg soleh kebanggan dedi & mommy. Moga mommy cpt sihat dan kuat utk jaga 2 hero 😍😍😍
norhaizan_1609 Tahniah @raqibmajid dan @tashamanshahar . Officially sekarang Muammar Rafiqi dah jadi abang Long👍
IKLAN