Stroke tidak berlaku dengan sekelip mata. Proses mendapat serangan stroke bermula antara 10-15 tahun sebelum terjadinya stroke.
Sebagai contoh jika seorang itu mengalami stroke pada usia 55 tahun, proses untuk mendapat serangan stroke bermula ketika berumur 40-45 tahun, apabila pesakit tidak mengawal penyakit metabolik kronik mereka dengan baik.
Contoh penyakit metabolik yang kronik adalah diabetes, hipertensi dan tahap kolestrol. Penyakit ini harus dikawal dengan baik. Jika tidak dalam masa 10-15 tahun, pesakit tersebut boleh mendapat serangan stroke.
Selain itu tabiat merokok dan minum arak haruslah dihentikan. Pastikan cukup rehat dan tidur, dan kawal stress dengan baik.
Satu perangkaan yang dikeluarkan oleh The Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada tahun 2016 menjangkakan setiap empat orang, terdapat seorang rakyat Malaysia akan diserang stroke menjelang tahun 2040 jika tiada langkah pencegahan yang diambil.
Ads
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Monitoring Stroke Burden di Malaysia iaitu satu kajian yang dilakukan pada 2017 menjangkakan seramai 150 dari 100,000 rayat Malaysia akan mengalami serangan stroke dengan purata 92 kes sehari. Dalam jumlah itu 40 peratus berusia bawah 60 tahun.
Pada masa ini, kira-kira 32 kematian sehari akibat serangan stroke. Tujuh dari sepuluh pesakit yang diserang stroke memerlukan bantuan orang lain untuk menguruskan aktiviti seharian mereka.
Apa yang menarik serangan stroke ini boleh dielakkan. Dalam kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition mencadangkan pengamalan Diet Mediterranean.
Terdapat banyak bukti Diet Mediterranean dapat merendahkan risiko serangan stroke dan serangan jantung.
Ads
Minyak Zaitun adalah tunggak kepada diet ini selain dari pengambilan banyak sayur-sayuran dan protein dari laut.
Dalam kajian itu pengambilan 25 gm (dua atau tiga sudu besar) minyak zaitun sangat membantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan mengawal gula dengan lebih baik.
Sama ada kesan secara langsung atau tidak langsung pengamalan minyak zaitun sangat bermanfaat bagi mengelakkan serangan stroke.
Memang setiap pasangan inginkan hubungan suami isteri yang bahagia bagaikan dilamun cinta setiap hari. Biarpun usia perkahwinan sudah lama tetapi aura perkahwinan bagaikan baru semalam bergelar raja sehari. Malah, kasih sayang juga segar bagaikan meraikan bulan madu, sungguhpun sudah mempunyai anak ramai.
Namun, kerana fakta usia perkahwinan yang lama, pasangan sudah lupa akan kemanisan bergelar suami isteri. Isteri yang dulunya manja di sisi suami, tidak lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya. Tanpa sedar rumahtangga jadi pincang menanti apabila tiada aura kemanisan rumahtangga.
Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesian. Ada caranya untuk bahagia. Lelaki ini Khairul Abdullah berkongsi tentang 10 fakta yang isteri nak selepas berumahtangga yang suami kena tahu. Moga jadi panduan bersama untuk kebahagian suami isteri.
1. Rasa dicintai – Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.
2. Kepercayaan – Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.
3. Memahami dan memaafkan – Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.
Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.
4. Berbual – orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya “abang sayang saya?” kau jangan jawab sepatah jer “sayang”. Kau kena jawab gini “Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello.”
Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.
5. Masa berkualiti – Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.
6. Yes mem – Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan “ya” berbanding “tidak”.
Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.
Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.
7. Pendengar yang bagus – isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.
8. Ucapan – Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan “tolong” tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.
9. Berkongsi tanggungjawab – Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.
10. Off day – sesekali isteri nak berehat. “Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak”. Haaa gitu.
Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.
Begitulah.
Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.
Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, ramai yang menarik nafas lega. Apabila golongan berpendapatan rendah mendapat bantuan.
Namun bagi golongan yang berpendapatan sebaliknya tidak tersenarai dengan bantuan kewangan. Namun golongan ini tetap mendapat suntikan wang lebihan apabila penangguhan pinjaman dilanjutkan selama 6 bulan.
Apa pun, kita harus bersyukur dengan plan tindakan ekonomi yang kerajaan adakan buat rakyatnya.
Sebagaimana menerusi perkongsian seorang wanita ini, Aqilah Nor yang menzahirkan bahawa setiap antara kita mempunyai kesusahan yang bebeza-beza. Apa pun bersyukur apa yang dikurniakan.
Lebih menarik, perkongsian wanita ini telah menjadi viral dengan gaya penulisannya penuh kritis. Deep!
Ikuti perkongsiannya.
KISAH KAYA BANDAR
Sebuah banglo di atas bukit,
Dengan kereta Alphard dan sebuah motor Ducati di halaman rumah,
Suami isteri sedang bersembang di ruang tamu,
Sambil ditemani TV bersaiz 60 inci,
Duduk di atas sofa kulit import dari Itali.
Berkata si isteri,
Bang, mencabarnya hidup kita sekarang masa PKP ni.
Duit belanja kita dah berkurang,
Barang dapur dah banyak habis, Job dahlah takde.
Aiskrim Haagen Dazs kesukaan anak-anak dah habis,
Lobster pun dah habis,
Salmon yilek,
Ekspresso awak pun boleh bancuh sekali je lagi,
Pasta pun habis.
Macamana kita nak hidup ni ?
Dahlah tak dapat bantuan. Haissh,
Untung orang dapat bantuan tu,
Takdelah susah macam kita.
Suami kemudian berespons,
Entahlah,
Saya pun buntu.
Apa kita nak makan esok ni.
Duit belanja dapur dah merosot, Ada RM3000 je lagi ni.
KISAH DI KAMPUNG
Di ceruk kampung,
Ada sepasang suami isteri bersama 7 orang anak,
Di dalam sebuah rumah sewa 3 bilik,
Yang kecil sahaja.
Ahli keluarga sedang menikmati nasi bersama telur kicap,
Di atas bentangan suratkhabar,
Hidangan yang sama sudah seminggu,
Semua menjamahnya dengan penuh selera.
Suara suami mencecah kesunyian,
Tadi abang dengar di radio jiran,
Kerajaan nak beri bantuan pada kita yang susah ni.
Bolehlah beli ayam sekor,
Ikan sikit.
Beli apa yang patut je,
Makan apa adanya je.
Tahap kesusahan bagi level orang kaya dan orang miskin itu ternyata berbeza.