Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.
Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.
Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.
Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.
“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.
“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.
“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”
Doktor Kongsi Fakta Mitos Atau Benar, Ubat Gigi Sumber Arang Boleh Putihkan Gigi
Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu. Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya.
Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang? Banyak iklan memaparkan yang kononnya ubat gigi daripada arang mampu menjadikan gigi ‘seputih salju.’ Sejauh mana kebenarannya?
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
APAKAH FUNGSI ARANG?
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
BAHAN MITOS PUTIHKAN GIGI
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
TIP MEMUTIHKAN GIGI CARA YANG BETUL:
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Penjagaan kesihatan tubuh badan amat penting bagi semua individu, apatah lagi semakin meningkat usia semakin berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Pastinya kita tidak mahu tubuh badan yang luarannya nampak sihat namun tiba-tiba rebah dek kerana serangan jantung, strok dan sebagainya.
Berkongsi tentang pengambilan makanan yang sihat, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan dan juga Blogger, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat sangat penting dalam membantu tubuh badan seseorang itu lebih sihat dan sekali gus dapat mengurangkan risiko serangan jantung yang boleh menjadi penyebab kematian mengejut.
Turut dikongsikan juga di instagramnya berkenaan pemakanan sihat yang diamalkan olehnya setelah memasuki umur 40an dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita semua. Ini perkongsiannya.
Sarapan Minyak Zaitun & Air Kopi Stevia
Pagi tadi saya bersarapan. Mulanya memang malas sebab perut pun tak lapar.
Selalunya saya terus melakukan kerja-kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Kecuali saya akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun OLIVIE, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Puasa 15 Jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak yang makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Kurangkan Makan
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam-macam cerita kawan-kawan.
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang stroke, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang sergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi.
Berhati-hati Pilih Makanan
Maka saya memang berhati-hati dengan makanan yang ada terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-sayuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas.
Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Sebab itu saya ambil minyak zaitun OLIVIE dari Olive House sbg minyak sihat saya untuk bertenaga dan mengurangkan rasa cepat lapar. Saya cadangkan satu sudu OLIVIE waktu pagi dan satu sudu waktu malam.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kesihatan menjamin kita dapat menjalani kehidupan dengan gembira. Namun apabila mengabaikannya ia akan menjejaskan kualiti hidup.
Malah jangan anggap masalah kesihatan yang biasa-biasa itu, biasa aje, sedangkan ia boleh menjadi pencetus yang boleh teruk.
Sebagaimana penjelasan oleh Dr Ezairy M. Sallih yang merupakan pakar ENT bahawa, masalah ulser bukan hal yang biasa. Ia perlu diberi perhatian. Jika di berlarutan, perlu dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut. Bimbang ia menjadi pencetua kepada kanser mulut.
Ikuti informasi doktor ini.
JANGAN BIARKAN ULSER MULUT BERLARUTAN
Lelaki ini berusia empat puluh tahun. Tak pernah sekali pun meninggalkan rawatan di hospital. Segala bentuk rawatan sudah dijalaninya.
Daripada pembedahan untuk membuang sel kanser di dalam mulutnya, kemudian pembedahan kedua yang juga melibatkan bahagian leher, sesi rawatan bersama doktor onkologi dan juga rawatan susulan, kesemua rawatan ini dilaluinya dengan sabar dan penuh kesabaran.
Alhamdulillah, hari itu beliau masih lagi sihat. Kalau tidak ada yang bertanya, tidak siapa pun tahu bahawa lelaki ini pernah melalui sebegitu banyak ujian di dalam hidup. Tak semua orang mungkin mampu untuk melalui. Hebat beliau ini.
Pernahkah anda mengalami ulser di dalam mulut yang tidak sembuh-sembuh? Pernah mendengar mengenai kanser mulut?
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :
* Lidah
* Lantai mulut
* Lapisan dalam pipi
* Gusi
* Lelangit
* Bibir bawah
Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan ia berlaku? Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
* Merokok
* Mengunyah tembakau
* Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
* Minum alkohol yang berlebihan
* Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
Justeru pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi mengenalpastinya pada peringkat awal. Pengesanan awal adalah amat penting.
* Anda perlu pastikan bahawa berada di bahawah cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan jari untuk melihat bahagian dalam mulut.
* Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
* Cuba gunakan jari anda sendiri untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor.
Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu menarik perhatian ramai peminat di media social apabila memberi kata-kata ucapan manis sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang,...