Jika kita pernah mengalami diri berada di awangan dan ruang sekeliling berpusing-pusing, itulah yang dikatakan sebagai vertigo.
Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada tanda (simptom) berlaku jika kita mengalami masalah keseimbangan tubuh.
Terdapat dua jenis vertigo, iaitu vertiga disebabkan oleh masalah dalam otak (central vertigo) dan vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak (periphery vertigo).
Vertigo yang disebabkan oleh masalah dalam otak, lebih berbahaya. Antaranya adalah penyakit multiple sclerosis, serangan strok dan tumor dalam otak.
Vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak berpunca dari masalah di bahagian organ yang menjaga keseimbangan tubuh yang berada dalam telinga iaitu vestibular. Ia juga mungkin disebabkan oleh masalah pada saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Tiada ubat yang spesifik untuk mengatasi masalah vertigo. Kebanyakannya hanya mengurangkan keradangan yang berlaku dan mengurangkan rasa pening dan loya.
Ads
1. Ubat antihistamin seperti dimenhydrinate dan diphenydramine. Ia mengurangkan rasa berpusing dan rasa mual mahu muntah. Ia juga boleh menyebabkan mulut menjadi kering dan mengantuk.
2. Ubat steroid methylprednisolone. Pakar ENT tidak dapat menjelaskan punca sebenar masalah vertigo dengan tepat dan mengatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh keradangan pada organ vestibular. Oleh itu steroid diberikan untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan fungsi vestibular.
3. Bagi pesakit Meniere’s (iaitu kombinasi masalah vertigo, bunyi berdesing dan pendengaran terjejas) doktor memberikan beberapa ubat sebagai pencegahan.
Pertama, ubat diuretik seperti kombinasi hydrochlorothiazide dan triamterene.
Kedua, ubat betahistine iaitu sejenis histamin analog.
Ads
Ubat-ubatan ini mengurangkan tekanan cecair yang wujud di bahagian dalam telinga dan perlu diambil secara berterusan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor.
Terdapat juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat sintetik yang boleh menyebabkan vertigo. Antaranya adalah:
1. Antibiotik – kumpulan aminoglikosida, makrolida dan sulfamethoxazole.
2. Anti-sawan – levetiracetam dan phenytoin.
3. Ubat tahan sakit dan steroid – celecoxib, naproxen dan prednisolone.
4. Anti-viral – oseltamivir.
5. Anti-hipertensi dan ubat jantung – nifedipine, frusemide dan glyceryl trinitrate.
Ads
Sekiranya pesakit mengalami vertigo setelah pengambilan ubat-ubatan ini, bertanya semula pada doktor yang merawat bagi mendapatkan ubat sintetik yang lebih sesuai.
Ada juga pesakit yang tidak berkurangan dengan ubat sintetik yang diberikan. Saya mencadangkan pengambilan vitamin D. Vitamin B12 juga didapati membantu pesakit vertigo yang mengalami kekurangan vitamin B12. Ia selalunya terdapat pada suplmen multivitamin dan mineral.
Selain itu vitamin C dan vitamin E adalah vitamin bersifat anti-keradangan yang baik.
Amalan meracun tumbuh-tumbuhan yang ditaman memanglah bertujuan untuk memastikan pokok bebas serangan serangga perosak dan yang penting dapat hidup dengan subur.
Namun mengenangkan bahaya racun kimia jika tidak diurus dengan baik, ada baiknya kita beralih pada racun yang boleh disediakan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Pastinya, racun ini tidak mendatangkan kesan bahaya pada keluarga namun berkesan untuk mengatasi masalah-masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Hal ini telah dikongsikan oleh dua orang yang dikenali sebagai Nur Amirul dan Azman di laman sosial. Kedua-duanya pula menggunakan bahan berbeza dan semoga ini dapat memberi idea dan variasi menjaga pokok-pokok yang ditanam di laman rumah. Jom semak perkongsian mereka.
“Di sini saya akan kongsikan secara ringkas buat racun organik bawang putih lak untuk racun serangga.. Boleh guna utk pokok cili dan lain2 pokok”-Nur Amirul Nur Azmi via KGTTS
Bahan-bahan:
200 gram bawang putih
3 sudu besar ketumbar
500ml minyak
Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan tersebut dengan minyak
2. Masak menggunakkan kaedah double boiling selama 3 – 4 jam dengan api perlahan
3. Selepas itu tapis dan boleh digunakan.
Ini pula perkongsian ilmu daripada Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri yang berkongsi cara untuk penyediaan baja menggunakan daun durian belanda yang dikatakan sesuai untuk menghindarkan maslaah Hama Trips daun cili yang kerinting. Nak tahu lanjut jom semak.
“Ok…siap…kena tunggu 2 hari baru boleh guna….Racun Organic dari daun Durian Belanda…untuk menghindarkan Hama Trips daun cili yang keriting….tak sabar rasanya nak cuba guna….”-Azman
Bahan-bahan :
50 helai daun belanda
2.5 liter air
8 ml serbuk pencuci kain
Cara penyediaan:
Ambil daun durian belanda yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda-dikoyak-koyakkan dan ditumbuk.
Masukkan daun yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi air 2.5 liter.
Kacau rata dan masukan bersma 8ml serbuk sabun basuh.
Kemudian masukan air dalam botol dan tutup.
Biarkan selama 2 hari dan selepas 2 hari tapis ambil airnya sahaja.
Ekstra info :
“Untuk penggunan 1 liter boleh di campurkan dengan 5 liter air biasa , masukan dalam botol spay dan spary pada keseluruhan daun pokok cili, lakukan setiap dua hari. Hasilnya daun cili mula segar. Semburkan seminggu sekali.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Assalamualaikum..mohon sahabat-sahabat semua mendoakan anak sulung saya Muhammad Fawwaz Adli yang kini sedang ditahan di wad Icu Hospital Seremban kerana dihempap peti ais besar kat rumah..tadi dr cakap ada pendarahan kat kepala dan ada tulang-tulang dalam kepala yang patah..semoga dengan doa sahabat-sahabat semua anak saya kembali sembuh seperti biasa..Amin2”
Malang tidak berbau, tentunya sesiapa pun yang terbaca status seperti ini di fb akan tumpang berasa simpati kepada keluarga ini. Apatah lagi, mangsa yang juga merupakan anak sulung keluarga ini masih kecil usianya. Seakan begitu sukar dibayangkan untuk sesiapa pun berdepan dengan situasi ini.
Kisah ini juga mendapat liputan akhbar Sinar Harian dan ini laporan penuh yang dipaparkan.
NILAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka di sini malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.
“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.
“Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak,” katanya.
Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.
Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.
Dan, perkembangan awal pagi tadi yang dikongsikan di akaun fb Mohd Bukhari Zainal Anuar, alhamdulillah menampakkan perkembangan positif.
Ini statusnya:
“Baru lepas tngok fawwaz..doktor dah start tutup ubat tido pukul 10 tadi..tangan dah mula gerak-gerak cuma mata ja belum buka lagi..pkul 2 nanti baru dr akan explain keadaan terkini fawwaZ.”
Didoakan agar adik Fawwaz terus kuat untuk kembali sihat seperti sedia kala. Amin…
Sebelum ini media melaporkan isteri kepada pelakon, Harris Anuar yang juga pelakon, Asha Merican yang kini hamil trimester ketiga, mengidam menghidu bau simen dinding. Kini, datang lagi mengidamnya tetapi lain sedikit iaitu mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula.
Ini memaksa suaminya bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai.
“Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong,” tulisnya di Instagram semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Asha ketika dihubungi berkata, dia gembira apabila suaminya berjaya membeli lato-lato.
“Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini.
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini,” katanya.
Menurut pelakon drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul ini, tiga hari lamanya dia memberitahu Harris berkenaan keinginannya mahu bermain lato-lato.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.
“Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” katanya yang merahsiakan jantina bayinya.
Sementara itu, Asha yang akan tampil dengan drama Pengantin Pasti Jadi mengakui berdebar-debar menanti kelahiran bayi pertama mereka.
“Takut juga sebenarnya. Buat masa ini saya hanya berehat. Insya-Allah habis bersalin dan berpantang saya akan sambung semula berlakon.
“Alhamdulillah suami layan saja permintaan saya. Makan pun dia selalu masakkan untuk saya. Bangun pagi dengar bunyi bising dekat dapur ingatkan apalah dia buat.
“Rupa-rupanya dia masak untuk saya. Dia memang seorang suami yang penyayang dan rajin,” katanya.
Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Sumber : Harian Metro, Instagram Harris Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di