
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula prang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak.
Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan.
Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok , dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Cuci Tangan Sekadar Guna Sabun Biasa, Ok ke?- Dr Ni Bagi Pencerahan!

Membendung penularan wabak covid-19, aspek penjagaan kebersihan sangat-sangat ditekankan.
Terutamanya perlu kerap menggunakan hand sanitizer ataupun mencuci tangan untuk singkirkan kuman.
Pun begitu, adakah mencuci tangan dengan menggunakan sabun biasa sudah memadai?
Hal ini dikongsikan infonya oleh Dr. Ahmad Luqman.
Soalan: Doktor, saya kerap cuci tangan tapi sekadar guna sabun biasa dan air je sekarang ni, okay ke?
Orang duk sebut pasal hand sanitizer tapi saya tengok harganya boleh tahan. Stok pun tak banyak dekat kedai kebelakangan ni.
Jawapan: Basuh tangan pakai sabun dan air pun cukup bagus sebenarnya. Malah ia lebih digalakkan. Hand sanitizer selalunya kita guna waktu tiada air dan sabun.
Jika kalian nak tahu, permukaan membran virus tu terbentuk daripada lapisan lemak dan protein.
Bila sabun jumpa lemak-lemak macam tu, memang seronok teruklah, hancur lebur terus struktur virus tu masa kita cuci tangan guna sabun.
Alah, kan biasanya jika tangan berminyak lepas makan, atau baru selesai buat kerja repair kenderaan ke, kita semua akan cari sabun. Dan ianya efektif benar untuk bersihkan kesan minyak tadi.
Haa, lebih kurang begitulah sabun akan singkirkan kuman dari tangan.
Lagi bagus jika kita gunakan sabun antibakteria.
Produk pembersih tu selalunya dah tersedia dengan bahan antimikrob tambahan seperti benzalkonium klorida, alkohol dan bahan-bahan antibakteria lain.
Mungkin antara hikmah berlaku wabak sekarang ni, kita semua jadi lebih pembersih. Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman yang berselerak dekat tangan, entah-entah boleh jadi kita terus tak ada selera nak makan, apatah lagi nak sentuh-sentuh muka.
Ikutkan kajian daripada Universiy of Colorado, rupa-rupanya secara purata tangan manusia ni mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesis berbeza weh!
Orang lain pun tak pasal-pasal geli nak bersalaman dengan kita kalau nampak kuman dekat tangan ni. Huhu.
Harap-harap makin ramai yang cakna pasal hal ni.
sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari
Alergi Debu Penyebab Anak Susah Bernafas & Badan Naik Bintik-Bintik. Tya Kongsi Cerita Jadikan Panduan!

Ibu mana yang tidak bimbang dengan kesihatan anaknya bila kerap kali mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Disebabkan kerisauan itu juga telah membuatkan Tya Ariffin akhirnya memutuskan untuk membawa anak lelakinya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergi kulit di sebuah pusat perubatan di ibukota baru-baru ini.
Berkongsi info berkenaan keadaan anaknya, Tya memaklumkan anak lelakinya itu kerap mengalami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula berbintik-bintik merah.
“Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selsema. Minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.
“Kerana tak puas lagi, jadi datanglah ke doktor untuk buat ujian alergi,” kongsi Tya di dalam video yang dikongsikan di Instagramnya.
Tambah Tya lagi, “Jadi buat test alergi pada susu ke, cheese ke, kacang ke, coklat, sampai haiwan peliharaan pun ditest, tu yang kenapa belakang Arif ada titik titik,” terangnya.
Hasil daripada ujian yang dilakukan dengan kos sekitar RM700 hingga RM1,000 itu, dapatlah diketahui bahawa Arif sebenarnya alergi pada debu.
“Ingakan sebelum ini sebab tak boleh minum susu, makan kacang atau keju. Buat juga ujian haiwan peliharaan.
“Tapi hasilnya, Arif memang alergi debu,” jelas Tya.
Lantaran itu Tya berpesan kepada semua agar menjaga kebersihan kediaman termasuk menukar sarung bantal, karpet dan langsir.
“Kena selalu lihat kebersihan carpet, bantal, langsir. Selain itu kena tukar 5-7 hari sekali. Bantal setiap hari dijemur atau dicuci. Elakkan tempat berkarpet.
“Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasian Arif selama ini kena menahan makan coklat, keju dan sebagainya. Ternyata debu je,” jelas Tya lagi.
Sumber : Ig @tyaarifinnw
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Buat Main Bila Rasa Kepala Berpusing. Ini Bahayanya. Baca Penjelasan Doktor Ini Supaya Elak Lagi Makin TerukĀ

Anda mungkin mengalami vertigo? “Kepala saya yang berpusing ini dah berhari-hari macam ini, tak berkurang langsung. Macam nak pecah kepala!” Pernahkah anda alami masalah pening kepala, tidak boleh langsung membuka mata, terasa seperti berpusing-pusing dunia ini? Nah, ini info ringkas tentang masalah pesakit vertigo!
Vertigo ialah masalah umum yang dialami oleh kira-kira 40% orang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Ia akan menyebabkan pesakit berasa seolah-olah diri sendiri atau keadaan sekeliling mereka berpusing.
Sesetengah penyakit, jangkitan, trauma kepala dan proses penuaan semulajadi boleh menyebabkan perubahan dalam keseimbangan telinga dalam.
Walaupun gejala ini mungkin hanya berlaku selama beberapa jam atau hari, namun simptom mungkin boleh berlarutan selama bertahun-tahun jika tidak didiagnos dan dirawat!
Masalah ini boleh dibantu dengan kaedah perubatan, pembedahan atau pemulihan vestibular.
Apa simptom-simptom yang akan dialami pesakit?
Anda mungkin akan mengalami gejala seperti ini :
*Loya
*Muntah
*Kepala seperti berpusing
*Tidak boleh langsung membuka mata akibat terlalu pening
*Berpeluh
*Keresahan
*Debaran jantung
Jika berlaku kepada anda, apa perlu anda lakukan? Ikut petua pertolongan cemas ini:
▪️Bertenang, jangan panik.
▪️Cari kedudukan yang selesa untuk duduk sementara menunggu bantuan.
▪️Dapatkan segera bantuan perubatan jika anda diserang vertigo akut bersama muntah, masalah pertuturan dan rasa lemah.
▪️Hendaklah mendapat nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
▪️Jika sedang memandu, berhenti dan letakkan kereta di tempat yang selamat dan minta bantuan.
Penyakit vertigo akan jadi lebih bahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan antaranya:
1.Penyakit vertigo kerap membuat anda menjadi kehilangan keseimbangan. Jika ketidakseimbangan berlangsung lebih dari beberapa hari, atau jika vertigo disertai kelemahan dan tidak adanya koordinasi pada salah satu bahagian tubuh anda, kemungkinan dipercayai menjurus kepada masalah otak yang lain.
2.Membuat anda sukar melakukan aktiviti harian . Penyakit vertigo dapat membuat kehidupan normal anda menjadi sangat sukar. Ini kerana anda sukar untuk berdiri atau pun berjalan.
3.Kehilangan pendengaran. Seseorang yang mengalami vertigo boleh juga mengalami masalah pada pendengarannya. Kerana beberapa penyebab vertigo seperti penyakit Meniere dan Labirinitis berpotensi menyebabkan kehilangan pendengaran.
4.Terjadi gangguan pada gerakan bola mata dan anggota badan
Vertigo dapat menyebabkan anda jatuh kerana kehilangan keseimbangan. Jatuh dari posisi berdiri dapat menyebabkan cedera, termasuk patah tulang pinggul.
5.Meningkatkan risiko kemalangan semasa memandu kenderaan
Apabila anda menderita vertigo dan masih memandu kenderaan, berhati-hatilah, kerana risiko mengalami kemalangan yang boleh membahayakan nyawa anda dan ahli keluarga.
Akhir kata, jika masalah yang anda sedang alami tidak berkurang, hentikan rawatan di rumah, jumpalah kami di hospital.
Bila sihat, syukur. Bila sakit, jumpa doktor.
Sumber: FB Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak.