Walau kali ini bukanlah kandungan pertama, tentunya mengandung di bulan puasa suatu pengalaman yang berbeza.
Untuk lebih memberi kefahaman, doktor ini memberi info bermanfaat.
“Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya.
“Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
“Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor.
Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan rukhsah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak perlu berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah menggantikan (Qada’) puasanya kelak.
Rata-rata alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan berpuasa . Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada teman untuk berpuasa sama. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.
Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.
Mereka menangguhkan masa untuk berbuka “Tunggulah setengah jam lagi.” Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.
Ads
Hal yang demikian sepatutnya tidak berlaku kerana ibu perlu mengambil kira keadaan bayi ketika ini, apabila gejala-gejala kekurangan gula berlaku, akan menimbulkan mudarat pada bayi anda.
Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan janin sendiri.
Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya. Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.
Di sini ingin saya berkongsi tips-tips mudah bagi ibu-ibu hamil mengekalkan kesihatan unggul semasa hamil dan berpuasa.
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur.
Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Ads
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka.
Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
-susu atau yogurt rendah lemak;
-sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
-protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang;
-karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
dan, banyak sayur-sayuran.
-Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion)
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari
Ads
1. bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
2.Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
-Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh.
-Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi
Kepada ibu mengandung yang difikirkan sihat dan boleh berpuasa oleh doktor, selamat berpuasa. Yang tak boleh tu, atau dalam erti kata lain berpuasa boleh memudaratkan, jgn degil gak tuk berpuasa.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mempunyai kediaman yang mengunakan pintu grill tentu pernah mempunyai masalah serangga masuk dalam rumah. Malah kadang kala, kucing pun boleh masuk.
Memang rasa tak selamat jika dibiarkan pintu grill terbuka begitu aje tanpa ada sesiapa di ruang tamu. Bosan juga pintu asyik tertutup je, rasa macam duduk dalam ‘gua’ aje, udara pun tak masuk.
Menarik dengan perkongsian daripada Encik Omar menerusi grup Tukang Apa Hari Ini, dia menunjukan cara untuk memasang jaring pada pintu grill.
Nak tahu caranya jom lihat perkongsian beliau.
Projek pasang nets. Dah pasang nets tak risau serangga atau haiwan masuk masa buka slider habis..musim panas ni buka je slider luas² dapat dapat sejukan rumah.
Dapat kurangkan penggunaan aircond, jimat elektrik. Privacy juga masih terjaga sebab dari luar tak berapa nampak dalam rumah.
Nak pasang jenis magnet strip kos agak mahal, so guna cara ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Bahan yang di gunakan 1.Jaring 2.Elektrik PVC cover petak paling kecil 3.Screw 4.Sedikit gam dunlop
Cara pasang jaring
Guna drill untuk memasang net pada pintu slider .
Grill tengah tak pasang cover atas pvc sebab gap antara grill ngam-ngap untuk pvc bahagian bawah sahaja. Nampak screw tapi bahagian tu agak terlindung tak nampak sangat
Bahagian mangga ni buat frame, lepastu potong nets ngam² frame dalam..nanti boleh buka dan tutup.
Dari luar rumah, tak nampak dalam. Masih dapat jaga privacy.
Bahagian bawah adalah bahagian bergerak so attach dengan pvc case juga sebagai pemberat dan akan rapat ke lantai..gam nets dan pvc..bahagian hujung pvc yg bertemu buat runcing sebab masa buka grill nanti dia akan bertindih 1 sama lain.
Bahagian hujung pvc buat runcing
Bahagian stopper grill ni kena pasang nets dari luar
Bahagian atas, nets masukan dalam rail
Grill kat dapur buat juga…boleh buka je pintu belakang selalu untuk pengudaraan yang lebih baik..sejukan dapur
Sebut sahaja Nasi kerabu, pasti terbayang warnanya yang biru dan menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian .
Walaupun ada nasi kerabu berwarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna.
Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).
Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan
Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang. Ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit..
Antara khasiat bunga telang:
#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.
#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
#6 – Anti-penuaan
#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah.
Ia biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak kita alami masalah terlupa di mana letak telefon, atau tercicir daripada poket atau beg anda. Atau ada yang pernah kehilangan telefon , pasti situasi ini membuatkan anda stres kan.
Apa tidaknya, banyak benda yang disimpan di dalam telefon berkenaan. Nak ganti semula pun menyebabkan terpaksa keluar modal, belum bab nak mengupdate semua kenalan dan nota di dalam telefon baru. Memang leceh kan.
Bagi anda yang mengalami masalah telefon hilang dan sebagainya, jangan panik. Anda boleh cuba dapatkan kembali baik telefon android mahupun iPhone. Sebenarnya ada satu fungsi pada setiap telefon untuk tujuan memudahkan untuk mengesan telefon yang hilang.
Ini cara-caranya.
Ain hilang handphone di tandas R&R Gurun.
Kebetulan abang bawa laptop. Terus abang log in gmail account Ain. Lepas tu “track my device” guna acc google.
Choose accEnter google passwordScroll downGet startedChoose ur deviceVeeify password
Lepastu pilih “ring my phone”. Walaupun phone kita dah SILENT tapi tetap google boleh deringkan ia kuat-kuat selama 5 minit. So masa tengah handphone berdering tu, abang tekan “locate my phone”. Location menunjukkan phone ain masih lagi di R&R Gurun.
Ring or locateErase device tu last option andai kata x dapat phone. Kiranya cam format balik la.
Abang terus berlari meredah hujan mencari di location tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang. Ain pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan hasil. Ain bukan sayang phone ni tapi ain sayang semua gambar, data and files dalam ni. Handphone Ain ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja mary jardin Ain selesaikan dengan smartphone ni. Masa ni la marah kat diri sendiri kenapa tak buat back up ke google acc semua benda dalam phone tu. Dalam keadaan cemas, bingung, sedih, Adam pulak nangis sekuat hati. Ain masa tu tengah pegang laptop tengok kalau-kalau location berubah. Orang bawa lari ke apa ke an. Cepat2 Ain tenangkan diri sebab kalau serabut tak membawa faedah pun. Bila Ain dah tenang. Automatik Adam pun Ain boleh tenangkan dengan jayanya. Selesai tidurkan Adam, Ain nampak kelibat Abang yang pulang dengan hampa. Kemudian kitorang nampak location phone beralih ke ramly burger. Kami terus gerak dan park di depan ramly burger. Abang type mesej “please call 017******* dan mesej dihantar melalui google acc tersebut. Mesej ni memang akan terpapar di muka depan screen. Last resort, ain memang nak “consider erasing your device” dah. Tapi ain sabar je dulu sebab button ni memang pilihan terakhir. Kalau tekan yang tu memang tak dapat recover balik semuanya. Saat ain hampir berputus asa, tetiba satu panggilan masuk ke phone abang. Mungkin dia baca mesej yang dihantar. Alhamdulillah. Orang yang ambil phone tu memang bercadang mahu pulangkan semula. Katanya tengah solat tadi. Dan kami jumpa di depan ramly burger. Sungguh Allah mendengar doa hambanya yang meminta dengan bersungguh ketika turunnya hujan rahmat. Kejadian ini membuatkan Ain insaf, kalau waktu macam ni Allah dengar permintaan kita, apalagi kalau kita meminta dengan bersungguh di waktu tahajjud. Melalui post ini, Ain cuma mahu sampaikan cara untuk mencari phone yang hilang sekiranya tiada apps. Atau mungkin anda semua boleh download sahaja apps sebelum kes macam ni terjadi. Wallahualam. #ainwrites
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.