Jika anda jenis yang suka makan tetapi tidak mahu berat badan naik, mungkin petua ini boleh boleh. Bukan itu sahaja, makanan ini juga boleh menjadi suplemen harian untuk cantik, jelita, dan kurus.
Tak percaya, jom cuba dulu petua daripada Zamira Mohammad Ali menerusi laman Facebooknya.
Siat-siatkan kurma menjadi keping kecil- kecil. Masukkan dalam air. Rendam sekali dengan biji kurma tu.
Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10 gram.
Kacau bagi rata chia seed tu. Supaya tidak bergentel. Boleh juga gunakan tupperware dan goncangkan supaya bahan di dalamnya sebati. Kemudian, simpan dalam peti sejuk
Sebelum minum, buang biji kurma terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun wajah Dato’ Fizz Fairuz nampak serius, menggambarkan dia seorang ayah yang tegas. Namun tanggapan tersebut salah sama sekali.
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan keluarganya di Instagram, pasti tahu perwatakan suami kesayangan Datin Almy Nadia ini sebenarnya seorang yang sangat kelakar. Ada sahaja video mahupun gambar bersama anak-anak yang membuatkan ramai terhibur.
Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik Almy Nadia baru-baru ini memaparkan gelagat Fizz Fairuz yang mahu menyakat anak-anaknya. Dalam video itu, Fizz telah mengenakan topeng superhero ‘batman’.
Pada pertengahan video, Fizz telah pergi memadamkan lampu, lalu datang anak-anaknya yang berkeadaan terkejut melihat bapa mereka. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lucu Fizz Fairuz.
Menu yang paling ringkas dan menambah selera adalah sambal bilis garing. Lauk ni memang wajib ada di rumah.
Jika datang mood malas nak masak, sambal ini adalah penyelamat untuk digunakan ketika itu.
Malah waktu bulan ramadan makanan ini memang laku ‘keras’ yang sering mendapat tempahan ramai.
Bagi yang belum tahu cara membuatnya, apa kata cuba resipi ini. Ia perkongsian seorang peniaga, Masfaliza Ab Jaafer yang menjual makanan ini.
Jom lihat cara-caranya.
Lagi 60 hari nak menjelang bulan Ramadhan. Dh blh bersiap sedia dgn lauk2 yg simple utk bersahur. Semua brg naik, jom kita buat sendiri lebih jimat dan gerenti sedap dr air tangan sendiri. CikAyu halalkan resepi ini utk semua, & semoga dpt dimanfaatkan pd ibu2 dan rakan2 yg lain juga. Sambal bilis garing by CikAyu
Bahan dan cara membuatnya rujuk gambar.
Goreng bilis sehingga garing dan sejukkan
Bawang putih garing
Bawang goreng
Buang biji cili, cuci dan toskan. Jemur cili sehingga kering dan rapuh. Cili yg kering akan menghasilkan sambal yg cantik.
Goreng cili seketika hingga cili menjadi garing dengan sedikit minyak. Api perlahan.
Masukkan cili kedlm food processor dgn sediikit gula halus
Hasilnya selepas dikisar
Panaskan minyak. Letakkan 2 kiub ikan bilis dan masak hingga berbuih. Tutup api dahulu.
Masukkan cili kisar tdi kedlm kuali. Bukakan api yg sederhana kecil sambil balik2kan sambal. Jgn tinggal dikhuatiri hangus nti. Klu sambal terlalu kering blh tambah sedikit minyak.
Rupanya ini rahsianya, guna serbuk ni nak rasa lemak-lemak.
Letakkan sedikit serbuk hilal. Semua masakan CikAyu lebih suka gunakan hilal kerana kurang masin. Dh mcm duta hilal pulak. Hilal ni berasa lemak2 sikit sedap sgt. Google ye apa itu hilal . Pasaraya atau kedai2 tertentu je jual. Cuba tgk dekat shoppee
Nampak tak sambal dah cantik basah2 sedikit. Jgn terlalu berminyak atau terlalu kering nanti tk cantik sambal bilis kita. Sejukkan dahulu sblm digaul dgn ikan bilis.
Gaulkan sambal dgn ikan bilis terlebih dahulu. Bila dah agak2 rata bru masukkan bawang putih dan bawang goreng.
Memikirkan apa lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga sepanjang PKP ini, jadi apa kata anda buat makan-makan dengan menu istimewa untuk anak beranak.
Maklumlah sudah lama rasanya kita seisi keluarga tidak dapat makan dalam suasana gembira di restoran. Pun begitu, anda boleh cipta pengalaman makan shell out di rumah sendiri yang pastinya lebih menyeronokkan dan puas hati.
Menyediakan shell out seafood juga tidaklah renyah kerjanya. Cukup mudah dan ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Mas Aura di group Masak Apa Hari Ini. Perkongsian resipi daripadanya mendapat perhatian warganet dan ramai teringin untuk membuatnya sendiri dan merasai pengalaman ber’shell out’ di rumah.
“Malam tadi suami request nak makan shell out, memandang kan tak boleh makan kat kedai kita buat lah sendiri.. Puas hati buat sendiri mudah je.. Saya share resepi dan cara-cara di gambar yee. Selamat mencuba..”
RESEPI SHELL OUT SEAFOOD
BAHAN BLEND :
Cili kering yang telah direbus
Bawang merah
Bawang putih
BAHAN UTAMA :
Seafood (ikut suka)
Brokoli, carrot, jagung
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kari
Kiub pati ayam
Halia (Hiris)
Serai (Titik)
Daun limau
Gula melaka
Cara masak:
Langkah 1 : Didihkan air, kemudian rebus semua sayur seperti carrot, jagung dan brokoli.
Langkah 2 : Masukkan garam dan rebus sehingga brokoli dan carrot lembut sedikit dan masih rangup. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3 : Kemudian rebus pula bahan-bahan seafood. Rebus hingga masak, tapis airnya dan ketepikan. Pastikan air rebusan tidak dibuang, ambil sedikit untuk buat stok sos.
Langkah 4 : Seterusnya buat sos shell out pula. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semangkuk cili yang dikisar tadi. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris, serai yang telah diketuk, seketul gula melaka dan 2 kiub pati ayam sambil dikacau-kacau. Sdan kemudian masukkan daun limau purut.
Langkah 5 : Setelah itu masukkan serbuk kari ikan 3 sudu. Kacau sebati kemudian masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan sedikit air rebusan seafood tadi. Perasakan juga dengan gula dan garam. Tumis sehingga pecah minyak.
Langkah 6 : Akhir sekali masukkan semua seafood yang telah direbus tadi dan gaul sebati dan siap.
Selepas itu bolehlah dihias bersama jagung, brokoli, carrot yang direbus tadi. Boleh juga potong lemon jika suka. Dan bolehlah dinikmati.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.