Pelakon popular, Nabila Huda berkongsikan sebuah video Outfit Of The Day (OOTD) bersama anaknya Keisha Laila di akaun media sosial miliknya.
Menerusi video itu, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang sudah pun berusia 38 tahun itu dilihat seperti adik – beradik apabila bergambar dengan anaknya, Keisha.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga terkejut akan tumbesaran Keisha yang semakin cantik yang seiring dengan usianya yang sedang meningkat remaja. Keisha membesar menjadi seorang remaja yang cantik seperti ibunya.
Rata – rata netizen meninggalkan komen memuji akan kecantikan mereka berdua dan ada juga yang terkejut dengan pembesaran Keisha.
Ads
Untuk rekod, Keisha merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nabila dengan Zaidi Zailani. Nabila kini hidup bahagia dengam suami barunya iaitu Mohd Izwan.
Begitulah situasi yang dialami oleh seorang doktor, Dr Samhan di twitter apabila mendapati seorang nurse telah diherdik oleh waris pesakit disebuah hospital.
Sikap kurang ajar waris berkenaan melambangkan tiada empati dalam dirinya.
Dengan tidak rasa bersalah mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Moga perkongsiannya ini agar kita muhasabah diri untuk lebih beradab dalam apa jua situasi.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Wei b****! Angkat betul-betul lah!”
Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak kurang sopan dengan Nurse. Minta itu, minta ini, ada sajalah yang tak kena dimata dia.
“Encik, saya Dr Samhan. Doktor yang incharge ayah encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?”
“B*** betul! Sedar sikit pass diploma je, bukan ada ijazah pun. Buatlah kerja betul-betul!” (sambil menunding jari pada Staff Nurse.)
DOKTOR TEGUR SIKAP WARIS PESAKIT
Nurse itu diam membisu sepatah tak berbunyi.
Aku dah tak boleh tahan. “Jangan kurang ajar boleh tak? Ingat Nurse ini hamba ke? Encik keluar!”
Aku pun ada tahap sabar juga. Pantang betul kalau kita dah cakap baik-baik tapi masih nak berlagak tunjuk belang.
Aku tak kisah pun kau siapa. Aku tak kisah kalau kau nak saman. Aku tak kisah nak menjawab dengan orang atasan. Yang aku tahu, kau tak berhak langsung nak menghina.
Aku cukup hormat dengan Nurse. Tahu tak yang tak semua orang boleh bertahan dengan kerja ni?
Mereka ini kalau setakat demam biasa dan lenguh-lenguh badan, selagi larat takkan sesekali ponteng kerja.
Mereka ini walaupun berjauhan dengan anak dah berbulan, rasa rindu yang teramat tapi tak pernah sekalipun cincai dalam kerja.
Mereka ini ada yang dah bertahun minta tukar tempat kerja untuk dekat dengan keluarga, walaupun tak pernah dapat tetaplah menunggu dengan sabar.
Mereka ini walaupun baru lepas bertengkar dengan suami, simpan muka sedih. Tetap datang kerja macam biasa dan ukirkan senyuman manis.
Mereka ni anak sendiri sakit demam pun tak terjaga kerana sibuk menjaga pesakit lain yang bukan pun keluarga sendiri.
Mereka ini yang selalu diherdik dihina oleh pesakit dan waris, tetap ikhlas buat kerja tanpa banyak bicara.
Mereka ini setakat wad pecah tunggang langgang, mereka pandang sebelah mata. Cukup cekap dan sangat cemerlang pula dalam menjaga masa.
Mereka ini kalau setakat nak mandikan pesakit, tukarkan pampers, basuhkan najis semua tu dah jadi perkara biasa. Tau-tau pesakit dah bersih, kemas dan ceria.
Mereka ini kerja tak kira masa. Cuti sekolah belum tentu cuti apatah lagi cuti raya.
Aku cukup kenal mereka. Mereka sememangnya manusia yang luarbiasa. Suka menolong dan membantu tanpa dipinta. Tanpa mereka satu hospital akan lumpuh.
Sebab itu korang patut hormat mereka. Jangan sesekali bersikap kasar apalagi mengherdik.
Kita rasa best bila orang hormat pada kita tapi sebelum itu, belajarlah dulu hormat dan menghargai pada orang lain. Kita akan pasti lebih dihormati dan dihargai.
Gambar ini aku ambil bila lihat Nurse ini sekejap-kejap muntah. Mengandung rupanya.
Dengan muka yang pucat dan keletihan tapi tetap bekerja dengan senyum manis didepan pesakit.
Isu merancang memang popular buat suami isteri terutama apabila anak berderet. Ada yang tak kisah, tapi ada juga yang kisah atas faktor usia dan kewangan. Memang setiap rezeki ada buat setiap anak, namun kadang perlu juga merancang. Siapa yang tak nak anak kan, tetapi jika usia nak masuk 50 tahun, anak-anak lain dah besar panjang, tetiba ada baby baru! Mahu nangis tau!
Yang paling tak best, isteri yang kena merancang, makan pil tu, suntik ini dan pasang sesuatu kat lengan dan pelbagai lagi demi untuk mengelak ‘termengandung’. Paling sedih, ada isteri mengalami kesan penambahan berat badan yang mendadak dan putaran haid yang tidak konsisten.
Sehinggakan ada yang bertanya, ada tak pil merancang buat suami! Bagi yang nak tahu jawapannya, ha baca sampai habis penjelasan yang telah dipaparkan di laman facebook Doktor Sakinah Sulong ni. Memang mengejutkan!
BILA LELAKI MERANCANG
“Bang, dah makan pil hari ni?”
Betapa ramai perempuan suka tanya saya, “Dr, takde ke cara supaya lelaki pula yang merancang? Asyik-asyik perempuan je kena merancang”
Sebenarnya kaedah perancang untuk lelaki memang ada dikaji. Ada dalam bentuk pil, ada dalam bentuk suntikan. Kebanyakannya yang berfungsi untuk merencatkan penghasilan sperma dengan menggunakan hormon testosterone. Namun kajian demi kajian dilakukan mendapati pemberian hormon testosterone ini tidak memberi hasil yang baik. Keberkesanannya lebih kurang sama dengan penggunaan kondom. Dan side-effect nya seperti pertambahan berat badan dan mood swing adalah antara perkara yang membantutkan ubat ini dikeluarkan. (Nasib baiklah, kan kita jugak yang susah kalau kaum lelaki mai mood swings kan?)
Mereka pengkaji pun kaji la herba pulak. Gossypol ni dikatakan digunakan di benua Asia untuk merancang. Ia adalah bahan aktif dalam tumbuhan kapas yang dikatakan mampu merencat penghasilan sperma pada lelaki apabila dimakan. Menurut kajian, ia memang berkesan. Tapi, Masalahnya dalam sesetengah lelaki, ia mampu menyebabkan lelaki tersebut mandul. Terus hilang kesuburan untuk selama-lamanya.
Inilah risiko yang tak mampu diambil oleh penyelidik untuk menghabiskan produk perancang keluarga dari tumbuhan herba ini. Mau tak naya, lelaki ambik gossypol untuk menjarakkan kandungan si isteri, terus mandul jadinya.
Untuk masa sekarang, kajian terus dilakukan oleh penyelidik untuk menghasilkan produk perancang keluarga khas untuk lelaki. Tapi kerisauan mereka ialah, Ramai ke lelaki yang nak guna nanti? (Sebab yang mengandung bukannya mereka kan?)
Setiap anak memang mempunyai tahap pencapaian atau tahap perkembangan yang berbeza antara satu sama lain. Bukan hanya orang biasa, anak selebriti juga ada yang menghadapi masalah yang sama. Baru-baru ini, Wawa Zainal menerusi laman instagramnya meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan anak sulungnya yang masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun.
Siapa tak risau kan kalau mempunyai anak ada masalah bercakap. Untuk mengetahui ciri-ciri anak tergolong normal atau anak yang lambat dalam bercakap boleh dikesan dengan melihat tanda aras kemampuan berbicara anak sesuai usianya secara beransur-ansur di bawah ini.
Usia 3 bulan
Pada usia sembilan puluh hari, bayi mula mengeluarkan suara-suara dari mulutnya. Tidak ada makna dari apa yang diucapkan olehnya. Ucapan-ucapan yang dikeluarkan ini boleh dikenal dengan sebutan “bahasa bayi”. Bayi di usia 3 bulan juga sudah mula mengenali dan mendengar suara Anda sebagai orang tua serta memperhatikan wajah Anda saat saat berbicara kepadanya.
Usia 6 bulan
Bayi pada usia ke-6 bulan sudah boleh mengeluarkan kata-kata yang terdengar lebih jelas, tetapi tidak mempunyai erti. Beberapa ucapan yang keluar semisal “ba-ba”, “pa-pa”, “ma-ma”, atau “da-da” akan sering kita dengar. Pada akhir usia enam bulan, anak sudah mampu bersuara untuk menunjukkan perasaannya ketika itu senang atau sedih, mata memandang ke arah yang menimbulkan suara, dan dia sudah boleh menoleh ke arah Anda.
Usia 9 bulan
Apabila usia mencapai sembilan bulan, bayi akan kenal dengan maksud kata “tidak” atau “ya”. Dia juga akan lebih banyak menggunakan nada suara.
Usia 12 bulan
Umumnya, anak sudah boleh bercakap “mama” atau “papa” dengan jelas dan mengikuti kata-kata yang Anda ucapkan. Apabila usia anak sudah satu tahun, dia sudah boleh mengenali ucapan berupa perintah seperti, “Jom, sini” atau “Lempar bola tersebut”. Anak juga boleh mengenali beberapa benda seperti boneka, buku, kasut, atau botol susu.
Usia 18 bulan
Kemampuan anak dalam mengulang kata-kata yang Anda ucapkan kepadanya sudah sangat baik. Dia juga akan bercakap sambil menunjuk ke sebuah benda atau bahagian tubuh yang Anda ucapkan. Di usia lapan belas bulan, anak sudah boleh mengucapkan kira-kira 10 kata dasar. Tapi ada beberapa kata yang tidak mampu diucapkan secara sempurna.
Usia 24 bulan
Dia sudah boleh berkomunikasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya 50 patah kata yang telah mampu diucapkan. Anda sudah boleh memulakan tahap rangsangan perkembangan otak supaya kemampuan anak dalam bercakap semakin bertambah.
Usia 3 – 5 tahun
Pada usia lebih dari 36 bulan, perbendaharaan kata yang dihafal oleh anak akan bertambah banyak dengan cepat. Sebahagian anak-anak dapat mengingat kata baru dengan cepat. Mereka juga sudah boleh memahami arahan dari Anda meski banyak banyak kata, seperti, “Kemari, minum susu dulu”.
Berlanjutan sehingga usia empat hingga lima tahun, dia akan mengeluarkan perkataan lebih panjang dan boleh menggambarkan sebuah kejadian. Semakin lama dia menjadi boleh bercakp-cakap dengan orang lain dengan pemahaman yang cukup baik.
Perkembangan kemampuan bercakap setiap anak memang berbeza. Maka peranan orang tua sangat diperlukan untuk menyokong perkembangan ini. Petua agar anak cepat bercakap berikut boleh Anda amalkan untuk merangsang keupayaan berkomunikasi anak.
Dengar setiap kali akan mengeluarkan perkataan-perkataan. Meski tidak jelas sebutannya, Anda boleh mengulangi perkataan yang diucapkan anak. Tanyakan juga pada dia apa makna perkataan tersebut dengan wajah ceria dan penuh senyum. Tips supaya anak mudah bercakap ini perlu dilaksanakan dengan kesabaran.
Bercakap Sambil Bergerak
Ajak anak Anda belajar bercakap dengan cara menyeronokkan dan tidak membosankan. Anda boleh bercerita kepada anak dengan aktif bergerak dan wajah yang ekspresif. Kegiatan ini semakin lama akan meningkatkan pemahaman otak anak tentang ucapan dan ungkapan yang saling berkaitan.
Mengenalkan Objek Dengan Naratif
Agar otak anak dapat berkembang dengan cepat, juga termasuk keupayaan berkomunikasinya. Maka petua agar anak cepat bercakap yang boleh Anda lakukan adalah dengan mengenalkan suatu objek dengan naratif. Ini tidak sukar dilakukan.
Seperti contoh, Anda ucapkan: “(sebut nama anak) suka bermain bola sama mama”. Pastikan ketika mengucapkan kata “bola”, tangan Anda dengan jelas menunjuk atau memegang bola sambil menunjukkannya di depan anak. Ini akan membuat anak semakin kenal dengan banyak benda hingga keinginannya mengenal benda lain pun bertambah.
Kembali ke Masa Kecil
Anda harus boleh dicorakkan seperti anak-anak kecil pada umumnya. Ajak anak bermain, berpura-pura, atau membayangkan sesuatu (benda atau kejadian) untuk mengembangkan kemampuan bicaranya. Misalnya Anda boleh berpura-pura melakukan panggilan dengan telefon mainan.
Puji Perkembangan dan Jangan Remehkan Kebolehan Anak
Jangan lupa untuk selalu berikan pujian dan senyuman pada anak. Setiap kali dia berjaya mengeluarkan perbendaharaan kata baru atau mengikuti perkataan yang Anda ucapkan dengan baik, peluk dan kucup dia dengan hangat. Jangan pernah memandang rendah kebolehan anak.
Kurangkan Penggunaan Teknologi
Petua agar anak cepat bercakap ini lebih tepat untuk Anda sebagai orang tua. Teknologi harus dihadkan penggunaannya agar Anda lebih banyak masa untuk menyokong keupayaan bercakap anak. Jangan sampai Anda asyik duk senyum sorang-sorang di depan gadget, sedangkan anak Anda bermain sendiri.
Gunakan Bahasa yang Baik
Beri contoh yang baik, dari segi bercakap dan bertindak. Bahasa yang betul dan tab akan membuat anak tidak merasa takut untuk bercakap dengan kita. Jangan menjerit pada anak atau mengherdik atau menengking sekiranya mereka membuat kesalahan. Perbuatan ini hanya akan menimbulkan asdrasa takut pada anak untuk bercakap lagi dengan kita.
Di setiap usaha, harus disusuli dengan doa. Sebagai ibu bapa, Anda boleh cuba amalkan bacaan surah Toha, ayat 25 – 28. Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali sebelum anak tertidur, lalu hembuskan ke mulut anak. Anda perlu rajin dan bersabar, semua akan dimudahkan oleh Allah pada waktunya.
Semoga petua agar anak cepat bercakap di atas boleh membawa fadilat dan kebaikan untuk Anda. Walaupun sekiranya ibu bapa sudah mengamalkan semua petua tersebut tetapi anak tetap lambat dalam bertutur, maka segera lakukan pemeriksaan ke doktor secepat mungkin. Boleh jadi ada kejanggalan pada anak.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.