Isu merancang memang popular buat suami isteri terutama apabila anak berderet. Ada yang tak kisah, tapi ada juga yang kisah atas faktor usia dan kewangan. Memang setiap rezeki ada buat setiap anak, namun kadang perlu juga merancang. Siapa yang tak nak anak kan, tetapi jika usia nak masuk 50 tahun, anak-anak lain dah besar panjang, tetiba ada baby baru! Mahu nangis tau!

Yang paling tak best, isteri yang kena merancang, makan pil tu, suntik ini dan pasang sesuatu kat lengan dan pelbagai lagi demi untuk mengelak ‘termengandung’. Paling sedih, ada isteri mengalami kesan penambahan berat badan yang mendadak dan putaran haid yang tidak konsisten.

Sehinggakan ada yang bertanya, ada tak pil merancang buat suami! Bagi yang nak tahu jawapannya, ha baca sampai habis penjelasan yang telah dipaparkan di laman facebook Doktor  Sakinah Sulong ni. Memang mengejutkan!

“Dr, Takde Ke Cara Supaya Lelaki Pula Yang Merancang?” Jawapan Doktor Ni Memang Mengejutkan!

BILA LELAKI MERANCANG

IKLAN

“Bang, dah makan pil hari ni?”

Betapa ramai perempuan suka tanya saya, “Dr, takde ke cara supaya lelaki pula yang merancang? Asyik-asyik perempuan je kena merancang”

Sebenarnya kaedah perancang untuk lelaki memang ada dikaji. Ada dalam bentuk pil, ada dalam bentuk suntikan. 
Kebanyakannya yang berfungsi untuk merencatkan penghasilan sperma dengan menggunakan hormon testosterone. Namun kajian demi kajian dilakukan mendapati pemberian hormon testosterone ini tidak memberi hasil yang baik. Keberkesanannya lebih kurang sama dengan penggunaan kondom.
Dan side-effect nya seperti pertambahan berat badan dan mood swing adalah antara perkara yang membantutkan ubat ini dikeluarkan. 
(Nasib baiklah, kan kita jugak yang susah kalau kaum lelaki mai mood swings kan?)

IKLAN

“Dr, Takde Ke Cara Supaya Lelaki Pula Yang Merancang?” Jawapan Doktor Ni Memang Mengejutkan!

Mereka pengkaji pun kaji la herba pulak.
Gossypol ni dikatakan digunakan di benua Asia untuk merancang. Ia adalah bahan aktif dalam tumbuhan kapas yang dikatakan mampu merencat penghasilan sperma pada lelaki apabila dimakan.
Menurut kajian, ia memang berkesan. 
Tapi,
Masalahnya dalam sesetengah lelaki, ia mampu menyebabkan lelaki tersebut mandul. Terus hilang kesuburan untuk selama-lamanya.

IKLAN

Inilah risiko yang tak mampu diambil oleh penyelidik untuk menghabiskan produk perancang keluarga dari tumbuhan herba ini. Mau tak naya, lelaki ambik gossypol untuk menjarakkan kandungan si isteri, terus mandul jadinya.

Untuk masa sekarang, kajian terus dilakukan oleh penyelidik untuk menghasilkan produk perancang keluarga khas untuk lelaki. 
Tapi kerisauan mereka ialah, 
Ramai ke lelaki yang nak guna nanti?
(Sebab yang mengandung bukannya mereka kan?)

#Membebelsayang

Sumber: FB Sakinah Sulong

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI