Pelakon popular, Nabila Huda berkongsikan sebuah video Outfit Of The Day (OOTD) bersama anaknya Keisha Laila di akaun media sosial miliknya.
Menerusi video itu, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil yang sudah pun berusia 38 tahun itu dilihat seperti adik – beradik apabila bergambar dengan anaknya, Keisha.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga terkejut akan tumbesaran Keisha yang semakin cantik yang seiring dengan usianya yang sedang meningkat remaja. Keisha membesar menjadi seorang remaja yang cantik seperti ibunya.
Rata – rata netizen meninggalkan komen memuji akan kecantikan mereka berdua dan ada juga yang terkejut dengan pembesaran Keisha.
Ads
Untuk rekod, Keisha merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nabila dengan Zaidi Zailani. Nabila kini hidup bahagia dengam suami barunya iaitu Mohd Izwan.
Tempoh hari, telah tular satu video yang menunjukkan salah sebuah gerai di bazar Ramadan Taman Cempaka, Melaka. Memetik laporan Oh My Media, kebakaran adalah berpunca daripada kebocoran pada hos gas tersebut.
Lebih menyedihkan, kejadian tersebut telah menyebabkan kerugian kecil dan ada segelintir yang masih tidak mempunyai rasa simpati mentertawakannya.
“Tapi di saat aku jatuh kenapa orang sekeliling ketawakan aku,” antara luahan mangsa.
Selain itu, kejadian tersebut juga telah mendapat perhatian ramai termasuk influencer dan usahawan berjaya, Hafiz Mahamad yang mahu membantu pemuda tersebut.
“Dia sedih, mungkin ditertawakan orang. Jangan ambik hati ya sahabat. Abang datangkan awak ke office abang hari ini untuk awak melihat,” tulis Hafiz.
Menerusi laman instagramnya, dia yang prihatin terhadap pemilik gerai yang terbakar itu berusaha mencari kontak bagi menyalurkan bantuan. Dalam pada itu, dia juga turut bertanya kepada orang ramai berkenaan pemilik gerai yang bernama Taufik itu.
Hafiz Mahamad merupakan pengasas produk AINAA Beauty yang menjalankan perniagaan bersama isterinya iaitu Syafiqah Aina sering melakukan sumbangan kepada yang memerlukan.
Sumber: Oh My Media & Instagram Hafiz Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Remaja OKU sebabkan kematian warga emas kerana ditegur main motosikal didakwa. Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Selasa, atas tuduhan membunuh seorang warga emas dalam kejadian pertengahan Jun lalu.
Tertuduh berusia 18 tahun itu dibawa ke hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan sepanjang prosiding berlangsung.
Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa menyebabkan kematian Shamsudin Mohamed, 60, di kawasan tepi jalan berhampiran sebuah kedai runcit di Kampung Buluh, Gual Ipoh, di sini sekitar jam 6 petang pada 16 Jun lalu.
Kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta tidak kurang 12 kali sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan, memaklumkan mahkamah bahawa tiada tawaran jaminan diberikan memandangkan kesalahan yang didakwa adalah tidak boleh dijamin.
Remaja berkenaan tidak diwakili peguam dalam prosiding itu. Mahkamah menetapkan 2 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan perubatan.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi hingga mengalami kecederaan parah di bahagian muka.
Siasatan awal mendapati insiden itu berpunca akibat perselisihan lama apabila mangsa beberapa kali menegur remaja terbabit kerana menunggang motosikal secara berbahaya di sekitar kampung.
Mangsa, Shamsuddin Mohamad, mengalami kecederaan parah pada wajah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 5.30 petang. Suspek dipercayai seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, yang dikatakan berdendam kerana pernah ditegur oleh mangsa berhubung cara menunggang motosikal secara merbahaya di kampung tersebut.
Menurut adik tiri mangsa, Hasnah Ghazali, 40, ketika kejadian abangnya sedang berbual dengan seorang rakan di bangsal bersebelahan sebuah kedai runcit. Suspek kemudiannya datang dan mengajak mangsa ke bahagian belakang premis tersebut sebelum memukulnya.
“Abang saya rebah dan tidak sedarkan diri selepas dipukul,” katanya kepada media pada Jumaat.
Hasnah memaklumkan kejadian disedari oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan itu. Beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 5.45 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Pasangan sama cantik sama padan ini baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 5 semalam. Menurut Datin Fouziah Gous, ulang tahun perkahwinan ini adalah cukup bermakna apabila dia dan suami, Datuk Zhafran Yusof berpeluang mengerjakan haji bersama.
Menerusi catatannya di laman instagram semalam, Fouziah memberitahu “5 tahun bersama,hadiah yang tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5 pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang.
“5years together and InsyaAllah till Jannah. Happy anniversary sayang. Thank you Allah❤️,”tulis Fouziah dikapsyennya.
Pasangan ini memiliki dua cahaya mata Zeeshan Yusuf, 3 dan Zaheen Yusof Md Zhafran, 1. Usai pulang dari Tanah Suci, Datin Fouziah juga dilihat mengenakan hijab.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.