Hanya air mata mengiringi rasa syukur dan gembira apabila dirinya disahkan negatif covid-19 semalam.  Pelakon, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh berkata, perkara itu dimaklumkan jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat semalam diterima pada sebelah petang.

Selepas 13 hari dirawat dan dikuarantin, PU Riz Ismail bersyukur kerana sudah pulih dan keputusan diperoleh kembali negatif. Pelakon dan juga pendakwah bebas itu  akhirnya dapat keluar dari hospital malam tadi.

“Seronok Dapat Bertemu Keluarga. Nikmat Ini Kena Hargai.” Syukur Bebas Covid 19- PU Riz Jalani Kuarantin Di Rumah!

“Saya hanya mampu memanjat kesyukuran di atas kesempatan indah ini. Rasa macam diberi peluang kedua.

“Sukar digambarkan dengan kata kata. Kita manusia terus diuji. Semoga kita dijauhi perkara tak baik. InsyaAllah Sebelum ini tak saya nafikan memikirkan soal kematian ketika berada di hospital,” katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, perasan rindu untuk berjumpa kembali keluarga akhirnya dilampiaskan tadi.

“Seronok sangat dapat bertemu keluarga. Ibu pun sudah sedia menyambut saya dengan masakan enak.

“Nikmat ini kita kena hargai. Jangan sampai ia hilang begitu saja. Sayangi mereka terutama keluarga tersayang.

IKLAN

“Seronok Dapat Bertemu Keluarga. Nikmat Ini Kena Hargai.” Syukur Bebas Covid 19- PU Riz Jalani Kuarantin Di Rumah!

“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.

“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif. Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,”  Ujarnya lagi.

View this post on Instagram

اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يشاء

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail) on

IKLAN

Pada 6 April lalu, keputusan ujian saringan COVID-19 yang dibuat disahkan positif. Riz ketika itu memaklumkan mengalami demam panas beberapa hari sebelum tarikh itu. Dia menganggap hal itu sebagai ujian Allah SWT terhadapnya.

Tambah Riz, dia berharap semua pihak termasuk rakyat Malaysia tidak mengambil mudah dalam hal yang boleh membawa maut terutama penularan virus ini.

Dia kini bakal menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu.

“Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah. Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak ini,” katanya.

IKLAN

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditambah lagi. Sama samalah kita patuh,” katanya.

“Seronok Dapat Bertemu Keluarga. Nikmat Ini Kena Hargai.” Syukur Bebas Covid 19- PU Riz Jalani Kuarantin Di Rumah!

Sebelum itu, Riz mengakui  rutinnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah.

Bagaimanapun sebelum masjid tersebut ditutup, dia ada berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling.

“Rumah saya memang betul-betul berdepan dengan masjid tersebut dan saya kerap beribadat di situ sebelum masjid tersebut ditutup kerana penularan wabak Covid-19,” ujarnya yang turut memaklumkan bapa saudaranya juga positif Covid-19.

SUMBER:  BH ONLINE  hrisbismail

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI