Bagi peminat media sosial dalam bidang masakan, pasti kenal dengan personaliti bernama Khairul Aming.
Gayanya yang cukup bersahaja dan lawaknya membuatkan ramai terhibur dan suka setiap kali dia memuat naik video mahupun gambar masakan.
Terbaru, dia yang cukup terkenal dengan tagline’hey what’s up guys’ meluahkan rasa gembiranya apabila ramai wargamaya telah mencuba resipi terbaru ayam kicap pedas dan sambal tumbuk buatannya.
Ads
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul berkongsi foto-foto masakan wargamaya yang berjaya menyediakan dua resipinya itu sebagai tanda penghargaan.
“Rasa gembira bila tengok korang masak dan makan dengan keluarga,” tulisnya Khairul.
Ads
Menerusi perkongsian resipi itu, Khairul menunjukkan cara-cara memasak ayam dan sambal dengan cukup mudah. Tak hanya mudah, hasil masakannya nampak sangat menyelerakan.
Siapa tak kenal dengan tanaman serai, boleh dikatakan sering sangat kita gunakan dalam masakan. Selain itu, serai juga sering dijadikan antara minuman herba yang baik untuk kesihatan badan.
Disebabkan ini juga, ramai antara kita cuba untuk menanam serai sendiri untuk memudahkan kegunaan harian. Terasa ingin digunakan, ambil sahaja di laman rumah. Pun begitu, tidak semua berjaya menanam serai dengan mudah. Sering kali sahaja mati, dek kerana pelbagai sebab dan salah satunya tidak tahu cara atau petua untuk menyemai serai.
Untuk itu ayuh fahami cara termudah untuk dilakukan bagi memastikan serai yang ditanam, boleh hidup subur. Jom semak!
Tip mudah untuk menanam serai
1. Potong bahagian bawah serai seperti di dalam gambar.
2. Masukkan ke dalam bekas dan rendam bersama air.
3. Biarkan sehingga akar keluar sebelum di tanam di dalam pasu.
Sumber : Masnah Umbat via Sarawak Dihatiku
Ini pula perkongsian dari Dian Nasuruddin yang menampak hasil setelah puas mencuba menanam serai.
“Percubaan kali ke entah bropa puluh kali entah untuk menanam serai. Asyik kurang berjaya je. Hahahaha.Nak kata tangan tak hijau, tak jugak. Sebab selama ni dok tanam pokok Alhamdulillah sihat walafiat je. Kiranya, setakat ni, serai dan pokok kari je yang masih belum berjaya. Yang musykilnya, Citronella Alhamdulillah makin meninggi. Cuma spesies serai yang biasa ni ha yang mencabar kesabaran ambo. Hahaha”–Dian
Begitu juga teknik tanaman yang dikongsikan oleh Bunga Seroja Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
“Assalamualaikum..nak kongsi sikit cara tanam serai yg mudah dan insyaallah menjadi..bukan untuk komersial,sekadar kegunaan sendiri n juga jiran2 yg memerlukan… Alhamdulilah 2 tahun xbeli dah….serai paling senang jaga …semoga bermanfaat.”- Bunga Seroja
Ini yang dilakukan :
LANGKAH 1 : Rendam bahagian tunas serai hingga keluar akar.
LANGKAH 2 : Boleh ditanam bila begini keadaannya sama ada di dalam pasu atau terus di atas tanah.
TIP : Bila pokok serai telah tumbuh dan ada daun-daun yang kering jangan lupa bersikan dan buangkannya agar cantik membiak.
Apa yang pasti, ketiga-ketiga mereka ini menggunakan kaedah yang sama, iaitu serai perlu direndam terlebih dahulu hingga keluar akarnya.
Jadi jelaslah ada cara mudah dan bolehlah dicuba bagi anda yang selama ini asyik gagal menanam serai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dirumah, habis sahaja merendam teh, uncangnya pasti kita terus sahaja buang ke dalam tong sampah. Jangan dibuang dahulu sebaliknya simpanlah di dalam bekas atau cawan dahulu.
Uncang teh ni sebenarnya cukup banyak kegunaannya. Bukan sahaja beri manfaat yang besar dalam secawan teh panas tapi juga untuk kegunaan rumah yang lain. Nak atau untuk kegunaan apa?
Segarkan Tanaman
Enzim dan mineral yang terkandung di dalam seuncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman. Ia dikatakan mampu menyuburkan tanaman malah hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada pasu di rumah anda.
Daging Lebih Lembut
Bukan hanya lembut, bahkan daging juga beraroma lebih harum dan segar dengan adanya uncang teh. Caranya, perapkan daging dengan lebihan uncang yang telah digunakan. Gunakan dua uncang untuk rasa lebih enak dan harum. Biarkan diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa. Mahu lebih hebat lagi, buka uncang dan gaulkan serbuknya ke dalam daging.
Hilangkan Bau Kasut
Kasut berbau memang buat rasa rendah diri. Nak hilangkannya jadi satu masalah pada kita. Tak payah pening kepala lagi, ambil sahaja uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.
Segarkan Almari
Bukan hanya hilangkan bau kasut, anda juga boleh letakkan ke dalam almari pakaian. Syaratnya perlu keringkan dahulu uncang teh yang basah. Kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.
Lap Cermin
Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan untuk mencuci kekotoran di rumah anda seperti mengelap cermin, menghilangkan kesan kotor di lantai malah singki juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Menarik!
Relakskan Mata
Bagi merehatkan mata atau mengatasi masalah mata yang kepenatan, rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh juga tidur sebentar untuk hilangkan ketegangan ini. Biarkan seketika dan relaks. Mata akan kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.
Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.
Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.
Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.
Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.